Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 21, 2014

Tragedi MH17: Kalau Betul.....Ini Benar-Benar Gila!

Pemberontak jadikan mayat mangsa MH17 sebagai tawanan, lapor akhbar
Published: 21 July 2014
Pemberontak pro Rusia menjadikan mayat mangsa MH17 tawanan untuk tuntut wilayah mereka, lapor akhbar. Gambar fail. 

Pemberontak pro Rusia di kawasan lokasi pesawat Malaysia Airlines MH17 terhempas menjadikan mayat penumpang pesawat malang itu sebagai ‘tawanan’ untuk mendapatkan wilayah mereka, lapor akhbar.

Media kyivpost.com dilaporkan berkata, pemberontak di kawasan nahas berkata, hanya mereka saja yang boleh memasuki kawasan nahas ketika pesawat itu terhempas di Ukraine.
"Kami isytiharkan dan kami beri jaminan keselamatan pakar antarabangsa di tempat kejadian sebaik saja Kiev memutuskan gencatan senjata," kata pemimpin pemberontak kepada kumpulan yang menuntut Republik Rakyat Donetsk Andre Purgin.
Kiev berpendapat insiden itu mengakibatkan politik radikal dengan ‘rundingan aman’ menjadi istilah baru untuk ahli politik Ukraine.
Pemimpin mereka mahu memenangi perang ini di medan perang dan bukannya di meja rundingan, kata media memetik Maxim Erestavi.
Pemimpin dari Ukraine, Rusia, dan Amerika Syarikat menuntut gencatan senjata, yang memberikan masa kepada pemberontak menutup jejak mereka. – 21 Julai, 2014.

1 comment:

  1. pendirian yang mana kita pegang ...?
    bila sesuatu ada kaitan dengan russia kita kutuk habis-habisan ... kalau berkaitan dengan amerika kita sokong habis-habisan ... sedangkan amerika tu sinonim dengan yahudi israel ... so apa pendirian kita bila yahudi israel bom gaza ...? kena sokong jugalah sebab amerika ada dibelakang yahudi israel itu .....!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa