Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 23, 2014

Guan Eng Dan Sallehen Mukhyi: Adakah Kedua-Duanya Betul?

DAP sokong Azmin MB Selangor, selar pembelotan 4 exco PAS 
OLEH MD IZWAN
Published: 23 September 2014
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, keputusan menyokong pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor yang baharu selepas Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi sebaik sahaja menerima pengesahan daripada pihak Istana Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 September, 2014.

DAP menyokong penuh pelantikan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan tetapi menyelar pengkhianatan empat ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) PAS kepada Pakatan Rakyat (PR).
Menurut Lim Guan Eng, keputusan menyokong Azmin dibuat selepas Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi sebaik sahaja menerima berita daripada pihak Istana Selangor.
"Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) dalam mesyuarat tergemparnya pada 22 September 2014 memutuskan untuk menyokong kenyataan dibuat Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menarik diri daripada jawatan menteri besar Selangor berikutan titah Sultan Selangor melantik Mohamed Azmin Ali sebagai MB Selangor baharu," kata setiausaha agung DAP itu dalam satu kenyataan malam tadi.
Kemelut menteri besar Selangor hampir selesai selepas Azmin disahkan bakal menjadi MB baharu dan Dr Wan Azizah juga menerima keputusan pilihan pihak Istana secara terbuka.
Lim berkata, keputusan DAP selari dengan pendirian jawatan menteri besar Selangor mesti diserahkan kepada PKR.
"Keputusan beliau (Dr Wan Azizah) untuk menyokong Azmin juga konsisten dengan pendirian DAP yang tegas dan berprinsip bahawa MB Selangor seharusnya memiliki sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor," katanya.
"DAP berasa kesal dengan pengkhianatan empat orang ahli exco Selangor PAS terhadap prinsip solidariti dan demokrasi serta kegagalan untuk setia bersama enam lagi exco DAP dan PKR yang dipecat secara tidak adil oleh bekas MB yang kehilangan sokongan majoriti DUN Selangor."
Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor akan diadakan pada hari ini pada jam 10.30 pagi di Istana Alam  Shah, Klang.
Spekulasi sebelum ini mengatakan Azmin akan dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baru, namun tiada pengesahan daripada pihak Istana hingga surat pelantikan tersebut didedahkan semalam. – 23 September, 2014

Dan ini pula jawapan Sallehen Mukhyi
Guan Eng tidak faham Undang-Undang Tubuh Selangor, kata exco PAS 
Published: 23 September 2014
Exco Agama Selangor Sallehen Mukhyi membidas Setiausaha Agung DAP Lim Guang Eng dan menyifatkan beliau tidak memahami Undang-undang Tubuh Negeri dengan baik. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 September, 2014.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor PAS Sallehen Mukhyi membidas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menyifatkan empat daripada mereka “pengkhianat” kerana tidak menyokong rakan exco DAP dan PKR lain yang dipecat bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Lim mungkin tak faham Undang-Undang Tubuh Negeri," kata exco agama itu kepada pemberita selepas menghadiri upacara majlis angkat sumpah menteri besar Selangor baharu Mohamed Azmin Ali.
Lim semalam mengisytiharkan DAP menyokong penuh pelantikan Azmin dan menghormati pendirian Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menarik diri daripada pencalonan.
Lim bagaimanapun menganggap empat exco PAS itu sebagai pengkhianat kerana gagal menunjukkan kesetiaan bersama enam exco yang dipecat secara tidak adil oleh Khalid.
Empat exco terbabit adalah Iskandar Samad (Chempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang), Dr Halimah Ali (Selat Klang) serta Sallehen (Sabak).
Sallehen mempertahankan kedudukannya dan tiga rakan PAS lain dalam kerajaan negeri sebagai benteng terakhir untuk Pakatan Rakyat (PR) bertahan menjadi kerajaan di Selangor sementara menunggu proses peralihan kuasa selesai.
"Lim kena semak balik ucapan dia. Ucapan politik dia sendiri ada kepentingan untuk mempertahankan kerajaan Pulau Pinang.
"Jangan label exco PAS sebagai pengkhianat," tegasnya merujuk Lim sebagai ketua menteri Pulau Pinang.
Mengulas perjumpaan tertutup antara Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan empat exco PAS pagi tadi, Sallehen berkata baginda berterima kasih kepada mereka dan Khalid kerana membantu menjalankan pentadbiran negeri sehingga pelantikan menteri besar baharu dilantik.
"Sebab 4 exco PAS inilah maka kerajaan ini boleh bertahan, dan kita dah ikut peraturan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor," katanya.
Tambahnya, atas kebijaksanaan istana, semua kerja kerajaan dapat berjalan seperti biasa.
Ditanya sama ada pelantikan Azmin mampu menamatkan krisis yang berlarutan sejak awal tahun ini, beliau enggan mengulas lanjut.
"Pada masa akan datang kita tak tahu. Itu kuasa Allah. Harap (Azmin) dapat diterima semua rakan PR. PAS tak kisah.
"Kita terima PKR untuk jadi menteri besar (tetapi) tak dapat pastikan masalah dalaman PKR sendiri. Soalan itu lebih baik ditujukan kepada PKR," katanya.
Beliau juga yakin PAS Pusat akan membuat keputusan untuk mengekalkan dirinya dan tiga rakan yang lain dalam barisan kepimpinan exco baharu yang dijangka mengangkat sumpah pada Jumaat ini.
"Saya rasa parti masih akan tetap mengekalkan exco sedia ada sebab masing-masing dah ada perancangan dan elok diteruskan," katanya. – 23 September, 2014.

9 comments:

  1. Sallehen berkata "baginda berterima kasih kepada mereka dan Khalid kerana membantu menjalankan pentadbiran negeri sehingga pelantikan menteri besar baharu dilantik. Sebab 4 exco PAS inilah maka kerajaan ini boleh bertahan, dan kita dah ikut peraturan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor," katanya.

    Sebenarnya apa si "munafik" (bukan pengkhianat) ini dan tiga lagi rakannya buat semasa kemelot MB Selangor yang lama masih memegang jawatan? Munafik ni telah setuju luluskan Langat2 dan 2 hari lepas setuju pula membubarkan Badan Penasihat Ekonomi selangor yang diketuai Anwar..... Kalau dah Ketua pun begitu perangai munafiknya, apalagi pemimpin pertengahan yang serban dan songkok tinggi ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Andai benar mereka ini munafik,kira hang ok ler.tapi bagaimana jika sebalik nya.tak ker komen hang tu membabitkan akidah seseorang dan hang saper utk memunafikan orang lain.apakah status akidah hang cukup hebat.atau tuduhan kemunafikan itu atas dasar ketololan dan kebangangan diri sendiri.songkok tinggi nie sinonim dgn gambar salah sorang force team yg cari makan dgn cara melaga lagakan sesama PR.

      Delete
  2. 4 exco PAS PENGKHIANAT....!Layak lah pun. ikut arahan kerajaan Pusat. Sebab duit pilihraya makan belanja yang besor. nak celok dah tak dapat tahun ni.

    Wajar PAS keluar dari Pakatan Rakyat kalau diterus kan juga ia tidak akan berhasil. PAS bukan untuk semua kaum tapi untuk KAUM PERANSANG saje.

    ReplyDelete
  3. Betul ke tiori Exco ni yang mengatakan mereka menyelamatkan kerajaan PR?yang aku fham nerekalah pengkhianat sebenar sebab sekiranya mereka tidak menyokong Khalid apa khalid nak buat kalau dia seorang diri je?takan kahlid nak minta join dengan Umno.Takkan Sultan dengan mudah untuk bubarkan dun.Pas+ Dap +pkr telah menjadi Majoriti yang kukuh.apa Khlalid nak buat,Lawak lah kau soleh yang tak hin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kwang,kwang,kwang.....dulu dok kecoh dan heboh satu malaya bahawa DSWA adalah pilihan muktamad utk jawatan mb.tiada kompromi.ha...la nie apa citer.bole u turn plak.mujur ler PAS calunkan azmin.nak harap pkr dan dap,sori ler.dok kekal ler menongkah arus dgn DSWA.tu pun semua pencacai tak sedar diri.alih alih dok setuju ngan azmin sebagai mb.tanya balik diri sendiri...adakah pkr dan dap calonkan azmin.jgn dok havoc la.tak terasa malu ker dgn situasi azmin.tak tau ler plak jika pencacai totok pkr dan dap nie kulit muka nya setebal kulit babi.

      Delete
  4. Alasan untuk membenarkan tindakan. Apa dihairan dengan ahli biasa... presidennya sama...harapan ahli UG PAS berkecai bila kerusi MB kembali kepada PKR (Pakatan).

    ReplyDelete
  5. Bagilah orang lain pulak kaya..asyik..orang sama 7 keturunan..APA citer weh...

    ReplyDelete
  6. kalau Kerajaan P*KI jadi apa agaknye dia nak cakap? Terima kasih Din Ayam kut..Zuhdi AlUG mesti gelak sakan..hohoho..

    ReplyDelete
  7. Apa kah sama Orang Orang Yang Bahalol atau Kumpulan Orang Orang Bahalol dengan Orang Orang Yang Cerdik ?

    Rakyat sudah faham benar ahli ahli juga pemimpin DAP bukan jenis lemah kualiti otak , malah menerima kenyataan DAP di pimpin orang yang bijak pandai lagi professional.

    Kalau DAP Bahalol , sudah pasti pelabur tidak datang ke Pulau Pinang tetapi ke negeri negeri lain di bawah BN atau pun PAS.

    Pemimpin Bahalol hanya lah buat habis beras saja , membazir duit cukai rakyat saja.

    Muka Muka Orang Orang Bahalol dengan Orang Orang Bijak sama ke ???

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa