Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, June 21, 2014

Sultan Tak Perkenan Pun......

Mais nafi Perkasa dibenar himpun depan istana
21 Jun 2014
Mohamad Adzib Mohd Isa

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menafikan istana telah memberi kebenaran kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berhimpun di hadapan Istana Kayangan, Isnin ini.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berada di luar negara sewaktu wakil Perkasa menyerahkan surat permohonan perhimpunan berkenaan.

“Surat tersebut tidak diangkat untuk perhatian Sultan Selangor kerana Sultan Selangor berada di luar negara dan baginda telah berangkat pada 20 Jun yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Adzib, Mais ada mengeluarkan kenyataan meminta Perkasa sendiri membuat pertimbangan dan memutuskan keputusan untuk berhimpun atau tidak di hadapan istana Selangor.

“Sultan Selangor tidak pernah memberi perkenan kepada mana-mana pihak mengadakan perhimpunan di mana-mana jua,” tegasnya lagi.

Sehubungan dengan itu, pihaknya menafikan sekeras-kerasnya ke atas kenyataan Perkasa yang menyatakan Sultan Selangor telah memberi perkenan dan meluluskan perhimpunan berkenaan.

Terdahulu, Yang Dipertua Perkasa, Abu Bakar Yahya dipetik sebagai berkata, Sultan Selangor berkenan memberi kebenaran kepada NGO itu berhimpun di hadapan Istana Kayangan pada Isnin.

Katanya, perkara itu disampaikan oleh Mohamad  Adzib dalam satu perjumpaan bersama NGO berkenaan baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa