Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 29, 2014

Timbalan Speaker: Jawatan Tidak Mendesak

Kalau dah banyak senongheh........biarkan dulu
Tanpa Timbalan Speaker pun DUN boleh bersidang

'Tiada kepentingan mendesak timbalan speaker'
mk - 6:00PM - 29 Sep 2014
Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkata tiada keperluanmendesak untuk 
memutuskan jawatan timbalan speaker DewanUndangan Negeri (DUN) Selangor buat masa sekarang.

Beliau kini menumpukan pengagihan bidang kuasa exco Selangor dan berkata hal timbalan speaker itu akan dibincangkan dalam sidang DUN November depan.
"Tiada kepentingan bincangkan jawatan timbalan speaker sekarang.

"Ia akan dibincangkan November depan," kata beliau ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Kakitangan Cemerlang Selangor di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sekretariat Selangor di Shah Alam hari ini.

Posisi timbalan speaker diberikan kepada PAS selepas mantannya Nik Nazmi Nik Ahmad daripada PKR diangkat sebagai exco baru.

Bagaimanapun Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Ab Samad hari ini menyatakan parti Islam itu masih belum memutuskan sama ada akan menerima pelantikan jawatan tersebut.

Portal rasmi kerajaan negeri Selangorku hari ini melaporkan perkara itu telah dibincangkan dalam pertemuan exco PAS bersama presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berlangsung malam tadi.

Bagaimanapun Iskandar berkata keputusan masih belum dibuat.

Akan gabung portfolio

Sementara itu Azmin berkata beliau kini sedang mengemaskinikan senarai dan penggabungan portfolio-portfolio exco untuk meningkatkan keberkesanan kerja mereka kelak.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara tersebut dan berkata hal itu akan diumumkan Rabu ini.

"Kalau saya beritahu hari ini, hari Rabu tiada apa nak umum," kata beliau sambil tersenyum.

"Saya perlu memastikan portfolio yang diberikan kepada exco-exco dapat menjadikan kerja mereka lebih berkesan. Kita akan melihat bagaimana untuk optimakan (fungsi) exco ini," tambahnya.

# Alhamdulillah saya dan isteri baru tiba di rumah dari Lumut petang ini jam 5:30 PM

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa