Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 24, 2014

Katak Yang Tak Mengaku Menjadi Katak Pun Ke Mahkamah?

Contohilah Brahem Ali
Orang panggil dan gelar apa saja, dia buat derk jer!
Itulah orang politik.....

Tidak salah gelar ahli politik lompat parti ‘katak’, kata mahkamah
Published: 23 September 2014
Ahli Parlimen Tanjong Ng Wei Aik (kanan) yang disaman fitnah oleh bekas Ketua Cabang PKR Bukit Gelugor PKR Lim Boo Chang yang digelarnya ‘katak’ tiga tahun lepas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 September, 2014.

Dalam konteks politik Malaysia, tidak dianggap satu fitnah menggelar seorang ahli politik yang melompat dari satu parti ke parti lain dengan panggilan “katak” atau “katak politik”, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memutuskan hari ini.
Pesuruhjaya Kehakiman S Nantha Balan berkata, walaupun perkataan itu bukan satu pujian, ia juga bukan satu fitnah.
Beliau berkata demikian ketika membuat keputusan dalam kes saman fitnah bekas Ketua Cabang PKR Bukit Gelugor PKR Lim Boo Chang terhadap Ahli Parlimen Tanjong Ng Wei Aik yang memanggilnya “katak” tiga tahun lepas.
Beliau menolak saman itu dan memerintahkan plaintif membayar defendan RM30,000 sebagai kos guaman.
"Plaintif (Lim) gagal membuktikan perkataan yang dipertikaikan itu ialah fitnah.
"Tiada bukti yang defendan mempunyai apa-apa dendam terhadap plaintif," katanya, sambil menambah kenyataan itu dibuat Ng apabila beliau terpaksa mempertahankan partinya, DAP, daripada difitnah oleh plaintif.
"Saya tidak melihat ini sebagai satu manifestasi berniat jahat. Ia menunjukkan beliau (Ng) terpaksa melakukannya kerana ada keperluan menangkis dakwaan yang DAP membuli rakan kongsinya (PKR) dalam gabungan itu.
"Oleh itu, tidak wujud niat mendatangkan mudarat kepada plaintif, tetapi sebaliknya dilakukan untuk mengelakkan kemudaratan terhadap DAP dan Pakatan Rakyat secara umum," katanya dalam keputusannya pagi ini.
Nantha Balan berkata istilah "katak" atau "katak politik" merupakan sekadar nama panggilan atau label untuk ahli politik yang kerap bertukar parti, dan ia bukanlah satu fitnah yang boleh didakwa.
"Plaintif sendiri memilih untuk meninggalkan PKR," katanya.
Lim menyertai Gerakan pada 1984, MCA pada 1999 dan kemudiannya PKR pada 2008. Dia keluar PKR pada 2011 dan cuba kembali kepada Gerakan tetapi permohonannya ditolak.
Lim menyaman Ng berhubung satu artikel di Kwong Wah Yit Poh bertajuk “Hendak pergi, pergilah, jangan cari alasan - pemimpin Pakatan Rakyat sangkal tuduhan Lim Boo Chang kerana meninggalkan parti” pada 18 Disember, 2011.
Lim mendakwa Ng merujuk kepadanya sebagai seorang yang tidak "berperwatakan manusia" tetapi "berperwatakan katak" dalam artikel berbahasa China itu.
Kenyataan yang sama oleh Ng dilaporkan di dalam artikel lain dalam Bahasa Inggeris dan Cina di portal Malaysiakini dan sebuah akhbar bahasa China lain, Nanyang Siang Pau.
Lim berkata, kenyataan Ng tidak berlandaskan fakta dan tuduhannya sangat tidak berasas. Dia juga menyifatkan serangan itu pahit dan tidak dapat dijustifikasikan. – 23 September, 2014.

1 comment:

  1. betul tu. itu mcm bagi gelaran jer.
    bukannya fitnah. contoh fitnah errr.. mcm tuduh seseorang jual pil kuda padahal yg menuduh takde bukti. itu baru lah dikatakan fitnah. kot!?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa