Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, June 21, 2014

Ini Rupanya Sikap Khalid!

Jawatankuasa Air dibentuk Pakatan tidak pernah dapat bertemu MB Selangor, lapor media 
Published: 21 June 2014 | Updated: 21 June 2014 4:08 PM - MI

Ahli kepada Jawatankuasa Air yang ditubuhkan untuk membantu kerajaan Selangor dalam menstrukturkan industri air di negeri itu tidak pernah dapat bertemu dengan menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim bagi melaksanakan tugas mereka, menurut Dr Dzulkefly Ahmad.

Walaupun dibentuk sejak sekian lama oleh Pakatan Rakyat, Jawatankuasa Air untuk membantu kerajaan Selangor dalam menstrukturkan industri air di negeri itu tidak pernah dapat bertemu dengan menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim bagi melaksanakan tugas mereka, kata salah seorang ahlinya, Dr Dzulkefly Ahmad.
“Saya sendiri adalah ahli jawatankuasa air bersama Tony Pua dan Rafizi (Ramli) diangkat oleh Majlis Presiden PR.
"Kami ini langsung tidak diambil apa-apa pandangan atau perhatian langsung. Malah sehingga ke hari ini, kami tidak dapat berjumpa dengan MB. Kami tidak dirujuk seolah-olah kami ini tidak wujud," kata Dr Dzulkefly Ahmad sebagaimana dilaporkan Sinar Harian.
Alasan yang mereka berikan adalah Khalid tidak merujuk kepada pimpinan Pakatan Rakyat dalam menjalankan tugasnya walaupun merekalah yang meletakkan beliau di kedudukan itu.
Jawatankuasa Air dibentuk oleh mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat, yang disertai oleh semua pimpinan utama PAS, PKR dan DAP, untuk membantu Selangor dalam penstrukturan semula industri air di Selangor.
Ia bertujuan untuk membantu kerajaan negeri Selangor pimpinan Khalid dalam perstrukturan itu.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr Dzulkefly yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) itu, mereka tidak pernah dapat bertemu dengan MB Selangor bagi melaksanakan tugas mereka.
Menurut Sinar Harian, Dr Dzulkefly Ahmad mengambil sikap menyokong keputusan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor sebelum ini, seperti dilaporkan oleh The Malaysian Insider.
“Saya hanya menyokong keputusan dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor. Apa pun keputusannya saya terima dan kalau begitulah yang diputuskan bersama, maka saya tentunya bersama dengan keputusan itu.
"Namun saya sendiri bukan dari Badan Perhubungan Negeri Selangor, saya tidak terlibat dalam keputusan itu. Saya tidak mempunyai sebarang pandangan peribadi kerana prestasi MB ini memang sudah kita maklum mengalami beberapa masalah dalam PR,” katanya.
Menurutnya, dakwaan yang dibuat Jaafar itu benar bukan sekadar rekaan.
Malah beliau berpendapat, Abdul Khalid perlu dipertanggungjawabkan segera atas tindakan-tindakannya sebelum ini.
“Itu satu contoh. Apa yang disebut cikgu Jaafar (Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor) itu punya kebenarannya. Kawan-kawan yang lain juga mempunyai pandangan seperti itu. Mereka bukan mereka-reka cerita ini. Saya kira Abdul Khalid perlu dipertanggungjawabkan segera dengan semua ini,” lapor Sinar Harian. – 21 Jun, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa