Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 19, 2014

Muktamar PAS: Seruan PAS Tunaikan Janji Di'boo'!

Tatau nak kata apa?
Kalau dah pemimpin pun bercanggah pendapat, anak buah apa lagi?
Parti deme, demelah yang kemudikan!

Nampaknya penyakit dari parti yang mereka cemuh dah berjangkit pada mereka pula

Perwakilan cemuh seruan tolak menteri besar daripada PAS 
Published: 19 September 2014
Muktamar Tahunan PAS ke-60 hari ini kecoh apabila seorang perwakilan menyeru kepimpinan tertinggi parti menolak jawatan menteri besar Selangor jika dipilih oleh Sultan Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 19 September, 2014.
Seorang perwakilan Pemuda PAS dicemuh apabila beliau dengan penuh semangat menyeru kepimpinan tertinggi parti menolak jawatan menteri besar Selangor sekiranya Sultan Selangor memilih pemimpin daripada PAS bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Insiden itu mencetuskan kekecohan petang ini apabila perwakilan dan pemerhati muktamar bangun dan menjerit "boo" kepada Mohd Sany Hamzah dan mengarahkannya berhenti berucap.
"Jika benar Sultan Selangor lantik menteri besar daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS, Pemuda ingin menyarankan supaya kita tolak jawatan itu.
"Setuju semua? Sebab itu janji kita," katanya semasa membahaskan ucapan dasar presiden pada hari kedua Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor hari ini.
"Setia kita dalam Pakatan Rakyat (PR).
"Sebab itu saya nak sebut, kalau mahu ambil kerusi menteri besar, tunggu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kita sapu 20 kerusi di Selangor, kita jadi menteri besar," katanya dan mencetuskan kekecohan apabila disambut dengan "boo" oleh mereka yang hadir.
Sany bagaimanapun tenang menerima bantahan dan berkata ia adalah pendirian sayap Pemuda PAS bersama PR.
"Tak apa, saya tidak ada masalah, itu pendirian Pemuda yang kita janji dan sepakati bersama dalam Pakatan," katanya. – 19 September, 2014.

6 comments:

  1. PAS jadi parti mengajar ahli ahli iaitu Melayu supaya ber sikap Munafik dan Mungkir Janji.

    Ini mengesahkan Melayu tidak lsgi bangsa ber adab malah lebih jahil dari orang hutan.

    Ini adalah akibat menongkat pemimipin yang jahil lagi tak ber pelajaran.

    PAS akan di geruni sebagai perosak bangsa.

    ReplyDelete
  2. Wajah dan imej bagi Muktamar PAS yang ke-60 ini bolehlah dibuat kesimpulan awal bahawa untuk mendapatkan sokongan dan kuasa dari rakyat yang berbilang kaum, para pengundi yang layak, golongan pengundi atas pagar (paling ramai jumlahnya), para profesional dan golongan rakyat konservertif maka harapannya adalah "terlalu tipis" atau bagi pemerhati yang tulus iklas akan mengatakan bahawa hala tuju politik PAS kini adalah "The End".

    ReplyDelete
  3. Melihat kepada perpecahan dan kegusaran ahli dalam parti PAS adalah atas faktor berlaku pencairan ikatan kesetiaan diri ahli terhadap kredibiliti pemimpin sediada didalam struktur kepimpinan parti PAS.

    Pengaruh lazim dari kuasa utama, TGNA dan TGHA sudah tidak menggerunkan orang bawahan mereka. Dulu PAS 4 Islam, maknanya PAS hanya mendominasi strategi perjuangan penubuhan negara Islam dan hukum hudud walaupun halatuju strategi kabur.

    Bersama PR DSAI telah berjaya menyusup pengaruh kuasa primer dan sekunder terhadap parti PAS. Kuasa sekunder ciptaan DSAI adalah ahli-ahli dalam parti PAS tetapi mendengar dan menyokong DSAI.Kuasa primer adalah DSAI sendiri. Kekuatan kovelensi kuasa primer dan sekunder ini telah mengubah PAS 4 All (Anwar lime light).

    DSAI sebagai pencetus kuasa PR yang menghadapi krisis ketentuan PKR yang semakin goyah telah bertindak memusatkan PAS sebagai dia yang 'berhak'.DSAI sudah menunjukkan keupayaan pengaruhnya bila bersama PAS.

    ReplyDelete
  4. Parti islam yg lbh byk mgutamakan emosi dari hujjah

    ReplyDelete
  5. As Salam Tuan (Mountdweller). Pendapat saya, Hadi Awang tak perlu kecil hati terhadap pemimpin lain yang lebih trampil dan berbakat dalam politik serta Islam berbanding beliau. Mungkin selama ini Hadi Awang sentiasa menganggap beliau serta pengikut serban tinggi beliau setaraf Rasulullah SAW dan para sahabat. Kelahiran manusia seperti Anwar adalah anugerah satu anugerah Illahi, puluhan juta penduduk di negara ini mungkin lahir hanya salah seorang sepertinya (bukan taksub - ini adalah kenyataan bagi orang yang berakal dan berpegang pada realiti dan bukan fantasi). Hadi Awang dan para pengikutnya selalu mengatakan bahawa perjuangan yang utama adalah menaikkan syiar atau nur Islam di negara ini dan sanggup tunggu 1000 tahun lagi untuk mencapai tujuan tersebut. Tetapi bila dilihat kenyataan beliau yang berkecil hati kerana jutaan ahli PAS yang lebih "respect" kepada Anwar berbanding beliau - di sini boleh dipersoalkan apakah matlamat dan bentuk perjuangan beliau yang sebenarnya? Tak lain tak bukan adalah ingin berkuasa dan bermegah serta mahu semua pengikut parti wala kepada beliau walaupun bakat serta kemampuan memimpin beliau hanya ada sekitar 25% sahaja berbanding Anwar.... Bayangkanlah TG Nik Aziz sendiri pun menolak sekiranya diberikan jawatan PM walaupun beliau telah berjaya mentadbir Kelantan selama selama 22 tahun, inikan pula Hadi Awang yang memerintah Terengganu hanya 1 penggal dan kemudian berjaya memporak perandakan Kedah pula dan kini di Selangor pula. Individu sebeginikah mahu diberi mandat untuk memerintah (PM) Malaysia? Sejarah adalah pengalaman manusia terdahulu dan wajib dijadikan panduan kepada manusia hari ini(sedangkan Al-Furqan pun berbentuk sejarah).

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa