Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 28, 2014

Noh Bela PAS: Tak Ada Tupai Pokok Tak Goyang!

Ada gerakan terancang hadkan suara PAS di Selangor - Noh
Agensi |(Diterbitkan pada: September 27, 2014 18:49 MYT)

Ada gerakan terancang hadkan suara PAS di Selangor - Noh
NOH: Ada gerakan terancang hadkan suara PAS di Selangor - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan Menteri Besar Selangor yang baru, Azmin Ali mengurangkan satu kerusi exco Pas memperlihatkan wujudnya gerakan terancang dalam usaha mengurangkan suara wakil parti tersebut di dalam sebarang keputusan yang bakal dibuat oleh kerajaan negeri itu kelak.

Menurut beliau, pengurangan satu kerusi exco PAS ini juga secara jelas membuktikan bahawa kepercayaan PKR dan DAP terhadap PAS sudah mula goyah dan usaha untuk mengekang suara dan pengaruh PAS di dalam sebarang keputusan yang dibuat sedang dilaksanakan.

"Walhal, di Selangor PAS mempunyai lebih kerusi berbanding dengan PKR dan tidak sepatutnya kerusi exco yang sudah diperuntukkan kepada parti tersebut dikurangkan. Ini jelas memperlihatkan bahawa PAS sudah tidak lagi dipercayai oleh rakan-rakan sekutu mereka dan usaha untuk mengurangkan suara dan pengaruh PAS di negeri Selangor dengan dilaksanakan.

"Apa yang berlaku ini bagi saya juga merupakan satu bentuk  hukuman terhadap PAS khususnya di dalam kemelut MB Selangor, di mana PAS dilihat tidak memberi kerjasama yang baik sehingga dilabelkan oleh pengkhianat oleh rakan sekutu mereka sendiri.

"Dan tindakan mengurangkan jawatan exco PAS di dalam pentadbiran Selangor mungkin satu strategi terancang PKR dan DAP untuk menghadkan pengaruh, kuasa dan juga suara PAS di dalam pentabiran negeri Selangor,” jelasnya ketika memetik laporan UMNO-Online di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, tindakan Azmin melantik seorang wakil PAS bagi menjawat jawatan timbalan speaker DUN Selangor pula hanya sekadar untuk menyejukkan hati PAS Selangor.

"Bagi saya jawatan timbalan speaker DUN  yang diberikan kepada PAS itu juga hanyalah sebagai penyedap hati di mana kuasa timbalan speaker amat terhad dan tidak mampu untuk memberikan sebarang impak atau pengaruh terhadap mana-mana keputusan yang dibuat oleh exco negeri.

"Berdasarkan senario di atas, apa yang jelas bagi saya, kedudukan Pas Selangor di dalam pakatan pembangkang jelas kini dicurigai oleh kepimpinan PKR dan DAP. Secara tidak langsung, kemelut yang berlaku ini juga akan memberikan kesan terhadap penglibatan PAS di dalam pakatan di peringkat pusat.

"Walaupun ada yang beranggapan bahawa kemelut pentadbiran Selangor akan selesai dengan pelantikan Azmin, namun saya yakin bahawa tindakan Azmin mengurangkan wakil PAS di dalam jemaah exco negeri akan mengundang rasa tidak puas hati dikalangan kepimpinan PAS yang boleh membawa pakatan pembangkang ke kancah kemelut yang lebih serius tidak lama lagi," ujarnya.

16 comments:

  1. Noh udang,
    Apa komen encik terhadap penarikan sokongan mahathir kpd pm encik,najis?
    Kan lebih baik perbetul umah sendiri dari jaga umah org??
    Atau adakh encik fikir encik ni hanya layak jadi jaga umah org?
    Baik jaga kolam udang kn!

    ReplyDelete
  2. Rakyat pon tak percaya dengan PAS .... Tak apa akan datang kami tak undi PAS lagi dan secara tak langsung PAS tiada kerusi lagi di Selangor . PRU yang lepas PAS telah sabotaj kawasan PKR bertanding .... itu sebab kami dah tak caya kat PAS. PAS lagi hodoh perangai dari UNO .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cer citer plak berapa kerusi yg calun pkr bertanding sebagai calun bebas.komen nampak mcm bijak sangat kunun nya....tapi sayang bodoh bermaklumat.

      Delete
  3. Sultan dah setuju. Yg noh bising apsal? Pasal kuciwa ker tak dpt jadi mb?

    ReplyDelete
  4. Ada udang di sebalik batu bila Noh Udang support PAS.

    PAS Parti Politik Munafik penuh dengan Broker dan Barua , sesuai sangat ber gabing dengan geng geng Udang.

    Apa apa pun , PAS tiada sambutan dari rakyat lag macam di Pengkslan Kubor.

    ReplyDelete
  5. Tuan dah dedah keburukan perangai Ayam Din dah jawap isu 'perangai buruk' dia dalam facebooknya.
    Tuan admin boleh beri komen sikit. Kerana pendedahan tuan sebelum ini menjadi perhatian dan dikomen sama oleh pengunjung-pengunjung blog tuan.

    Tuan dah ada cucu...alhamdulillah. Hadirnya cucu ibarat daun-daun lama dipokok akan bermula gugur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 10:22

      Apa keistimewaan Din Ayam sehingga tidak boleh dikritik. Dia ni nabi ke?

      Sdra lupa betapa h3batnya pemimpin-pemimpin PAS mengkritik kekayaan Mahathir, Najib dan pemimpin-pemimpin UMNO di dalam ceramah-ceramah PAS di seluruh megara berpuluh-puluh tahun lamanya.

      Tolong beri alasan m3ngapa Din Ayam tak boleh dikritik. Mengapa Mahathir dan pemimpin-pemimpin UMNO sahaja boleh dikritik hatta mengenai kekayaan mereka.

      Mengenai kekakayaan Din Ayam, TB tuan blog the malaysianwaves dah buat ulasan awal. Bagi Din Ayam kena tunjuk dokumen-dokumen dari ROC bagi membuktikan dia memang berniaga betul dan memang memileki perniagaan itu. Kalau dia boleh upload bukti pembelian kereta BMW tu dia juga boleh upload butiran pendaftaran perniagaan ROC sebagai bukti. Malah inilah bukti paling sahih. Ramai pemimpin UMNO tersangkut bila bukti ROC ini diupload. Butiran ROC ini bukan rahsia. Ia dokumen awam. Sesiapapun boleh beli. Jadi apa masaalah Din Ayam takmo upload.

      Kita bol3h t3ngok apakah dia memang berniaga betul atau hanya dilantik menjadi pengarah tanpa ekuiti. Teknik biasa nak bagi duit free. Ini banyak diamalkan oleh syarikat2 orang cina yang menggunakan nama pemimpin atau anak pemimpin UMNO.

      Sdra boleh bukti-bukti sdra yang menyokong kenyataan Din Ayam mengenai kekayaan dia selain hanya ayat sebaris yang kosong?

      Delete
  6. Anon 10:22 AM

    Bila pula saya sentuh kekayaan Din Ayam dan sesiapa saja pemimpin PAS yang mewah atau berkereta mewah?

    Ada dulu saya soal kenapa menatu hadi boleh duduk di dalam MBI dan menatu Nik Aziz terpaksa ditendang dari PMB Kelantan ketika Nik Aziz berkuasa sedangkan menantunya itu memang berkelayakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 10:22

      Aku yang komen pasai kekayaan Din Ayam.BUKAN TUAN BLOG.

      Jadi apa hal dengan komen aku? Kalau salah dimana. Apa yang betulnya. Jangan pakai ayat s3baris....

      Delete
  7. Anon 10:22 AM

    Dan satu lagi yang saudara pertikaikan adalah komen pengunjung.

    Komen pengunjung bukan dalam bidang kuasa saya dan saya akan publishkan setiap komen kecuali yang terkategori di dalam akta hasutan.

    Komen bodoh ker, hentam saya ker, komen berpakta memang di alu-alukan atau komen menegur dan kritik, semuanya saya akan publish.

    ReplyDelete
  8. Nampaknya tak ada cara lain dah untuk PAS kembali pulih di mata masyarakat. Kapten kapal dan konco-konco mabuk laut tak mau rehat di dek bawah.... maka kena suruh depa jalan atas papan untuk di buang ke laut.

    ReplyDelete
  9. Eloklah kalau dah kesian kat Pas tu, bolehlah ajak masik bn.
    Kami tetap ABU dan ABUg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas agak susah nak sertai umno.tapi pkr dan dap udah berapa ramai berumno.kih.kih.kih.bodoh gak pencacai pkr nie.dok kecoh ekor ayam bertaik.pungkok sendiri dah berulat tak sedor.tak gitu tuan admin.

      Delete
  10. Eloklah kalau dah kesian kat Pas tu, bolehlah ajak masik bn.
    Kami tetap ABU dan ABUg.

    ReplyDelete
  11. PAS tukar presidennya eloklah tu. Diapun dah lama pegang jawatan presiden, bagilah pula yang masih proaktif.... yg seangkatan dengan sda bersara. Itu saja penyakit PAS ini...presiden tak sedar diri.....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa