Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 18, 2014

Apeke Bendela....Puak-Puak Ni Bercakap?

Yang keliru semakin keliru
Yang merapu semakin merapu.....

Yang ini apaKecil hati dengan Anwar punca Hadi beza pendirian, kata perwakilan Pemuda PAS 
Yang di bawah ni pulak apa?

'Setakat ini tiada pelanggaran dasar dalam tahaluf'
mk - 1:43PM - 18 Sep 2014

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sehingga kini tidak berlaku pelanggaran dasar dalam tahaluf siasi yang dibentuk dalam Pakatan Rakyat.

Menurutnya, PAS mempunyai syarat yang longgar dalam Pakatan apabila setiap parti boleh menganut ideologi mereka masing-masing dan beliau menghormati dan memahami antara satu sama lain.
 
"Sehingga ini, apa yang saya faham tidak ada lagi berlaku (pelanggaran) perkara dasar. (Pelanggaran) perkara dasar belum lagi berlaku.

"Kita mempunyai satu prinsip umum iaitu dukung demokrasi, wujud keadilan untuk semua. Ini perkara sama.

"Tiada percanggahan antara satu sama lain," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar di Muktamar PAS di Batu Pahat hari ini.

Beliau menjawab soalan pemberita sekiranya beliau melihat PKR dan DAP melanggar dasar tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat.

Ia susulan ucapan timbalan mursyidul am PAS Datuk Haron Din semalam yang menyeru agar Dewan Ulama PAS meneliti sama ada kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat perlu diteruskan demi mengelakkan fitnah ke atas pemimpin utama parti Islam itu.

Haron berkata, PAS perlu mengambil jalan terakhir dengan keluar dari Pakatan sekiranya syarat kerjasama itu tidak dapat dipulihkan.

4 comments:

  1. And the Grammy Awards goes to Iskandar Samad from PAS for new MB Selangor.

    Betul ke Tn. HADI......?
    RAKYAT DI SHAH ALAM DAH RIUH RENDAH, SURAT JEMPUTAN PUN DAH EDAR . APACETA BERBELIT BELIT NI.

    ReplyDelete
  2. Pas tak payah banyak karenah.Minta MSU di bawah pimpinan harun Din dan jemaah ulamak buat satu keputusan muktamad seolah-olah Fatwa meminta PAS keluar sahaja dari PR. Pas berdiri tegak sendiri untuk berjuang.jangan mengharapkan pertolongan parti lain.cakap je berdegar-degar nak kelaur tak berani.

    ReplyDelete
  3. Pas tak payah banyak karenah.Minta MSU di bawah pimpinan harun Din dan jemaah ulamak buat satu keputusan muktamad seolah-olah Fatwa meminta PAS keluar sahaja dari PR. Pas berdiri tegak sendiri untuk berjuang.jangan mengharapkan pertolongan parti lain.cakap je berdegar-degar nak kelaur tak berani.

    ReplyDelete
  4. Inilah alaf baru PAS , yang mempunyai pemimpin mabuk todi . PAS tak faham-faham , rakyat Selangor nak bagi tau ni .... sila keluar dari Pakatan Rakyat . Kamu semua tiada prinsip dan suka makang kawan . Kami dah tak suko kamu ada pahammmmm ...... ! Kamu makhluk perosak dalaman Pakatan Rakyat . Kamu membawa bencana pada PR di PRU akan datang .

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa