Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 28, 2014

Kes Regina: Penamat Jalan Cerita......

Sebagaimana telahan ramai......

Kematian model Estonia: 7 dibebaskan dengan jaminan polis 
Published: 27 July 2014 - TMI
Tujuh individu yang ditahan reman bagi membantu siasatan kematian model warga Estonia, Regina Soosalu (gambar) di Pulau Rawa pada 1 Julai lepas dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Johor Datuk Hasnan Hassan berkata mereka dibebaskan mengikut Seksyen 388 Kanun Tatacara Jenayah.
"Setelah selesai menjalankan siasatan, pihak polis akan mengemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat model itu diserah kepada keluarganya pada 24 Julai lepas melalui wakil khas Republik Estonia di negara ini untuk dikebumikan.
Hasnan turut berterima kasih kepada orang ramai kerana tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes itu sehingga mengganggu siasatan. – Bernama, 27 Julai, 2014.

2 comments:

  1. Seperti telah diduga...... Oh Malysia ku. Dulu Altantuya, kini Soosalu.

    ReplyDelete
  2. Seperti telah diduga...... Oh Malysia ku. Dulu Altantuya, kini Soosalu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa