Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 17, 2014

Allahyarham Lotfi Ariffin mati syahid - PAS

Aku harap yang menganjingkan Arwah Lotfi Ariffin dah bisu...tak boleh menyalak lagi!

Perwakilan Ulama PAS beri perhormatan kepada militan maut di Syria 
Published: 17 September 2014
Ahli Pemuda PAS mengutip derma di muktamar hari ini untuk disumbangkan kepada keluarga pejuang militan Syria yang juga bekas ahli PAS Lotfi Ariffin yang maut ketika berperang, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 17 September, 2014.

Delegasi Dewan Ulama PAS Perak hari ini memberikan penghormatan kepada bekas ahli PAS, Lotfi Ariffin yang terbunuh dalam pertempuran di Syria dan mengiktiraf pejuang militan itu sebagai mati syahid.
Penghormatan itu dilakukan di akhir ucapan, apabila Norazli Musa meminta semua delegasi perwakilan sayap bertafakur bagi mendoakan Lotfi yang pernah menjadi ketua penerangan Pemuda PAS Kedah.
"Marilah kita mendoakan Ustaz Lotfi," kata Norazli kepada hadirin sebelum mengetuai bacaan Al-Fatihah.
Sebelum ini PAS menyatakan pendirian untuk tidak menyokong ahlinya menyertai perang saudara di Syria namun kematian Lotfi minggu lalu menyaksikan ramai yang menyatakan kesedihan di laman sosial Facebook.
Lotfi sebelum ini merupakan bekas ahli Dewan Ulama ‎PAS.
Ekoran dari pengakuannya menyertai kumpulan militan itu, PAS bertindak memecat keahlian Lotfi.
Parti itu juga bertindak menjarakkan diri daripada kumpulan ekstremis Islam yang menyertai militan di Syria bagi menentang presiden negara itu, Bashar al-Assad.
PAS dalam kenyataannya sebelum ini menegaskan tidak akan mengiktiraf mana-mana perjuangan militan untuk mencapai sasaran sebaliknya percaya ia harus dilakukan melalui proses demokrasi.
Bagaimanapun Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan juga anak kepada Mursyidul Am PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz membuat kenyataan kontroversinya dengan mengatakan Lotfi mati dalam keadaan syahid.
Lotfi dilaporkan berada dalam keadaan koma selepas kumpulannya diserang.
Pada awal ucapannya, Norazli mengkritik sesetengah  ahli PAS yang berpihak dengan Pakatan Rakyat (PR) menentang Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Mereka tidak menyokong presiden kita dan memihak pada parti lain. Adakah ini bukan merupakan perbuatan munafiq dalam parti.
"Timbalan presiden sendiri pun tidak menyokong presiden," katanya merujuk kepada Mohamad Sabu yang tegas mempertahankan PAS bersama PR. – 17 September, 2014.

5 comments:

  1. Cakap pusing2. Kalau dah dilucutkan ke sebagai ahli apa bezanya, benar tapi tak yakin. Pelik org2 PAS ni. Kejap kata tidak lantik Wan Azizah sebab gender, lepas mustafa kata tak pulak. Sekarang Yaaa pulak...!

    1.Masa DSAI dalam penjara ada ke lelaki yg mimpin keluarga beliau di rumah?

    2. Kenapa PAS masih berdiam bila melantik MP2 dan Adun2 di kalangan Wanita PRU yg lepas?

    3. Khalid sebelum ni pernah jadi menteri ke sebelum bersama PKR.

    4. Adakah jawatan beliau sebelum ini sama taraf dengan jawatan beliau sekarang?

    5. Setuju kalau saya katakan, duit N.Selangor terlalu banyak sebab MB tidak menggunakkan untuk kebajikkan Rakyat malah di simpan sehingga masuk penggal ke 2. Memanglah duit tu nampak banyak. Sebab untuk mecapai cita2 beliau cerdik untuk mengambil alih syarikat air negeri selangor. Rakyat menanggung beban selama sepenggal lebih melalui jalan berlubang2 dan kebajikan rakyat Selangor yg tak tau buka mulut buat tak tau tapi merasmikan yg mana ugut akan panggil pihak akhbar. Dan Hadi nak khalid jadi MB Selangor sebab kroni dan menantu di dalam syarikat di bawah kerajaan N.Selangor. bagi alasan yg pelik2. Sama je perangai Pemimpin PAS dgn UMNO.

    PAS Keluar Sajalah dari PR.
    Kalau PR kecundang pun saya rasa tidak rasa kecewa kecuali kecundang bila mana PAS bersama PR. Itu amat mengecewakan. Biar lidah berbelit dari DAP faham sebab tidak fasih tapi amat sedih dan memalukan bila mana yg lidah berbelit dari Bangsa Melayu, berbahasa Melayu dan Beragama Islam. Perangai PUTAR BELIT

    ReplyDelete
  2. masa allahyarham jadi ketua penerangan pemuda pas lucut jawatan pasal arwah ke syria berjihad,dah meninggal baru nak bagi kehormatan ! aparaa pusing & belit-belit macam mamak kutti ular daa ! ABU !

    ReplyDelete
  3. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan.

    jangan hanya pikir untung dunya saja pikir sama untung di akhirat
    manusia ada yang berani ada yang penakut

    ReplyDelete
  4. dah hang nk sokong hadi awang UG hang sokong la nak bising2 pasai apa
    bila org tak nk sokong hang jgn dok marah la
    demokrasi la sikit bro
    org benci pasai hadi awang nk bkawan ngan umno
    itu aje...

    ReplyDelete
  5. dulu kata letak jawatan mp permatang pauh sbb nk jaga cucu..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa