Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 17, 2014

Pandangan Ni Saya Setuju!

Kalau tumbang pun bukan kerana PAS tetapi kerana kelemahan pemimpin!
Aku nampak pun dah ada riaknya......

Pemuda PAS bimbang k'jaan K'tan tumbang
mk - 4:14PM - 16 Sep 2014
Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat menyuarakan kebimbangannya terhadap kejatuhan kerajaan Kelantan yang dipimpin PAS sejak 1990 dalam pilihan raya umum akan datang, selepas era pentadbiran bekas menteri besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Suhaizan berkata hal itu disebabkan pilihan raya umum lalu menyaksikan sokongan rakyat Kelantan yang menetap di negeri itu, kepada PAS merosot bawah 50 peratus.

Menurutnya, kemenangan PAS dalam pilihan raya umum lalu dibantu oleh sokongan pengundi Kelantan yang berada di perantauan dan menggesa PAS tidak berharap kepada ketokohan dan pengaruh Nik Aziz semata-mata untuk mencapai kemenangan.

"Ini adalah satu isyarat bahawa rakyat tempatan Kelantan tidak berpuashati dengan prestasi kepemimpinan kita. Kita juga bimbang sekiranya anak Kelantan di perantauan tidak lagi pulang mengundi di negeri kelahiran mereka sendiri atas pelbagai sebab.
"Faktor ketokohan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sangat berpengaruh dalam membantu kemenangan PAS di Kelantan sebelum ini. Ada di kalangan rakyat Kelantan yang tidak bersetuju dengan PAS tetapi sayang dengan kepemimpinan Tok Guru, maka mereka mengundi PAS.

"Bagi sesetengah pengundi, pengaruh Tok Guru lebih besar daripada pengaruh PAS itu sendiri. Kini Tok Guru tidak lagi menjadi menteri besar Kelantan dan PAS belum teruji kekuatannya dalam Pilihanraya Umum tanpa faktor Tok Guru. Keadaan ini sangat membimbangkan,"katanya.

Beliau berkata demikian ketikan menyampaikan ucapan dasar bertajuk "memperkukuhkan Muafakat" dalam Muktamar Pemuda PAS di Kota Tinggi, Johor petang ini.

Suhaizan turut mengingatkan bahawa pemikiran rakyat Kelantan yang kritikal dan dinamik apabila mereka pernah menolak PAS jika mereka tidak berpuashati dengan prestasi kerajaan negeri yang ditadbir PAS.

"Justeru perancangan rapi perlu dilaksanakan di Kelantan, masalah dalaman perlu segera diuruskan, perubahan kehendak rakyat perlu diteliti, nilai tambah kepada kerjaan Kelantan perlu dilaksana, janji pilihan raya wajib ditunai dan pemimpin mesti sentiasa bersama denyut nadi rakyat.

"Pemuda PAS Malaysia bersama Pemuda PAS Kelantan berikrar untuk membantu sehabis baik untuk mengekalkan kemenangan PAS di Kelantan dalam Pilihan raya Umum akan datang, Insya-Allah!" katanya.

Suhaizan berkata pihaknya tidak mahu pengalaman perit kejatuhan dua kerajaan yang dipimpin PAS  - Kedah dan Terengganu - selama sepenggal pada pilihan raya umum 2004 dan 2013, berulang di negeri Pakatan Rakyat.

"Hasil post-mortem parti mengenai prestasi PAS dalam PRU yang lepas mendapati punca utama kekalahan di Kedah adalah disebabkan masalah dalaman yang gagal diurus dengan baik. Akhirnya rakyat menghukum kita di Kedah.

"Kekalahan ini bukan sahaja memberi imej tidak baik kepada PAS di Kedah malah seluruh negara," katanya sambil berharap Pakatan boleh mempertahankan kemenangan lebih daripada satu penggal di Selangor dan Pulau Pinang.

3 comments:

  1. pas sering samakan perjuangan mereka dgn sahabat2 besar nabi saw untuk tatapan pendukung2nya..memang kalo sekali tengok seakan2 sama..seakan akan la...
    meh kita pilih sorang sahabat kita tengok sama x sama..
    saidina usman la ye...
    1-pentadbiran saidina usman ialah kurniaan dari berjayanya usaha nabi saw dan para sahabat menyampaikan agama kepada manusia..dan generasi sahabat terus sambung politik menyampaikan agama pada manusia2..
    -pentadbiran pas pula ialah kurniaan dari sistem demokrasi@lord reid sebab berjayanya usaha menang undi demokrasi...dan generasi pas seterusnya meneruskan politik kejar kerusi/undi demokrasi..
    2-pentadbiran saidina usman "didaftar" dibawah kekangan kuasa quran dan sunnah sebab tu saidina usman kena patuh,mcm mana pun dia xkan serah pentadbiran dijalan yg benar kepada puak yg salah(hingga dia sendiri terkorban)..dan sesekali sahabat x pernah sandarkan hukum tuhan pada keizinan manusia2 apatah lagi keizinan penyembah2 berhala..sebab pentadbiran sahabat "didaftar" dibawah kekangan kuasa quran dan sunnah..
    -pentadbiran pas pula didaftarkan dibawah kekangan kuasa sistem demokrasi@lord reid..jadi nak x nak 5 tahun sekali dia kena serahkan kat pengundi la merisikokan jalan mereka yg "benar" tu..dan sistem ni juga mengikat cita2 setiap parti kepada keizinan manusia2 di pru dan parlimen yg separuh darinya ialah penyembah berhala...
    ...amacam ada beza x?
    mestilah korang ada hujah gak kan hehe..kalo x masakqn anwar dan dap nak lantik jijah utk kerusi mb korang berkorban nyawa menentang..tapi bila umno/pkr/dap/mic/mca tak bagi izin kat hudud korang ok ngalah .rilex je....x gitu?hak dorang dlm demokrasi kan..korang x leh wat pe sbb korang pun berdaftar dibawahnya juga hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu j3 pasal hudud yang nko kata orang lain tak sokong, apa jadi dengan perlaksanaan hudud ki Kelantan sekarang? Tolong update.

      2. Cantik sungguh contoh saidina Usman yang nko bawa. Ikut macam saidina Usman ke bila TGHH tuduh org komeneh dan jual pil kuda tanpa bukti?

      Ikut saidina Usman kah setelah setuju serah kerusi dun kota damansara, kemudian presiden sendiri pi keluar watikah calon s3ndiri?

      Takpayah nak s3mbang k3ncang pasal benda besar-besarlah. Cerita kecik macam aku sebut pun terbarai...

      Delete
    2. baca la betol2 bhai.....

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa