Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, June 20, 2014

Putrajaya Menggunakan Garisan Perkauman Untuk Terus Berkuasa?

Putrajaya ‘sengaja pecah belah’ untuk terus berkuasa, lapor The Edge Review
MI - Published: 20 June 2014 | Updated: 20 June 2014 4:41 PM
Sikap perdana menteri yang tidak ingin mengambil tindakan atas insiden-insiden yang berlaku dikhuatiri adalah taktik untuk memisahkan Melayu Muslim menggunakan garisan perkauman. – Gambar fail, 20 Jun, 2014.

Rakyat Malaysia tertanya-tanya sama ada strategi untuk tidak bersuara yang diamalkan Putrajaya adalah bagi memisahkan Melayu Muslim menggunakan garisan perkauman untuk terus berkuasa, lapor The Edge Review.
Ini berikutan insiden yang melanda negara ini berhubung isu agama dan perkauman – tindakan pihak berkuasa agama Islam merampas mayat ketika upacara pengebumian dan mengganggu upacara perkahwinan Hindu, selepas kedua-duanya dikatakan memeluk Islam.
Akhbar mingguan itu melaporkan, turut terdapat tanda-tanda mengenengahkan agenda inspirasi agama oleh penjawat awam.
Memetik insiden yang hampir serupa, seperti ancaman Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk memusnahkan lebih 300 Bible berbahasa Melayu yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) dan keengganan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menurut arahan mahkamah berhubung hak penjagaan anak oleh bapa yang memeluk Islam untuk memulangkan anaknya kepada ibunya yang beragama Hindu.
Akhbar itu berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil sikap untuk "tidak membantu untuk menyelesaikan perselisihan itu."
"Keengganannya mengambil pendirian tegas menyebabkan orang ramai menyerang mengatakan beliau meninggalkan politik inklusif di bawah 1Malaysia dengan kaedah pengawasan polarisasi," katanya.
Pendapat itu dikeluarkan penganalisis politik Prof Madya dari Political Science di Singapore Management University Bridget Welsh, yang berkata: "Najib mempamerkan dirinya sebagai perdana menteri yang akan menggunakan pelbagai cara untuk terus berkuasa."
The Edge Review berkata, sukar untuk menentukan kedudukan tekanan politik isu agama dan kaum dalam masyarakat dan bagaimana tindakan mereka pada masa depan.
Akhbar itu bagaimanapun memberi amaran, sekiranya ketegangan itu semakin sukar dibendung, ekonomi negara akan menerima kesannya.
Manu Bhaskaran, pengarah Centennial Group International berkata kepada The Edge Review, polisi sedemikian akan menyakitkan Malaysia.
“Dalam tempoh terdekat, sukar untuk menyakitkan Malaysia, namun jika berterusan, kita akan hancur sedikit demi sedikit," katanya.
Barisan Nasional, menurut laporan itu, kehilangan sokongan politik di Malaysia kerana luasnya  rasa tidak puas hati terhadap isu rasuah dan kegagalan Putrajaya untuk memperbaiki ekonomi dan sistem politik negara.
Ia ditunjukkan ketika Pilihan Raya 2008 apabila BN hilang majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen.
"Bukan sahaja gagal memperbaiki jumlah mereka di Parlimen, tetapi kehilangan undi popular, apabila hanya memperolehi 47% berbanding 51% oleh pembangkang. Rakan komponen BN lebih teruk di kawasan campuran bandar, Umno hanya bergantung di kawasan pedalaman," katanya.
Mungkin insiden lebih buruk bakal berlaku dalam PRU akan datang, The Edge Review memberi amaran.
Proses urbanisasi masyarakat Melayu dan kegagalan parti menarik pengundi muda menjadikan masa depan Umno semakin kelam.
"Parti itu kini hidup dengan masa tambahan," kata pegawai senior Umno, yang juga berada dalam Majlis Tertinggi Umno, berkata kepada The Edge Review.
Penganalisis difahamkan, gerakan menggunakan sentimen agama dan perkauman digunakan untuk mengalih perhatian daripada pembangkang.
Seorang pemimpin DAP yang enggan dinamakan berkata," kami semua cuba mengawal pengundi tradisi kami. Namun kami sedar strategi Umno," katanya.
Bermain isu perkauman dan agama juga bakal mencetuskan kemarahan daripada komuniti Kristian yang besar di Sabah dan Sarawak.
Kedudukan Najib dalam situasi ini dilihat selamat, kata laporan itu.
Pemimpin Umno bagaimanapun berkata, terdapat rasa tidak puas hati dalam parti terhadap pentadbiran Najib.
"Kawalan terhadap parti dan kerajaan lemah. Krisis parti mampu mengakibatkan serangan terhadapnya dan Umno, kata pegawai Umno yang pernah bekerja dalam Kabinet bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Jika parti berfikir untuk kehilangan kuasa memimpin, mereka perlu menolaknya."  – 20 Jun, 2014

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa