Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, September 27, 2014

Sebab PAS Kalah Di Peng. Kubor Dan Mungkin Juga Kehilangan Kelantan

PAS akan terlepas Kelantan. Lama dah aku ulas benda ni
Mad Yaacob mungkin alim dalam agama tetapi yang aku nampak dia tidak begitu alim di dalam pentadbiran dan tindak tanduk politiknya

Kelantan jatuh jika PAS rasa boleh terus bersendirian, kata PasMa
Updated: 27 September 2014 10:42 AM - TMI
Setiausaha PasMa Mohd Taib Ahmad meyenaraikan punca kekalahan PAS di Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubor, dan menegaskan PAS perlu mengekalkan pakatan dengan rakan parti DAP dan PKR untuk kekal relevan. – Gambar The Malaysian Insider, 27 September, 2014.

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubur memberi tanda jelas PAS akan kehilangan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang jika parti Islam itu terus berfikir  boleh menang dengan duduk bersendirian tanpa bekerjasama dengan pihak lain, kata Setiausaha PasMa Mohd Taib Ahmad.
Kerjasama yang baik dalam Pakatan Rakyat akan membolehkan PAS mempertahankan Kelantan daripada jatuh ke tangan Barisan Nasional, kata NGO yang menjadi pelobi kuat agar PAS teruskan kerjasama dengan Pakatan itu.
PAS kalah dengan majoriti yang lebih besar dalam PRK Pengkalan Kubor berbanding kekalahan PKR dalam pilihan raya umum lalu.
Calon BN Mat Razi Mat Ail memperoleh undi sebanyak 9,981 manakala calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim mendapat 7,326 undi.
BN menang dengan majoriti lebih besar iaitu 2,635 undi berbanding kemenangan parti itu pada PRU13, iaitu 1,736 undi.
Bagi PasMa, PAS perlu membuka mata seluas-luasnya ekoran kekalahan lebih besar di Pengkalan Kubor ini kerana ia memalukan parti itu selepas mengambil kerusi yang dimiliki PKR sebelum ini.
Taib juga memberi alasan kelemahan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub dalam memahami kehendak rakyat Kelantan dan tidak dapat melaksanakan janji-janji yang ditetapkan dalam manifesto dalam pilihan raya lalu antara punca kekalahan ini.
Penyingkiran Datuk Husam Musa, naib presiden yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan dari dalam kerajaan negeri juga menyebabkan berlaku kelemahan dalam kerajaan negeri, dakwa beliau.
"Bukan beliau sahaja tetapi pasukan beliau yang ada dalam GLC dan parti dibersihkan oleh kepimpinan PAS Kelantan," tambahnya.
Bagi beliau, jika perkara ini tidak dibetulkan, ia bakal menjadi penyebab kerajaan negeri Kelantan kecundang dalam pilihan raya umum akan datang.
"Beliau perlu dikembalikan ke dalam kerajaan negeri untuk kembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan negeri Kelantan kerana beliau mempunyai peranan yang besar bersama Tuan Guru Nik Aziz dalam membina Kelantan sehingga pilihan raya umum lalu," katanya merujuk kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat, bekas menteri besar Kelantan.
Selain itu, Taib juga menyalahkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk kekalahan Pengkalan Kubor.
"Kenyataan presiden PAS dalam muktamar mengenai PR. Kenyataaan kepada DAP dan PKR sebabkan hubungan dalam PR retak juga puncanya," kata Taib, kerana bagi beliau, keretakan dan krisis dalam PR juga menyebabkan pengundi tidak senang dengan PAS.
Selain itu, beliau menyalahkan kenyataan pemimpin Kelantan lain, termasuk Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah dan ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Aziz sebagai punca kekalahan.
"Timbalan menteri besar dan Nik Abduh banyak membuat kenyataan mempertikai rakan-rakan dalam PR. Sebaliknya mereka memuji Umno dan BN. Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang menjadi bahan serangan. Sebab itu bagi saya, rakyat Kelantan membuat keputusan yang bijak," katanya.
Sebelum ini, penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusof berkata sikap anak muda yang muak dengan apa yang berlaku dalam PAS dan Pakatan antara punca PAS kalah di Pengkalan Kubor.
Menurut Agus yang menulis di dalam laman media sosial Facebook, BN menang di Pengkalan Kubor kerana anak muda sudah muak dengan cara PAS dan PR berpolitik.
"Ini bukannya kerana BN hebat, jentera BN kuat, wang BN banyak, calon BN baik atau media BN kawal, tetapi kerana anak muda sudah bosan dengan politik PAS dan PR.
"Maka ramai anak muda yang tidak akan balik mengundi, dan mereka juga tidak kisah dengan hasil pilihan raya kecil ini," katanya.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mendakwa kekalahan PAS dalam PRK Pengkalan Kubor disebabkan lemahnya hubungan dalam PR.
Timbalan presiden Umno itu berkata faktor itu menjadi pertimbangan pengundi di Pengkalan Kubor selain krisis Selangor yang dibiarkan lama berlarutan.
"Mereka melihat keadaan PR, peristiwa yang berlaku di Selangor, perhubungan yang begitu tidak mantap antara PAS, PKR dan DAP.
"Saya percaya pengundi di kawasan ini juga dapat membuat penilaian, situasi begini tidak baik. Kalau berterusan membawa impak tidak baik kepada Pengkalan Kubor," katanya pada sidang media selepas pengumuman kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail di Tumpat malam kelmarin. – 27 September, 2014

25 comments:

  1. PAS kalah di Pengkalan Kubur kerana kata2 angkuh Nik Abduh kepada rakan PR khususnya PKR.. di mana beliau menyindir PKR Kajang move akan bertukar kepada Kubur move!...sekarang PAS selaku kerajaan negeri dah terkubur di Pengkalan Kubur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengkalan kubor sebelum noe adalah milik umno.adalah tidak adil utk buat perbandingan.adakah kerana kehilangan Parlimen Teluk Intan bermakna dap tidak lagi relevan.guna akal bila berkomen.jgn terserlah sikap buruk sendiri.

      Delete
    2. Anon 1:51

      Jangan sombong. Betul kerusi PK kerusi UMNO. Bekas YB dulu juga seorang yang banyak berjasa kepada rakyat PK. Tetapi sdra lupa, Kelantan adalah kubu kuat PAS sejak PRU 1959 lagi. Hari ini pun Kelantan masih menjadi kubu kuat PAS hasil peninggalan usaha TGNA.

      Jangan cerita pasal kempen UMNO. Kempen UMNO di PRK Kuala Besut lagi besar gula-gulanya berbanding dengan PRK PK. Sejak bila UMNO tak pernah guna t3ktik2 kotor. Adakah ini kali pertama PAS menghadapi tektik kotor UMNO didalam mana-mana PRK?

      Kita tahu PAS berbangga hingga keperingkat takabur tentang kekuatan jentera pilihanraya dan akar umbinya. Ia memang diakui kuat. Dengan kedudukan kubu kuat PAS, kekuatan jentera piliharaya yang terbukti dan kempen UMNO yang agak sederhana - TAKKAN PAS GAGAL MENDAPAT UNDI SEKURANG-KURANGNYA SAMA BANYAK DENGAN CALON PKR DLM PRU 13 YANG LALU HANYA HANYA ADA BAYANG2 SEBAGAI JENTERA PARTI DAN HANYA SELUAR DALAM S3BAGAI DANA KEMPEN?

      Faktor seb3mar ialah bukti kerajaan PAS Kelantan pimpinan Nik Amar dan Timbalan beliau, Ahmad Yaakob sudah mula ditolak oleh rakyat Kelantan. Inilah peluang untuk menunjukkan bahawa mereka tidak berpuashati dengan cara pentadbiran kerajaan Kelantan sekarang ini yang dianggap terok, tiada k3bolehan memerintah dan penuh dengan masaalah yang timbul disebabkan p3mimpin2 kerajaan yang tidak layak untuk memegang jawatan kepimpinan kerajaan negeri.

      Cerita-cerita t3ntang kel3mahan Nik Amar dan Aumad Yaakob bukan rahsia lagi dikalangan rakyat Kelantan. Dah jadi topik yang menjadi perbualan dimana-mana. Cakap-cakap untuk m3ngajar PAS Kelantan didalam PRU 14 nanti kedengaran dimana-mana.

      Kekalahan PAS dalam P4K PK ini adalah muqadimmah k3pada nasib PAS Kelantan didalam PRU 14 nanti. Kali ini ada TGNA ke takde TGNA, Nik Amar dan g3ng UGnya akan dihumban keluar!

      Delete
    3. Bat8.....lu citer Kelantan kubu PAS.sejak bila bat8 oi.jgn berhujah songsang demi menegakan hujah.kaji balik sejarah pru.nampak bijak berhujah panjang lebar tapi itu belun memastikan anda bijak.jgn yakin sangat dengan cakap cakap 2/3 orang,maka lahir ler keyakinan PAS akan tumbang ketika pru 14.tiada siapa yg mampu berkata menang atau kalah PAS pada masa itu.berpaksi ler pada kenyataan.kaji sejarah pru.bukan kah geng ug nie ujud juga dlm pkr.siap lagi ketua umum cuba berug.apakah tidak salah berkonsensus nasional tapi salah berug.cuma sebutan lain tapi keputusan sama.PAS dituduh munafik atas bertindih calun pada pru 13.apa makna nya amaran anwar pada ahli pkr yg bertanding sebagai calun bebas.adakah bat8 berani menafikan isu ini.apakah kekalahan dap diteluk intan akan menjadi mukadimah kekalahan dap pada pru 14. Masa jauh lg untuk pru 14.andai pkr bertanding prk dikawasan umno dan tewas,adakah itu mukadimmah kekalahan pkr pada pru 14.lawak sungguh mukadimmah lu wahai bat8.bertingket tingket.membosankan tahap analisa mukadimmah lu.

      Delete
  2. perasan pandai tapi sebenarnya bodoh sombong nak buat macam mana...Jadi PADAN MUKA!

    ReplyDelete
  3. Tukar kepala settle Semua...

    ReplyDelete
  4. Tukar kepala settle Semua..

    ReplyDelete
  5. bila oang yang bagus & baik disingkir alamat la kerajaan negeri kelantan ! ABU !

    ReplyDelete
  6. Mmg yg tu sedang drencanakan..kucar kan hubungan dlm pr dan ini mmerlukan ejen yg kuat bertaraf presiden...tkat hulubalang x jadi...buktinya ezam...plan hancusss...mesti cari yg lg tinggi jwtannya....nah...setel

    ReplyDelete
  7. PAS FOR PAS NOT FOR ALL....PRU14 Kelantan untuk BN. Dah meluat n geli tgk perangai pemimpin PAs...tak sedar diri !!!

    ReplyDelete
  8. Orang Alim agama ini belum lagi di coba dengan harta dunia , hanya lah yang betul betul takut ALLAH SWT saja akan menolak Mercedes , Bentley , Range Rover serta kemewahan dunia dengan Bini Muda Montok.

    Bila pendidikan agama amat kuat tetapi gagal dalam mengekonomi kan diri sendiri , orang alim jadi bahalol juga.

    Rakyat bukan nak makan minum hasil jaja jaja Al Quran saja...

    Kelantan di bawah PAS sudah GAGAL kerana PAS itu sendiri Jenama GAGAL.

    Tok Guru Tok Guru GAGAL menarik pelaburan di Kelantan yang banyak hasil semulajadi tetapi mengharap Bantuan Kerajaan dengan jaja jaja Royalti Minyak itu saja adalah cara Bahalol.

    ALLAH SWT bagi rezeki mana mana ada , apa kah tanpa Royalti Minyak pemimpin terus jadi dungu ??? Anak anak muda sebuk merempit siang malam kerana GAGAL memahami ayat ayat Quran dan ajaran Islam bila Tok Guru sebuk dengan pangkat harta mengira duit dengan Bini Muda Montok (teringat pulak pada Saloma...).

    Apa apa pun menjaja jaja Pil Pil Keldai akan tidak berjaya apabila rakyat mengetahui tiada kehidupan Keldai di Malaysia.

    Mamak !!! Teh Tarek mari sini satu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 2:17

      DIzaman pemerintahan TGNA, bukan xde pelabur-pelabur asing yang mahu melabur di Kelantan. Banyak juga yang menunjukkan minat serius.

      Tetapi kita kena faham pelabur-pelabur asing yang mahu melabur di negara ini termasuk Kelantan pe4lu berurusan terlebih dahulu dengan MITI. Disinilah jahatnya UMNO/Kerajaan Pusat yang meletakkan pelbagai halangan kepada pelabur-pelabur yang berminat untuk melabur di Kelantan. Tujuan p3labur melabur ialah untuk membuat keuntungan. Jadi jika p3lbagai halangan diletakkan oleh MITI kepada pelabur2 yang ini melabur di Kelantan, buat apa mereka mahu meneruskan pelaburan mereka di Kelantan. L3bih baik mereka melabur ditempat lain dimana keuntugannya sama tetapi tidak mempunyai halangan2 ketat seperti melabur di Kelantan. Kita kena ingat, halangan2 ini meningkatkan kos pelaburan. Jika kos pelaburan meningkat disebabkan oleh halangan2 jahat ini, keuntungan yang disasarkan sudah menjadi kurang menarik lagi. Ini apa yang berlaku di Kelantan. SIAPA YANG M3NJAHANAMKAN MELAYU KALAU BUKAN MELAYU UMNO! ( kawan dan sahabat yang menjadi idaman tuang presideng dan UGnya).

      Satu kejayaan besar kerajaan TGNA dibidang 3konomi ialah pertumbuhan ekonomi/pembukaan peluang-peluang ekonomi melalui konsep PFI, private funding initiatives ( inisiatif pembiayaan swasta). PFI ini adalah konsep membangun 3konomi yang diperkenalkan oleh Paklah semasa menjadi PM. Konsep PFI ini gagal apabila kerajaan pusat cuba melaksanakan. Setahu saya, kebanyakan projek PFI yang dicadangkan oleh pihak swasta kepada kerajaan Malaysia melibatkan kemasukkan dana-dana dari luar. Setahu sahaja projek-projek PFI yang melibatkan dana-dana dari luar negara ini tak ada satupun boleh berjalan. Proses membawa dana-dana luar ini banyak masaalah kerana ia melibat pelbagai undang-undang antarabangsa yang berbeza2, polisi perbankan antarabangsa, polisi-polisi monetary authorities pelbagai negara dan peringkat dunia.

      Tetapi projek2 PFI ini berjaya di Kelantan. Kerana ia melibatkan projek-projek pembangunan berskala kecil dan melibatkan pelaburan dana-dana didalam negeri. Projek-projek ini ialah dimana kerajaan negeri melalui majlis daerah memberi tanah kepada syarikat swasta secara perkongsian bijak untuk membangun pusat-pusat komersial/pembangunan di bandar2 dibawah penyelian mereka.

      Hasil dari inisiatif ini kita lihat begitu banyak pusat-pusat atau kawasan perniagaan baru tumbuh dengan pesat di Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Mas dan lain-lain tempat. Contoh Kawasan pertumbuhan baru iji yang kita semua tahu ialah WAKAF CHE YEH. Satu lagi ialah bandar Tanah Merah.

      Betul PFI ini tidak berjaya membina LOT 10, KLCC di Kelantan. Tetapi pembangunan-pembangunan ini telah mencapai matlamatnya dengan membawa pertumbuhan 3konomi yang diperlukan dewasa ini ol3h negeri Kelantan. Tengok perniagaan-perniagaan yang wujud d8 Wakaf Che Yeh.

      Yang paling membanggakan k3banyakan perniagaan2 baru dikawasan ini dimil3ki oleh orang-orang melayu kita. Tengok b3ntuk perniagaan dan cara mereka berniaga disini. Mereka mampu berniaga dan bersaing dengan cara masa kini d3ngan p3niaga-peniaga cina.

      Hakikatnya kejayaan yang dicapai oleh PFI kerajaan TGNA ini telah meletakkan asas yang kukuh untuk peniaga-peniaga melayu Islam untuk membina ekonomi umat Islam dimasa depan.

      Kejayaan 8ni walaupun berskala kecil tetapi sumbangan jangka panjangnya kepada umat Islam amat besar. Dimana lagi di Malaysia ini, kita lihat kejayaan ini? Tapi sayang, momentum kejayaan ini sudah hampir terh3nti disebabkan kelemahan kerajaan PAS sekarang dibawah pimpinan Nik Amar/Ahmad Yaakob dan puak UG TGHH sekarang. Kerajaan PAS Kelantan hari ini begitu lemah baik dari s3gi p3mbangunan Islamnya maupun bidang-bidang lain.

      PRU 14 nanti, s3mua kejayaan-kejayaan yang dicapai ol3h kerajaan TGNA akan berkubur dengan jatuhnya kerajaan PAS Kelantan. Inilah jaya terbesar N8k Amar/Ahmad Yaakob dan g3ng 7G TGHH di Kelantan nanti!

      Delete
  9. Aku tahu komen ini tidak akan kamu siarkan; tetapi cukuplah untuk kamu baca.Nampaknya kerja kamu sebagai Blogger Pencacai dan Upahan PKR masih belum seledsai; dan dendam kesumat awak terhadap Pas tidak kendur. Tetapi janganlah ingatkan parti serpihan umno PKR kamu boleh bertahan lama. Di Selangor pun PKR dihadiahkan kerusi MB kerana ihsan dan kesihan Pas dan DAP. Itu saja. Bila nak cukupkan sokongan,PKR seperti kebiasaannya akan membeli adun2 walaupun dari parti kawan sendiri. PKR ni kalau tak beli adun2 kamu akan jual diri untuk dibeli. T Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kritis melulu....molek masuk gok doh pok pok ni. Dio ingat ore PKR jah dok kato kor PAS. Ambo pun sokong PAS. Tapi hok ni kawe raso dokleh nok gie lansung dgn perangai tuang presideng

      Delete
  10. Group melalut lebih,group profesional
    Terpaksa berhati2 utk selamatkan Pas,itu sebabnya kalah teruk,
    Balasan atau dugaan dari Allah ,
    Sendiri pikirl le,

    ReplyDelete
  11. Pkr buat hal pas dipersalahkan...bodoh biol macai2 berfahaman umgok ni...

    ReplyDelete
  12. Anon 5:00 PM

    Kalau setakat komen yang keluar macam asap rokok atau kentut sebelum berak, rasanya tak pernah Admin nak blok.... apalagi komen individu yang tak pernah membaca atau buta huruf seperti kamu. Tak gitu Admin?

    ReplyDelete
  13. Anon 5:00 PM

    Komen tahap hancing, kenapa saya tidak akan publish?

    Kepala hotak kamu ni macam juga tuang preseden kamu juga. tuduhan membuta tuli tanpa ada satu pun bukti. Inilah jiwa yang memalukan islam. traf haprak namanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kah statement menghasut,negative,mengungkit kisah berlalu,memecahbelah PR itu tidak memalukan Islam.apakah tuan admin rasa blog nya tidak mengaibkan Islam.masalah nya terserlah satu dendam kesumat yg membara dijiwa admin.apatah lagi disokong oleh mereka yg merasakan kunun nya banyak membaca.sembang lebey,isi hancur.

      Delete
  14. betul, kebodohan dan kesombongan pemimpin pas Kelantan menyebabkan pas kalah d pengkalan kubur,dulu pkr kalah sikit, sekarang pas kalah banyak. siapa bodoh dan pas berlagak nak keluar pr macam pas tu kuat. siapa lemah,. pas.kononnya pas ada harapan menang d pengKalan kubur, siapa bijak main politik, pkr la walaupun pas lebih lama d Malaysia, kebodohan setengah pemimpin pas membuat kenyataan banyak mengecewakan pkr dan dap. kami sebagai ahli bawahan cukup cukup kecewa dan sesetnagh pemimpin pas, kalau tak pandai jadi pemimpin, berhenti sajalah,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn mudah membodohkan orang lain.itu riak lagi takbur.ingat Allah swt mencipta setiap manusia itu serba kekurangan.bodoh manusia dlm pelajaran tapi pandai kerja.ada manusia pandai pelajaran tapi bodoh dlm kerja.engko mungkin pandai,tapi pandai ker ko dlm bidang lain.aku percaya ko pun ada bodoh nya.itu hakikat manusia.pandai menghasut tapi bodoh beragama pun ada.tak gitu admin.

      Delete
  15. saya percaya pas Kelantan akan kalah pru ke 14, dengan pemimpin yang ada sekarang, tunggu dan lihat, tak usah sombong la pemimpin pas Kelantan, cukup cukup mengecewakan , husam musa yang jujur dan ikhlas dibuang, tak lama, tunggu saja ,

    ReplyDelete
  16. aku paling menyampah dengan nik abduh.
    rupanya kuah tidak jatuh ke nasi.
    tendang hadi, naikkan mat sabu dan husam.
    insyaalah aman pas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko kira nyampah ko saja.nyampah orang pada ko plak ada ker ko kisah.dan aku percaya nyampah ko tu tak jadi kudis pun.sendiri mau hengat ler.

      Delete
  17. bat8

    Tak payahlah sdra memberi ulasan panjang lebar kepada spesis "ikan kering" dan "beruk jantan" itu. Sebenarnya spesis ini tak layak mengundipun dan tak habis-habis mengungkit cerita Teluk Intan yang BN menang tak sampai 100 undi tu. Lebih baik beri makan kepada lembu dari menyuap maklumat ke dalam mulut "beruk jantan" itu. Sdra berilah apa maklumat dan fakta sekalipun "beruk jantan" itu akan membalasnya dengan ayat bodoh dan tiada nilai langsung untuk didengar dan difikirkan. Tak ramai pun jenis "beruk jantan" ini dan tak lama lagi pupuslah spesis binatang ini ditembak oleh Monkey Shooter.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa