Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 25, 2014

Tamparan Pedih Kepada Manusia Islam Yang Memuja Messi.....

Lionel Messi sumbang €1 juta euro kepada Israel

Jika sebelum ini kita menerima berita pemain bolasepak Portugal, Christiano Ronaldo meleburkan kasut emas yang diterimanya dan wang hasil daripada jualan kasut emas itu di sumbang kepada Gaza, kali ini seorang lagi pemain bolasepak turut memberi sumbangan dalam konflik Israel - Gaza.

LIONEL Messi, kapten skuad bola sepak Argentina dan juga pemain kelab Barcelona telah menyumbangkan €1 Juta Euro kepada Israel, menurut whatsupic.com, Sabtu (19/7/2014).

Dalam konteks antarabangsa sekarang ini, di mana tentera yahudi zionis telah membunuhlebih dari 573 orang di Gaza, maklumat ini mencemarkan imej pemain bola sepak itu.

Pada tahun 2013, Presiden Israel Shimon Peres, menjemput Barcelona ke Israel dan dia memuji Messi dan pasukan bola sepak itu sebagai "utusan perdamaian" Israel. Messi dan rakan sepasukanya di Barcelona dikerumuni oleh peminat bola sepak Israel semasa kedatangan mereka.

"Saya menonton anda sepanjang masa," kata Perdana Menteri Israel Benjami n Netanyahu ketika itu. "Kita berdua bermain di gelanggang antarabangsa, hanya anda dibayar lebih daripada yang saya lakukan. Dan anda juga mempunyai tujuan bersama. Apa yang biasanya anda ingin lakukan adalah menyumbang gol melawan rival anda, tetapi juga melindungi pasukan anda, tujuan anda .... Jika anda menang, semua orang berkongsi dalam kemenangan. "

messi tembok ratapan yahudi Messi Sumbang Israel Sebesar Rp20 Milyar!
Messi juga berdoa di Tembok Ratapan Yahudi

Berjuta-juta orang islam di seluruh dunia memakai jersi Messi di Barcelona yang bernombor 10 [sa / islampos / whatsupic]

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com via 
lusuka.com

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa