Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 25, 2014

Demi Agama Aku Berada Di Belakang Khalid!

Di mana suara parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam?
Di manakah NGO-NGO yang lantang itu?

Ketua polis ke mahkamah kerana abai perintah tangkap Ridzuan
Published: 25 July 2014 - TMI
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar diarahkan hadir ke mahkamah kerana menghina apabila gagal mematuhi arahan mahkamah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Julai, 2014.

Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini mengarahkan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar menerangkan kenapa beliau gagal menjalankan perintah mahkamah pada 30 Mei untuk menangkap mualaf Muhammad Ridzuan Abdullah dan mencari anak bongsunya.
Hakim Lee Swee Seng, membenarkan permohonan mandamus bekas isteri Ridzuan, M Indira Ghandi ke atas Khalid kerana menghina mahkamah apabila gagal mematuhi arahan mahkamah, berkata dia ada bukti yang Khalid ada kes untuk dijawab.
Lee juga memberi Indira kebenaran menangguhkan semua perintah Syariah berkaitan hak penjagaan ketiga-tiga anaknya.
Hakim menetapkan perbicaraan pada 12 September.
Peguam Indira, M Kula Segaran berkata, satu perintah mahkamah akan dikeluarkan untuk Khalid hadir di mahkamah pada tarikh itu.
"Jabatan Peguam Negara akan mewakili KPN memandangkan Indira mengambl tindakan atas Khalid sebagai pegawai polis tertinggi negara," kata Kula Segaran yang juga ahli Parlimen Ipoh Barat. – 25 Julai, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa