Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 19, 2014

Kritik Najib: 'Biarlah saya terima risikonya' - Dr. Mahathir

Bukan Dr. Mahathir tak tahu......sejak dari zaman beliau lagi
UMNO dipenuhi oleh kaki ampu dan bodek demi tembolok
Golongan ini mana nak kritik boss.....ampu memanglah banyak!

Saya boleh jadi ‘jahat’ bila perlu, kata Dr Mahathir 
Published: 19 September 2014
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang akhbar selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pembinaan Malaysia 2014 di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 September, 2014.

Kerajaan memerintah perlu dikritik sekiranya dasar yang digubalnya tidak memberi manfaat kepada negara, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Dr Mahathir berkata sebuah kerajaan yang dilantik sememangnya diharap melakukan perubahan kepada dasar dan undang-undang negara, tetapi ia harus juga dikritik sekiranya melalukan sesuatu yang tidak bermanfaat kepada negara.
"Selepas saya meletak jawatan, dasar dan undang-undang berubah, ini memang sudah dijangka. Mereka mahu tunjuk sumbangan mereka kepada negara.
"Tetapi, apabila mereka buat sesuatu yang tidak menyumbang kepada negara, seseorang perlu ingatkan mereka," katanya.
Dr Mahathir berkata demikian dalam ucapan pembukaannya pada Sidang Kemuncak Pembinaan Malaysia ke-6 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.
Beliau juga mengakui ada ketikanya boleh mengeluarkan kenyataan yang ‘jahat’ tetapi ia selalunya akan berakhir dengan keputusan yang baik.
"Bila perlu, saya akan jadi 'nasty.' Itu memang reputasi saya," katanya.
Perdana menteri paling lama berkhidmat itu memberitahu sidang media, sekiranya tiada siapa hendak bersuara membantah pentadbiran sekarang, beliau sendiri yang akan mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak walaupun itu mungkin akan menyebabkan dirinya diserang.
“Pemimpin perlu dikritik. Kalau tidak, mereka rasa apa yang mereka lakukan semuanya betul dan akan terus melakukan benda yang salah. Waktu zaman saya dahulu, saya bukan sahaja dikritik, malah dicabar.
"Kena ada strategi untuk terus berkuasa."
Katanya di Malaysia, mereka yang menyokong kerajaan juga perlu bersuara kerana pada masa ini, hanya golongan pro-pembangkang sahaja yang mengkritik kerajaan.
"Mereka yang menyokong kerajaan perlu menegur kerajaan apabila ia melakukan kesalahan. Saya fikir, memandangkan tiada siapa berani atau sanggup mengambil risiko, biarlah saya terima risikonya." – 19 September, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa