Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, September 20, 2014

Mat Sabu Diumpamakan Abdullah Bin Ubai?

Parti tua ini baru nak bermusahabah?
Aku tak tahulah korang boleh setuju atau tidak
Tapi pada aku apa yang Aspan tulis ini ada perkara yang tersirat
Nampaknya Aspan mengundang pengunjung untuk berpersepsi.....

PAS dalam proses introspeksi
Apa yang diberitakan berlaku dalam muktamar PAS semalam tidak perlu digusarkan oleh ahli-ahli dan pimpinan PAS yang masih berada dalam landasan perjuangan asalnya. Isu caci-mencaci yang sedang berlaku dalam PAS terhadap Timbalan Presidennya Mat Sabu itu mungkin ada hikmahnya. Kadangkala apabila kita berada di dalam keadaan yang kita rasakan kuat kita terlupa dari mana kita datang dan kemana kita hendak tuju.

Tindakan Mat Sabu sentiasa membuat kenyataan yang bercanggah dengan pucuk pimpinan serta majlis syura parti itu merupakan perkara yang patut disyukuri. Dengan kenyataan Mat Sabu itu menunjukkan yang PAS perlu berhati-hati dengan keadaan sekeliling termasuk mereka yang sedang berada dikedudukan yang tinggi dalam parti itu.

Selalunya yang boleh menjatuhkan kita ialah mereka yang rapat dengan kita, kerana yang jauh dari kita tidak mungkin mampu menjatuhkan kita kerana berada jauh dari mereka. Sebagai orang luar PAS sendiri terkejut dengan kenyataan-kenyaatn Mat Sabu yang lebih cenderung untuk mempertahankan parti-parti komponen lain dari mempertahankan parti sendiri dan itu adalah perkara yang biasa di zaman moden dan ‘serba maju’ ini.

Selalunya pemimpin seperti ini akan terkeluar secara ‘natural’ dan tindakan sebahagian perwakilan dalam muktamar tahunan PAS itu merupakan permulaan untuk pimpinan seperti ini untuk tidak diyakini lagi oleh ahli-ahli pertubuhan itu dan rakyat ramai yang memerhati dengan minat itu.

Tindakan Mat Sabu itu mempunyai hikmah besar untuk parti itu. Tindakan songsang beliau itu menyedarkan ahli-ahli PAS yang parti itu sedang sarat dengan barisan pemimpin yang mempunyai kesetiaan kepada pemimpin atau parti lain. Banyak pertubuhan politik yang menjadi mangsa agen-agen luar yang mendapat imbuhan dalam berbagai-bagai bentuk yang menyebabkan mereka lebih bersetia dan sanggup menganggap parti yang mereka anggotai itu tidak lagi betul dan sanggup bercanggah pendapat dengan pucuk pimpinan mereka.

Tetapi PAS masih bernasib baik dengan apa yang berlaku di Selangor kerana dalam menyelesaikan masalah Selangor itu terkeluar toksik-toksik yang berbisa yang berada dalam parti itu.

Semasa perjuangan Nabi Muhamad s.a.w dahulu pun ada elemen-elemen seperti ini dikalangan mereka yang sudah beragama masih tidak jujur dengan apa yang diperjuangkan oleh Nabi Muhamad s.a.w, apa sangatlah parti-parti politik yang dianjurkan oleh kita makhluk yang serba lemah ini. Abdullah bin Ubai telah melakukan ‘insubordination’ secara halus terhadap junjungan kita dan jika ia dilakukan oleh Mat Sabu terhadap pucuk pimpinan parti PAS itu, ia merupakan perkara yang tidak boleh dianggap mengejutkan.

Yang perlu bagi ahli-ahli PAS ialah sentiasa memantau apa yang sedang berlaku dalam parti itu apabila sudah ternyata elemen-elemen yang boleh menghancurkan parti itu sememangnya ada dalam PAS sekarang ini. PAS itu parti yang baik, hanya beberapa orang pemimpin mereka sudah berubah sikapnya kerana mungkin sudah merasakan nikmat sedikit sebanyak yang menyebabkan mereka tidak lagi cekal dengan perjuangan mereka. Mereka lebih rela melakukan tindakan seolah-olah sebagai tindakan mensabotaj partinya sendiri demi untuk memberikan ‘amusements’ kepada parti atau pemimpin dari luar PAS itu sendiri.

Apa yang berlaku sekarang ini mungkin berlaku secara ‘natural’ dan proses pembersihan parti itu dari kotoran yang sudah mula mereka dalam pertubuhan politik tertua negara itu.

Orang Islam bukan senang untuk dipecahkan jika mereka betul-betul mengikut ajarannya secara betul. Orang yahudi tidak dapat mengalah Islam sampai bila-bila tetapi mereka akan melakukan banyak cara dan kaedah lain untuk melemahkan Islam itu.

Pertamanya mereka akan memesongkan akidah dan nilai agama kita pada persepsi orang Islam sendiri yang boleh menyebabkan perpecahan kepada umat Islam itu. Mereka tahu yang apabila agama dan keyakinan kita kepada Tuhan itu mampu dilakukan dengan membeza-bezakan persepsi mereka terhadap agama mereka, yahudi itu sudah berjaya sebenarnya.

Bagi memecah-mecahkan silaturrahim diantara jemaah yang pernah bersatu itu ialah dengan mengumpan kedudukan dan wang ringgit serta keuntungan peribadi kepada mereka untuk mengubah dan membezakan persepsi pimpinan yang menjadi sasaran yahudi dan nasrani itu. Jika Mohamad Sabu sudah menjadi ‘trojan horse’ bagi pihak lain dalam Pakatan Rakyat, seperti yang dituduh oleh sebahagian perwakilan muktamar PAS, itu bukannya perkara yang ‘uncommon’ dalam mana-mana pertubuhan politik terutamanya dinegara ini.

Bagi parti-parti dalam Pakatan Rakyat itu, mereka mengakui yang PAS sangat penting bagi mereka untuk menguasainya secara halus. PAS merupakan sumber sokongan dari kaum Melayu dan mereka merasakan jika PAS tidak memberikan sokongan secara membuta tuli kepada mereka, Pakatan Rakyat tidak akan mampu kekal dengan sokongan yang sedia ada.

Maka tidak boleh salahkan PKR dan DAP jika berniat untuk menguasai PAS melalui penguasaan pimpinan diperingkat tertinggi parti itu. Jika boleh sememangnya DAP dan PKR mahu PAS menyokongnya seratus peratus waimma dengan pengorbankan perjuangan asas parti Islam itu. Jika pimpinan tertinggi PAS boleh dikuasai mereka, maka mereka sudah pasti mendapat sokongan membabi buta dari parti yang mereka kuasai secara halus itu sehinggakan mengorbankan segala perjuangan asal PAS itu.

Kesedaran setengah ahli-ahli dan pimpinan PAS tentang bahaya penguasaan pihak lain dalam parti itu maka PAS boleh melakukan baik pulih untuk menyelamatkan parti itu dari tersungkur di masa hadapan.

Banyak negara telah jatuh hasil dari wujudnya tindakan ‘espionage’ yang dilakukan oleh negara lain didalam negara mereka. Banyak negara yang melakukan ‘espionage’ dinegara asing itu selalunya akan menggunakan rakyat tempatan yang mahir melakukan ‘espionage’ itu.

Jika ‘espionage’ berlaku diperingkat negara, tindakan ini juga boleh berlaku di dalam mana-mana parti politik dengan menggunakan ahli-ahli dan pemimpin parti itu.


Isu ini isu biasa, hanya PAS bernasib baik kerana tersedar cepat dan masih mempunyai masa untuk membetulkannya. Pastinya PAS akan melakukan 'soul searching' dan introspeksi yang intensif dan serius selepas ini. Saya percaya parti ini mampu untuk mengatasi masalah yang boleh dianggap serius ini….insyaallah.

3 comments:

  1. Bagus juga Tuan mengambil iktibar dari nukilan Aspan Alias (bekas penyokong Ku Li dan S46) ini. Tetapi bagi saya beliau adalah seorang penulis "kerajaan langit" yang selalunya membuat kenyataan sebagai "tukang cerita" (seperti kata Shahnon Ahmad) tanpa memberi cadangan dan jalan penyelesaian kepada sesuatu permasalahan. Tambahan pula beliau seperti "tikus membaiki labu" apabila memberi komentar kepada PKR dan pastinya amat anti kepada Anwar Ibrahim sehingga anak kucing jatuh longkang pun akan dikatakan Anwar yang humban. Begitu juga kepada DAP, parti itu telah amat mengecewakan beliau kerana tidak mencalonkan beliau sebagai ADUN DAP di N9 (tidak seperti rakan beliau Sakmongkol (Dato Ariff) yang menang besar di Raub). Atas dendam kesumat itu, beliau tidak henti-henti mengkritik DAP dan Anwar mungkin sampai ke hujung nyawa? Kalau PAS buatlah apa sahaja pastinya Tuan Presiden dan konco-konconya lebih suci murni, sesuci embun pagi tidak seperti komen beliau apabila PAS bertalak dengan S46 (dalam Angkatan Perpaduan Ummah) suatu masa dahulu... Sudahlah , kalau kecewa sekalipun jangan terbawa-bawa sampai ke Alam Barzah, PRU14 kelak jumpa Presiden PAS mohon dicalonkan atas tiket PAS di N9. Terima kasih Tuan.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah kah....tepat sekali. Mamat Aspan tu tak dapat anggur dikatakannya masam.

      Penulisan Aspan akhir-akhir ini hilang fokus. Enrah apa yabg dilakukan terhadap Anwar yang membuatkan kebencian beliau terhadap DSAI tak kunjung padam bagai api dalam sekam....... begitu juga dendam kesumat terhadap DAP yg tidak mencalunkan beliau dlm PRU13 menyebabkan Aspan Aluas jadi gila meroyan.

      Sekarang disifatkannya Mat Sabu sebagau pembawa unsur perpecahan terhadap PAS. Mabuk ketum ke apa si anggur masam ni....

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa