Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, September 20, 2014

Dua wajah parti Islam PAS

KOMENTAR OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
Published: 20 September 2014
Ketua Undang-undang PAS Hanipa Maidin tetap berani dan tegas menyatakan pendiriannya di dalam Muktamar Tahunan PAS ke-60, jawatan menteri besar Selangor adalah milik PKR – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Safari, 20 September, 2014.
Individu berintegriti
Tabik dan hormat kepada Mohamed Hanipa Maidin, Mohd Sany Abdullah, Wan Kharizal Wan Khazim dan mereka yang seiring dengannya.
Mereka ini enggan tunduk kepada ancaman agar berdiam diri walau dicemuh sebahagian perwakilan di ‎Muktamar Tahunan PAS ke-60 minggu ini.

Mereka menggesa pemimpin parti berfikir dengan berhati-hati sebelum menerima jawatan sebagai menteri besar Selangor, menegaskan ia merupakan pengkhianatan terhadap kepercayaan sekutu dalam Pakatan Rakyat (PR), apatah lagi mampu menghancurkan gabungan itu.
Antara individu paling berilmu adalah Hanipa, ketua undang-undang parti dan mungkin salah satu individu yang sepatutnya menjadi contoh bagi rakyat Malaysia yang sedang melalui tempoh dibuli dan ugutan.
Akan menjadi lebih mudah dan memberi kelebihan kepada beliau menyokong Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin lain. Tetapi tidak, beliau tidak memilih jalan mudah.
Bukti anekdot menunjukkan beliau berpegang teguh kepada prinsipnya dalam mesyuarat dalam suasana krisis peralihan jawatan menteri besar Selangor yang semakin meningkat.
Selama ini semua maklum jawatan menteri besar Selangor adalah kepunyaan PKR. Justeru, pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mesti datang daripada parti itu juga.
Hanipa juga menegaskan kenyataan itu dalam beberapa majlis bahawa menteri besar perlu mendapat sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Beliau berpegang kepada asas yang kukuh berdasarkan krisis menteri besar Perak yang diputuskan Mahkamah Persekutuan.
Pada muktamar PAS, Hanipa dicemuh penyokong ulama apabila beliau menegaskan tiga fakta mengenai keputusan parti menerima jawatan menteri besar ini.
Satu, kedudukan menteri besar di Selangor adalah milik PKR.
Dua, menteri besar PAS tidak akan mendapat sokongan PKR dan DAP serta akan mengetuai kerajaan negeri yang rapuh.
"Jika kita menerima, kita tidak boleh lari daripada tuduhan kita melanggar janji,"katanya.
Ketiga, menerima jawatan menteri besar ini akan membawa kepada perpecahan PR.
Sepanjang ucapannya, beliau turut diganggu tetapi tetap tenang dengan menegaskan beliau hanya menyatakan fakta.
Dalam analisis terakhir, Hanipa, Sany dan yang lain yang mendesak PAS bertindak adil serta menolak kedudukan menteri besar itu.
Tetapi apa yang benar-benar mengagumkan ialah mereka mencuba. Mereka tidak seperti lalang. Mereka tidak tunduk kepada ancaman dan ugutan. ‎Mereka tidak memilih untuk berdiam diri.
Mereka bersuara
Satu contoh baik untuk rakyat Malaysia.
Tetapi ada satu golongan dalam PAS yang percaya sebaliknya. Kepentingan politik paling utama, walaupun ikrar atau sumpah kepada sekutu mereka.
Sebahagian daripada mereka ini berada dalam sayap ulama Islam PAS yang kuat. Mereka yang memimpin jalan kerohanian parti Islam itu.
Mereka mahu ahli mempercayai tanggapan tanpa mereka, PAS akan buta, tanpa profesional, parti akan tempang.
Namun itu semua hanyalah sebagai topeng semata-mata. Ia menjadi topeng bagi cita-cita politik mereka untuk memerintah Malaysia dalam cara yang mereka fikirkan sesuai.
Bagi mereka akan memandu ke jalan lebih baik dari segi rohani yang tiada orang lainmampu lakukan, terutamanya jika ia adalah seorang wanita.
Hari ini, seorang daripada mereka, Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mahfodz Mohamed berkata, parti itu perlu menerima sesiapa yang dipilih istana Selangor untuk mengelakkan kemarahan pemerintah negeri tersebut.
"Jika menteri besar daripada PKR kita harus terima. Jika menteri besar itu daripada PAS, kita harus juga menerima.
"Kita sudah mempunyai satu musuh,Umno. Kita tidak perlu menambah satu lagi musuh daripada istana," kata beliau pada muktamar hari ini.
Pergi jahanam dengan pakatan yang dibuat dan perjanjian yang ditandatangani. Lakukan apa sahaja, walaupun menolak semua itu, daripada membangkitkan kemarahan istana. Orang-orang yang mengundi tidak dipedulikan.
Ini kerana pengundi hanya seperti kambing biri-biri. Dan ulama adalah gembala atau penjaga yang membuat keputusan dan tidak boleh dipersoalkan.
Masalahnya, ulama ini tidak mempunyai urusan terhadap tuntutan mereka. PAS bekerjasama dengan dua parti lain dan ketiga-tiganya perlu saling menghormati.
Hanya kerana ia adalah salah bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan konconya untuk melaksanakan "Langkah Kajang" secara unilateral tanpa berunding dengan sekutu-sekutunya, ia juga salah bagi ulama PAS mengikut cara mereka sendiri tanpa mengambil kira kepentingan sekutu mereka juga.
Rakyat Malaysia mahukan ahli-ahli politik dengan karektor dan berintegriti, bukan mereka yang gilakan kuasa dan dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kuasa. – 20 September, 2014

3 comments:

  1. mereka ini pengkhianat sebenar dari memfitnah dua adun yang sokong wan azizah ! mereka ini tidak bertanggungjawab & tanpa pendirian demi ampu untuk pangkat ,atau kuasa atau imbuhan , boleh buka parti baru cap ayam ! ABU & pro 'UG' wajib ditentang habis-habisan ! Allahu Akhbar !

    ReplyDelete
  2. Tahniah Hanipa !!!

    Mat Sabu memerlu kan ahli PAS yang professional , bijak dan waras untuk menghadapi majoriti ahli ahli yang kuat emosi dan benggap sekarang ini memberi pengaruh burok kepad Presiden PAS tuk terus berkuasa dalam nyanyok kan.

    Yang jelas Tok Guru Nik Aziz tidak ingin mencampuri kehancuran PAS yang di terajui Hadi ini.

    To Guru di Malaysia ada banyak , tapi yang bijak , professional dan waras seperti Nik Aziz tak ramai, Hanipa dan Mat Sabu mengetahui hal ini.

    Apa apa pun PAS perlu masa 40-50 tahun lagi untuk berdaya maju menarik kepercayaan bangsa bukan Melayu terutama nya Cina yang menguasai ekonomi negeri dan negara. Ahli ahli PAS tiada nilai ekonomi tidak akan membawa PAS ke mana mana , baik kemajuan duniawi juga akhirat.

    Ulamak yang ada hanya lah Syok Sendiri aje.

    Tak percaya , tanya lah Dato' dan Dato' Seri tu.

    ReplyDelete
  3. Dia tuduh 2 adun ni pengkhianat,dia terlupa sebab telan pil kuda menyokong pengkhinat yang lawan presisden dia (Khalid Ibrahim)Pelik kan?Rosak Pas ni dengan adnya Presiden dan Ulamak MSU.Aku serta keluarga isthiarkan keluar dari menjadi ahli Pas mulai malam ni

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa