Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, July 19, 2014

MAS Nafikan Spekulasi Menolak Permohonan Juruterbangnya Untuk Menggunakan Laluan Alternatif

MAS: Tiada permohonan guna laluan alternatif
mk - 7:00PM - 19 Jul 2014
Malaysia Airlines (MAS) menafikan spekulasi bahawa ia menolak permohonan juruterbangnya untuk menggunakan laluan alternatifbagi mengelak dari menempuhi wilayah bergolak Ukraine, sebelum nahas penerbangan MH17 berlaku.

Pengara operasi MAS Izham Ismail berkata mereka tidak menerima sebarang permohonan seperti itu dari juruterbangnya.

"Ada khabar angin di Twitter bahawa juruterbang memaklumkan kepada kami bahawa laluan (yang digunakan MH17) berbahaya – tuduhan itu tidak benar.

"Tiada laporan seperti itu dari juruterbang kami,” katanya dalam sidang media di Hotel Sama-Sama, Sepang.

Izham menegaskan bahawa MAS mengutamakan keselamatan dan laluan itu telahpun disahkan selamat.

1 comment:

  1. Ini semua cakapan kartun saja , jangan di layan.

    Berapa banyak sangat boleh jimat minyak ???

    Saja nak buat berita kelam kabut.

    Allegation dari orang putih bahallol tu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa