Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, September 20, 2014

PAS Dah Transform Jadi Parti Rimba!

Orang berikan pandangan di sorak dan diboo
Bilakah nak jadi bijak dan upaya baiki diri?
Nampaknya sampai bila pun akan tetap di bawah tempurung!

Hanipa Maidin pula disorak pemerhati PAS
mk - 12:00PM - 20 Sep 2014

Seorang lagi pemimpin utama PAS disorak ketika persidangan Muktamar PAS ke-60, kali ini kerana mempersoalkan kewajaran mengemukakan nama calon dari parti berkenaan untuk jawatan menteri besar Selangor.

Pengerusi lajnah undang-undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin diberi layanan seperti itu oleh sekumpulan pemerhati ketika beliau menyampaikan ucapan penggulungan di Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat, pagi ini.

Dalam ucapannya, Mohamed Hanipa berkata parti itu perlu membuat pertimbangan “rasional dan munasabah” sekiranya ADUN parti tersebut ditawar menjadi menteri besar Selangor.

Katanya, PAS perlu mempertimbangkan sejauh mana kerajaan negeri itu dapat menjamin kestabilan jika jawatan tersebut diisi oleh wakil parti berkenaan.

"Adakah kita terfikir bahawa jika kita terima jawatan MB, kita tidak akan boleh lari daripada tohmahan bahawa PAS telah memungkiri janji. Sebab kita kata sudah berjanji. Kalau boleh jamin (tak ditohmah), tiada masalah, silakan ambil,

"Kedua, sekiranya kita ambil, adakah kita terfikir kerajaan itu kuat atau lemah. Kalau kita terima, rakan-rakan Pakatan tidak akan menyokong kita.

Teriaklah sekuat-kuatnya

"Kerusi ini untuk PKR, kita tidak akan disokong oleh PR dan DAP. Bagaimana kita nak jadi MB yang kuat," katanya.

Kumpulan pemerhati parti Islam itu yang tidak bersetuju dengan ucapan berkenaan seterusnya mengebu Mohamed Hanipa, namun ia tidak menjejaskan pendirian peguam tersebut.

"Kamu boleh 'boo' dan teriak sekuat-kuatnya," kata Hanipa kepada sebahagian pemerhati yang memaksa timbalan pengerusi tetap Hussein Ismail menenangkan keadaan.

"Ketiga, kerajaan ini (bawah PAS) akan tercabar apabila nkepimpinan PAS akan menghadapi masalah dan memecah belahkan Pakatan Rakyat. Ini pandangan saya.

"Sekarang kamu jerit sekuat-kuatnya," katanya yang mengakhiri ucapannya.

Tindakan pemerhati dalam persidangan tersebut menunjukkan penentangan yang jelas dari kumpulan dalam PAS ke atas kelompok pro-Pakatan Rakyat yang tidak bersetuju dengan usaha melantik ADUN dari parti tersebut ke jawatan MB Selangor.

Majlis angkat sumpah MB Selangor bakal diadakan Selasa ini.

PAS sebelum ini mengemukakan tiga nama calon kepada sultan Selangor untuk pertimbangan baginda – dua calon PKR dan seorang dari PAS.


Beliau tidak disenangi sebab ini kot?
Hanipa: Tiada peruntukan kuasa veto presiden

Pengerusi lajnah undang-undang PAS Mohamed Hanipa Maidin terus menjadi sasaran ejekan pemerhati muktamar PAS apabila beliau membangkitkan mengenai had kuasa presiden dan Majlis Syura Ulama.

Malah, tindakan kumpulan pemerhati tersebut terpaksa diredakan oleh timbalan pengerusi tetap, Hussein Ismail yang meminta individu tersebut bertenang dan tidak mengacau persidangan.

Hanipa dalam ucapan penggulungannya menyebut bahawa Majlis Syura Ulama dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertindak melampaui kuasa dalam menetapkan calon menteri besar Selangor.

Menurutnya pada pindaan perlembagaan pada 1983 memutuskan bahawa tugas presiden perlu menumpukan soal tanggungjawab bersama dan turut menghapuskan pemusatan kuasa kepada presiden.

"Ia dipinda dan sememangnya tidak ada peruntukan khusus (mengenai kuasa veto presiden).

"Kita tidak menafikan presiden boleh buat keputusan tetapi dari soal perlembagan presiden biasanya merujuk kepada AJK PAs Pusat," katanya.

"Tidak ada sebarang masa bahawa pandangan Luham (Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia) mewakili kebenaran secara keseluruhannya dan kita pun tidak berniat begitu," katanya.

'Apa salahnya rujuk Luham?'

Beliau menambah, Luham yang diketuainya perlu dierujuk dalam mentafsir ruang lintup kuasa tersebut.

"Apa salahnya Majlis Syura Ulama, dalam mentafsirkan perlembagaan (PAS), apa salahnya Luham dirujuk untuk membantu Majlis Syura Ulama untuk memberi tafsiran (terbaik).

"Majlis Syura Ulama mesti mengetahui kaedah pentafsiran (undang-undang). Tak salah kalau merujuk pentafsiran moden... Perlembagaan PAS mengikuti semangat daripada Al-Quran," katanya dalam ucapannya.

Kata-katanya itu menyebabkan beliau diejek sekali lagi oleh para pemerhati tersebut.

Tindakan pemerhati berkenaan juga menimbulkan kemarahan sebahagian para perwakilan yang berteriak dan meminta kumpulan itu dihalau keluar dari khemah yang menjadi dewan persidangan.

15 comments:

  1. contoh & teladan dari ahli umporno meresap dah ! ABU !

    ReplyDelete
  2. Saya ahli PAS seumur hidup. Dulu dengan megah saya declare sebagai ahli PAS. Tapi sekarang merasa malu yang amat sangat. PAS bukan for all tapi for segelintir Ulamak.
    Kata nak menghidupkan Hudud di Malaysia tapi bodoh yang terlampau dalam strategy bagaimana nak mencapai tujuan. Cakap tak serupa bikin. Perangai setengah ahli termasuk ulamak lebih teruk dari kafir

    ReplyDelete
  3. Aku tetap menyokong hanipa, husam, khalid dan rakan2 sewaktu dengannya. Kawan2 yg x sependapat tu kita masih terus berkawan, kami mendengar ilmu agama daripada ustaz2 ini. Tapi bab politik, kami punya pendapat yang sedikit berbeza.

    ReplyDelete
  4. Islam apakah yg dimajukan oleh puak2 yg mengaku mendukong ulamak.........rasanya presideng dan SU termasuk JKPP PERLU tegas dalam hal ini.
    Presiden macam mabuk pil kuda gayanya..........apa dah jadi ni.

    ReplyDelete
  5. mungkir janji dlm kepartian demokrasi bukan la 1 jenayah..malah ia sgt bagus dan sehat utk parti tu sendiri..cuba bawak keluar 1 nama parti demokrasi yg x mungkir janji..ce cuba ce cuba..umno x mungkir?pas x mungkir?pkr x mungkir?korang kena water canon mcm lembu dia selamba lantik bini jadi mb..ini bukan setakat mungkir..mungkir+lawak lagi..hehe
    yg kelako bila ada pendukung2/pentaksub2 yg masih2 wat2 tekejot...
    "eh parti ni mungkir janji la"...
    kesian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 2:42

      Ini je nak tanya kamu.

      Akhirat dan qiamat tu perkara pasti ke tak akan tiba? Apkah tidak ada hisab diakhirat kelak dimana setiap manusia akan dihisab dan dibalas oleh mengikut pengadilan Allah yang Maha Adil.

      Kalau jawapan diatas TAK ADA! Selamat berpolitik cara orang kapir. Selamat berjaya!

      Delete
    2. ayat tu ayat sarkas utk kepartian demokrasi bai..baca tol2.
      cara org kafir berpolitik ialah "memeluk" sistem demokrasi la bai..jgn la melompat cepat sgt..wat santai2 je..dorang tipu ko tapi ko serius sgt watpe..

      Delete
  6. Aku org atas pagar.
    Aku lihat TGHH tak ubah mcm Yaser Arafat
    Masa muda bukan main menentang yahudi laknat..tapi...bila hujung usianya...boleh pulak bekerjasama dgn mereka...sedangkan...pihak yahudi terus menerus menipu Yaser Arafat itu.
    Jadi..begitu juga pandangan aku pada TGHH yg cuba mengujudkan UG.

    Mmg memalukan .....
    Penyokong terasa terhina....memberi mandat pada PRU yg lalu

    ReplyDelete
  7. Anonoymouse 2.42.sebenarnya kau bukan ahli PR.Dendam kau terhadap Anwar masih membara.aku tak tahu apa sebabnya dan punyanya kau benci sangat pada anwar sekeluarga.Mungkin dia dah rogol keluarga kau kot.Biarlah kami kena water canon tapi kami tahu juga yang mana benar atau yang man fitnah.Kua tahu tak dosa fitnah ni.Suruh ustaz serban tebal dalam Pas ajar kau,samada tentang fitnah orang dan apa hukum mungkir janji

    ReplyDelete
    Replies
    1. sian bila tengok pentaksub sentap...1 parti pun aku x sokong nak dendam kat nua watpe,bukan dapat alaun dendam pun..
      aku x tau apa masalah ko ngan pas,tapi nampak mcm ko membara dendam je kat pas..adakah org pas yg dah merogol keluarga ko pula?
      hehe

      Delete
  8. Makin ternyata Pas akan dibenci oleh ahlinya sendiri,sebab dalm Pas sekarang ramai ustaz yang bodoh dan tahu mengangguk aje.fikiran kritis tidak ada dalam mindanya.mereka lupa kuasa Adun dan Parlimen yang mereka menang dulu adalah sokongan ramai bangsa cina dan india.akan datang ni maaf cakaplah ,sorry lah mereka nak undi Pas.sebab bagi aku ini adalah kesalahan Hj.Hadi dan ulamak sekelilingnya yang tidak pandai menjaga perasaan ornag lain.tak pandai berkwan dengan ornag lain ,jadi pengikutnya terus bodoh sampai bila-bila.Aku sekeluarga akan keluar Pas sekiranya golongan profesional di buang atau keluar dari Pas.

    ReplyDelete
  9. Makin ternyata Pas akan dibenci oleh ahlinya sendiri,sebab dalm Pas sekarang ramai ustaz yang bodoh dan tahu mengangguk aje.fikiran kritis tidak ada dalam mindanya.mereka lupa kuasa Adun dan Parlimen yang mereka menang dulu adalah sokongan ramai bangsa cina dan india.akan datang ni maaf cakaplah ,sorry lah mereka nak undi Pas.sebab bagi aku ini adalah kesalahan Hj.Hadi dan ulamak sekelilingnya yang tidak pandai menjaga perasaan ornag lain.tak pandai berkwan dengan ornag lain ,jadi pengikutnya terus bodoh sampai bila-bila.Aku sekeluarga akan keluar Pas sekiranya golongan profesional di buang atau keluar dari Pas.

    ReplyDelete
  10. Makin ternyata Pas akan dibenci oleh ahlinya sendiri,sebab dalm Pas sekarang ramai ustaz yang bodoh dan tahu mengangguk aje.fikiran kritis tidak ada dalam mindanya.mereka lupa kuasa Adun dan Parlimen yang mereka menang dulu adalah sokongan ramai bangsa cina dan india.akan datang ni maaf cakaplah ,sorry lah mereka nak undi Pas.sebab bagi aku ini adalah kesalahan Hj.Hadi dan ulamak sekelilingnya yang tidak pandai menjaga perasaan ornag lain.tak pandai berkwan dengan ornag lain ,jadi pengikutnya terus bodoh sampai bila-bila.Aku sekeluarga akan keluar Pas sekiranya golongan profesional di buang atau keluar dari Pas.

    ReplyDelete
  11. Salam tu all...
    Ini bertepatan dengan Hadis Nabi menyatakan bahawa di akhir zaman golongan yang membawa islam akan menjadi asing dan bersifat minority sama seperti di zaman islam bermula dahulu. Ini peluang baik...!!

    ReplyDelete
  12. Ya asing dalam segala hal dan tidak terikat dengan demokrasi pilihan raya. Bukan macam PAS

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa