Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 30, 2014

PAS Dalam PR: Pengamatan Anak Muda Lebih Tajam!

Dewan Ulamak bolehlah buat semakan dan keluarkan arahan jelas untuk presiden bertindak
Sama ada kekal bersama PR atau keluar
Kalau nak kekal jangan jadi budak nakal lagi, jadilah dewasa sebagaimana di dakwa yang parti PAS adalah abang tua kepada PKR dan DAP

Sekarang nampak seolah PAS mahu ditendang bukan mengundurkan diri
Kalau ditendang, bolehlah PAS persalahkan PR sebagaimana mereka ditendang dari BN dulu (1978) dan dijadikan modal kempen.......

NGO anak muda serah memorandum desak PAS keluar Pakatan
Published: 30 September 2014 | Updated: 30 September 2014 12:53 PM
NGO Lensa Anak Muda Malaysia bertemu media di depan Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Zhafri Azmi, 30 September, 2014.

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada kumpulan anak muda hari ini mendesak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) jika tiada langkah pemulihan diambil parti Islam itu.

NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) berpandangan kenyataan yang dikeluarkan pemimpin PAS hanya menimbulkan ketegangan dalam PR dan jika tidak dibendung ia akan mengakibatkan hilangnya sokongan rakyat.
"Lensa menyarankan PAS perlu menggesa semua pimpinan di semua peringkat untuk tidak lagi membuat kenyataan yang boleh memudaratkan hubungan sesama rakan PR.


"Hal ini penting bagi mewujudkan tempoh bertenang seterusnya memberi ruang kepada komponen PR untuk memperkukuh semula permuafakatan.
"Lensa berpendirian sekiranya PAS gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam PAS yang terus menerus mewujudkan konflik sesama PR maka Lensa mencadangkan PAS mengambil langkah berundur daripada PR," katanya selepas menghantar memorandum di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.
Lensa semalam berkata PAS menyebabkan krisis menteri besar Selangor yang mengundang perpecahan dalam PR.
Berdasarkan pandangan ahli politik dan ahli akademik, NGO itu berkata, PAS harus dipersalahkan atas pendirian mereka yang berubah-ubah dalam isu menteri besar Selangor.
Koordinator Lensa Ekhsan Bukharee berkata, PAS menjadi faktor utama menyebabkan krisis Selangor terheret sehingga hampir 5 bulan sedangkan konflik ini boleh diselesaikan lebih awal jika PAS menghormati semangat setiakawan menyokong calon menteri besar yang dipersetujui PKR dan DAP.
Katanya, hubungan sesama komponen PR juga menjadi tidak menentu apabila terdapat pemimpin PAS yang mengeluarkan kenyataan terbuka merugikan PR.
“Lensa khuatir jika pertembungan dalam PR tidak diurus segera, masyarakat akan hilang kepercayaan kepada PR dan secara khususnya kepada PAS. Ini berikutan tanggapan umum terhadap PAS yang dilihat membelakangkan semangat Pakatan.
“Dalam empat siri forum yang dijalankan, 33 soalan diajukan penonton kepada ahli panel. Hasilnya 23 daripada 33 soalan tersebut menunjukkan kekecewaan terhadap sikap PAS dalam krisis Selangor.
“Analisis juga menunjukkan semua soalan diajukan penonton bukan Islam mempertikai sikap PAS sepanjang konflik berlaku,” katanya kepada pemberita yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif Lensa Safwan Anang. 
Ekhsan berkata, PR perlu sentiasa memperkukuh persepakatan bagi menyemak imbang urus tadbir negara di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana pakatan pembangkang yang kuat akan melahirkan kerajaan yang lebih prihatin dan telus dalam pemerintahan.
Katanya, PR begitu longlai dalam menangani keghairahan kerajaan menggunakan Akta Hasutan walaupun pemimpin utama PR sendiri disabitkan dengan akta drakonian tersebut.
“Jika pakatan pembangkang lemah, kerajaan yang memerintah akan berpeluang untuk mentadbir secara sesuka hati sekali gus berpotensi untuk menindas rakyat.
“Sebagai contoh, dalam masa PR terheret dengan konflik dalaman yang berpanjangan dan kelihatan lemah, tempoh tersebut digunakan pihak berkepentingan untuk menganiaya pemimpin politik dan aktivis rakyat menggunakan Akta Hasutan,” katanya. – 30 September, 2014.

17 comments:

  1. Dengan Nama Allah SWT
    Balik balik suruh parti PAS keluar Pakatan Rakyat . Siap suruh NGO bangang desak parti PAS keluar dari Pakatan Rakyat . Dulu sibuk kata Parti PAS jadi barua DAP dan PKR . Bila parti PAS tidak setuju dengan pendapat dengan parti DAP dan PKR perihal calonan nenek kipas tiba tiba la ni sibuk dan mendesak parti PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Inilah segelintir bangsa melayu yang munafik termasuk blogger MOUNTDWELLER.

    ReplyDelete
  2. Haji

    Baca betul2 artikel tu mengapa anak muda tu desak PAS keluar. Tidakkah pada mesyuarat PAS pada 25 ogos, TGHH setelah didesak oleh Hanipa Maidin, mengakui PAS ada rancangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduang di Selangor bersama UMNO dan TSKI. Ini le sebab TGHH setuju dalam mesyuarat JKPP 17 ogos. Kemudian mungkir selepasnya. Haji tak jujur apabila ambil sekerat2 macam orang UMNO.

    Betullah apa anak muda desak. Dalam Muktamar ke 59, Dewan Ulamak PAS dah bust usul untuk mengkaji tahaluf siyasi dengan PKR. Dato Haron Din pun ada buat kenyataan baru-baru ini supaya dikaji tahaluf siyasi dengan PR pula.

    Haji ni begitu taksub membenci PKR. Kalau Haji orang PAS, Haji dah tak wala dengan jamaah apabila Haji menolak keputusan Muktamar Ipoh 2008 yang masih menjadi dasar PAS sehingga hari ini.

    Sedih Hani, sepatutnya mita orang tua ini akal lebih pa jang dari anak-anak muda. Tetapi kalau akal orang tua terlalu panjang, ia boleh terbelit-belit dan tersimpul-simpul. Pemikiran menjadi tersekat2 dan celaru melebihi anak-anak muda.

    Anak-anak muda walaupun akal pendek tetapi masih berpeluang untuk tumbuh panjang. Kalau akal sudah terbelit2 dan tersimpul2, emosionalnya akan mengalah akal budak 5 tahun yang baru masuk tadika kemas.

    ReplyDelete
  3. Saya anak muda, wahai bapak Mountdweller. Tapi saya tak sokong LENSA. Malah saya menyokong penuh Tok Guru Abdul Hadi Awang dengan ketegasannya.

    Saya bukan Ulama, tapi seorang profesional dalam profesyen Kejuruteraan Mekanikal. Menyokong penuh Majlis Syura Ulama, wahai bapak Mountdweller.

    Dan bukan saya seorang sahaja golongan kerjayawan profesional yang menyokong Hadi Awang dan Ulama, malah RAMAI kawan2 saya yg bersama. Malah kami semua sudah geli geleman dgn DS Anwar Ibrahim akibat Kajang Move ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bung

      Bung ini warganegara malaysia atau pati?

      Delete
    2. Pati?ha pati delima.kih.kih.kih.kih.soalan bodoh dari puak Pasmapkr.

      Delete
    3. Aku pun golongan profesional yg tak makan hasil bini serta anak pun nyokong TGHH.tak gitu tuan admin force team.

      Delete
  4. tak payah la naK salah kan org ...sudah terang lagi bersuluh....masalah pas ni ialah...ramai orang orang macam hasan ali lagi dalam ni...perkataan lainnya ialah ..UG

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyamar PAS ramai gak.tak gitu TB dan tuan admin.

      Delete
  5. Haji Kayu lagi.....

    Siap dengan mukadimah Lillah Hi Ta'ala. Lepas tu keluar perkataan bangang pula. Admin mungkin dah maklum bahawa Hj Kayu ini otak dia mereng sikit dan terlalu anti Wan Azizah serta Anwar. Mungkin pernah dikecewakan atau bini dia dah tangkap cintan kat Anwar..... Orang korban lembu dia ni hanya korban batang kayu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lol komen bangang dari pencacai pasmapkr.

      Delete
    2. Komen bodohbangang dari pencacai najis pkr.punya ler bodoh hingga buat andaian bodoh.ko pernah buat kot korban kayu.bangang sungguh.

      Delete
  6. Tahniah Mazwandi Mustaffa....

    Tak ramai yang mengaku profesional (hanya Kejuteraan makanikal), juga tak ramai yang bodoh dan bermuka bodoh macam kamu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mazwandi ni la contoh tin kosong. Orang lagi hebat pun tak mahu expose diri.

      Elok sangat la join puak UG. Jenis perasan diri hebat....tetapi tin kosong.

      Delete
    2. Kah.kah.kah.pencacai pasmapkr 2 ekor yg rasa bijak.ego.tapi terlupa depa nie lebeh bodoh.patuk keyboard,lepas tu cukup bulan claim kat pasmapkr.hal lain tak tahu.sebab nya....depa nie sitolol yg tak ngaku bodoh.kah.kah.kah.kah.

      Delete
  7. Jangan haraplah DAP dan PKR nak singkir PAS. Abang tua kena buat sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pkr dan dap mana ada telur.tambahan pula pasmapkr belum kukuh.tentu nuar tak berani.kih.kih.kih.nuar...nuar.....

      Delete
    2. Anon 10:22

      Kalau pakai kacamata UMNO hang untuk melihat PAS sampai kucing tumbuh tanduk pun hang xkan faham dan akan meraban macam org telan phil keldai.

      PAS pun xkecoh dan naik gila dengan wujud PasMa didalam PAS seperti puak UMNO seperti hang. Tak ke gila namanya orang UMNO dok sebok separuh gila pasai benda yg berlaku dalam yang xde kena mengena dengan BN dan UMNO.

      Elok pi ambil tahu pasai MAC, MIC dll parti komponen BN. Tu lagi berfaedah kerana hangpa satu kapai

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa