Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 21, 2014

'Islam, Pas tetap baik walau ahlinya tidak'

NIZAM ZAIN
20 September 2014

BATU PAHAT - Islam tetap baik, Pas juga tetap baik namun hanya segelintir ahli dalam parti Islam itu yang tidak baik, demikian kata Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), N Bala Subramaniam.

Beliau berkata, sikap kurang sopan ahli terhadap pemimpin Pas perlu dielakkan dan ditangani segera kerana dikhuatiri akan menjejaskan kepercayaan bukan Islam khususnya DHPP terhadap Pas.

"Bukan senang untuk mendapatkan kepercayaan kaum dan agama lain terhadap perjuangkan Pas.

"Sebelum ini, kami (DHPP) sudah biasa dengan parti di mana pemimpinnya tidak menepati janji, maka jangan ia wujud dalam parti Islam ini.

"Kami juga sudah biasa dengan sikap kurang sopan ahli kepada pemimpin dengan baling kerusi, maka jangan ada sikap ini dalam Pas," katanya ketika menggulungkan ucapan dasar Presiden Pas pada Muktamar Pas Pusat ke-60 di Parit Raja, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan jika Pas gagal menyelesaikan masalah dalaman dengan baik sebagaimana Islam itu sendiri adalah jalan penyelesaian, keupayaan parti itu untuk menjadi kerajaan akan dipersoalkan dan diragui.

"Islam itu jalan penyelesaian, maka buktikan Islam mampu menyelesaikan masalah dalam Pas sekrang.

"Kalau masalah dalaman Pas tidak dapat selesaikan, apakah mungkin Pas boleh selesaikan masalah di luar sana bila Pas memerintah negara.

"Jangan hampakan penyokong dan kaum bukan Islam kepada Pas, walaupun kami sudah dapat mencium kehampaan masyarakat Islam kepada Pas," ujarnya.

DHPP yang kini mempunyai keahlian seramai 6,000 menggesa Pas di setiap negeri supaya mengeratkan hubungan dengan kelab penyokong Pas itu untuk menarik lebih ramai bukan Islam menyokong parti itu.

Katanya lagi, bukan Islam kini lebih yakin dengan Pas apabila gabungan golongan ulama dan profesional dapat memperkasakan parti Islam itu dan lebih meyakinkan.

DHPP juga memberi amaran tidak wujudnya kelompok tertentu dalam Pas untuk menjatuhkan antara satu sama lain.

"Jangan ada gerakan dalaman untuk menjatuhkan golongan itu dan ini.

"Kita dengar teori Pas itu berkasih sayang, maka semua ahli dan pimpinan Pas jangan berpecah dan bermusuhan dan jika jujur mereka perlu berkata benar," katanya lagi.

1 comment:

  1. Cara berfikir orang bukan PAS ini lebih baik dari orang PAS sendiri. Bukankah ini satu bukti bahawa PAS "Parti Ayam Sabung"

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa