Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 23, 2014

Royalti: Rakyat Kelantan Dah Lali Daahh......!

Makcik Pakcik kat Pengkalan Kubor tu tahu tak gapo royalti tu?
Kalu pitih ehsan tu tahulah kot?
Isu Hudud tak dok ko?
Pah mano doh?

Persetujuan Pusat-MAIK hina mahkamah, kata MP

PAS mendakwa tindakan kerajaan Persekutuan mengadakan persetujuan bersama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) berhubung pemberian 50 peratus wang ehsan sebagai menghina mahkamah.

Penasihat jentera pilihan raya kecil PAS Pengkalan Kubor Datuk Takiyuddin Hassan mempersoalkan bagaimana persetujuan itu boleh dicapai walaupun kes itu masih dibicarakan di mahkamah.

"Mahkamah belum putuskan lagi soal tiga batu nautika, itu pun belum diputuskan mahkamah. Saya salah seorang peguam yang hadir bagi kes ini.

"Kes ini dalam mahkamah. Tuntutan (masih) dalam mahkamah. Boleh ke kerajaan pusat mengatasi mahkamah? Ini penghinaan mahkamah," katanya pada sidang media di markas PAS DUN Pengkalan Kubor hari ini.

Bagaimanapun, Takiyuddin yang juga MP Kota Bharu wang ehsan sebanyak 50 peratus akan tetap diterima walaupun kes tuntutan royalti minyak masih dibicaralan di mahkamah.

“Persoalan (pembahagian 50 peratus) tak timbul walaupun diberi atau diterima oleh MAIK," kata pengarah operasi pilihan raya PAS Kelantan.

"Kalau hendak bagi (wang ehsan) boleh, tetapi ini bukan penyelesaian tuntutan dari kerajaan Kelantan terhadap Petronas dan kerajaan Pusat,” katanya lagi.

Bukan penyelesaian

Sebelum ini, Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed memberitahu satu persetujuan telah dicapai antara Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan MAIK untuk membahagikan wang ehsan negeri itu secara 50-50 bermula Januari tahun depan..

Mengulas mengenai dokumen laporan Jawatankuasa Khas Mengkaji Tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak yang didakwa akan didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Takiyuddin berkata ia bukan penyelesaian bagi kes tuntutan royalti.

Malah, pengamal undang-undang itu menegaskan, kes tuntutan itu tidak akan ditarik balik walaupun wang ehsan atau perbincangan daripada wakil kerajaan negeri dan Persekutuan telah dibuat.

“Memang ada wakil kerajaan negeri iaitu Tengku Mahkota Kelantan. Itu satu siri perbincangan antara kerajaan Pusat dan negeri, belum habis lagi.

"Pengerusi atau wakil ini akan bentang kepada kerajaan negeri dan tuntutan di mahkamah tetap diteruskan. Ini bukan penyelesaian kes.

“Bukan kata kita dapat 50 peratus kita tarik balik kes di mahkamah, tidak. Tidak ada kena mengena langsung. Dia hendak bagi itu isu lain,” katanya lagi. - sumber

4 comments:

  1. Abe

    Abe tanyo hudud dok timbul ke di PK?

    Hudud manow abe? Hudud PAS ke? PAS mana ada lagi hudud. Enakmen Hudud Kelantan, Nik Amar yang super genius dah serah semua sekali kepada UMNO/Kerajaan pusat, dengan kain pembungkus sekali. PAS dah xde hudud dah. Yang ada hanya telo 2 bijik pemimpin2 lelaki je.

    UMNO cukup selesa menghadapi PAS di PK ini kerana UMNO sudah mematikan langkah PAS dalam isu hudud ini. Tidak letih UMNO nak pertahan keputusan MB Ganu menolak perlaksanaan enakmen hudud Terengganu dudalam DUN tak lama dulu.

    Lega sakan UMNO. Setakat isu royalti minyak isu celah gigi je bagi UMNO berbanding isu hudud. Dalam isu royalti, UMNO jawab sambil berbaring je.

    ReplyDelete
  2. Bro admin...takder ker citer mb baru yg bukan dicalunkan oleh parti sendiri.takder ker citer nama yg langsung tiada jadi pilihan tetiba tarik diri.lawak ape ker nie bro admin. tiada dlm senarai perhatian istana menarik diri kunun.lawak terbaek dari parti dna umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. La awat cerdik sgt neh tanpa nama 7:16pm..carilah kat N3 lain.sini crite prk p.kubur.jgn tunjuk sgt ngok tu.simpan sket.bikin malu saje.mcm macai umngok jer gaya n style.

      Delete
  3. Apa yg paling hebat di Msia? Tentulah pemimpinnya yg paling pandai beretorik di dunia. Bila UMNO perintah, ada royalty, tp bila PAS perintah, royalty tukar serta merta kepada wang ehsan. UPSR bocor, pengarah kena gantung, tp bila kes PATI macam biasaje, seolah olah tdk bahaya. Bila MAS ditembak, bukan main lg sambutan jenazah, tp yg mati di Lahad Datu sepi je.... Tentulah ini antara tindakan yg terhebat di dunia.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa