Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 29, 2014

Statements Tahap 'Pundek'!

Mana lebih sibuk antara timbalan speaker dengan Exco?
Mana lebih sibuk antara timbalan speaker dengan MB atau menteri?
Nak minta diwujudkan jawatan Timbalam MB ke?
Kalau merajuk, cakap jerlah merajuk!
Kalau dilihat dalam kekalutan Selangor, wajarkah PAS merajuk?
Selama ini berapa kali dalam sebulan wakil PAS melawat kawasan?
Tak habis-habis nak buat kepoh di Selangor!

Aku kat sini sejak PRU13 dulu sehingga sekarang tak pernah pun terjumpa MP atau ADUN PAS melawat kawasan
Tang ni memang aku marah!
Maaflah aku mencarut sikit.......

Kesibukan timbalan speaker boleh jejas kerja Adun, kata Iskandar Samad
Published: 29 September 2014 | Updated: 30 September 2014 3:49 AM - TMI
Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata keputusan tawaran kerusi diumumkan sebelum Sidang DUN Selangor pada November akan datang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 September, 2014.

Kesibukan tugas seorang timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) merupakan faktor PAS mungkin menolak kerusi itu, lapor portal Selangor Kini.
Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata meskipun keputusan belum dibuat mengenai perkara tersebut, jika PAS menolak tawaran itu, ia kerana faktor kesibukan kerja.
Katanya jawatan itu dilihat bakal menjejaskan peranan mereka untuk berkhidmat sepenuhnya sebagai wakil rakyat.
"Jika PAS menolak, ia kerana PAS mahu semua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang tidak dilantik menjadi exco berperanan sepenuhnya sebagai Adun di dalam Sidang Dewan Negeri dan tidak sibuk dengan tugas timbalan speaker,” dia dipetik sebagai berkata.
Katanya keputusan untuk tawaran tersebut akan diumumkan sebelum Sidang DUN Selangor pada November akan datang.
Pelantikan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali minggu lalu menyaksikan rombakan barisan kepimpinan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).
Dalam barisan exco negeri terbaru, tiga Adun PAS dilantik sebagai exco berbanding empat sebelum ini. Ini dilihat menimbulkan lagi konflik sedia ada Pakatan Rakyat dalam isu Selangor.
Namun Azmin mempertahankan tindakannya dengan menyatakan kerusi tersebut akan diberikan kepada exco PAS yang tidak dilantik semula.
Jawatan timbalan speaker dikosongkan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad yang dilantik sebagai salah seorang dari empat exco PKR.
Semalam, memetik daripada laman Facebook beliau, Iskandar yang juga Adun Chempaka turut membuat kenyataan sama dengan menegaskan masih belum ada sebarang kata putus berhubung tawaran tersebut.
Perkara itu juga tidak dibangkitkan dalam pertemuan exco dan mantan exco PAS dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada malam semalam, kata Iskandar. – 29 September, 2014.

14 comments:

  1. Lu suka la...nak memundek ker,aper ker,janji lu bahagia dengan kegilaan lu.lu pun aper kurang nya.

    ReplyDelete
  2. tuan, khalid samad ok, dia cool.

    ReplyDelete
  3. Kasihan pada orang2 yg simpati dgn pasma termasuk saudara empunya blog ni... taruh le curiga pada kami yg karat ijau ni... kami tak kan kata pemimpin kami yg kami yakini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wala jangan tak wala...esok hadi ajak kau orang join hamno kau ikutlah...jadi tukang kipas....

      Delete
  4. Kenyataan wakil rakyat PAS yang tak gi sekolah. Hampeh.

    ReplyDelete
  5. Merajuklah tu!!!
    Kata PAS tak pelahap jawatan tapi mulut berbunyi.

    ReplyDelete
  6. lu ingat ini Kelantan ke ? menang kerusi lebih atas semangat seiakawan Pakatan dah tunjuk belang dan . Ingat oi ini Selangor .

    ReplyDelete
  7. YB kesayangan Din ayam...dating lah beramai Di dun Cempaka bersama YB iskandar dan Din CHICK...tarikh kawan lupa lah. tapi kalau lalu pandan jaya Nampak lah kain rentang gambor depa berdua....!

    ReplyDelete
  8. PAS buat lah keputusan cepat untuk keluar PR.....!

    Bosan dah dengan GAME merapu PAS ni. nak tipu tapi berbelit belit. kawan tak kisah lah kalau Selangor Pilihanraya balik. kita tengok PERANSANG TEAM jawab apa. Jangan main game bodoh lah rakyat Selangor tahu sebab apa PAS tak berani keluar dari PR. Kalah Menang itu lumrah bertanding...ada berani PAS keluar dari PR...! tak perlu berbelit belit nanti tergigit sendiri...!

    KOTA DAMANSARA pentunjuk jelas game karut PAS.

    ReplyDelete
  9. Abe.
    Hehehehe.lawak tahap gaban pepuak ni.ade plak ke situ jawapannya.cmana leh jd pesuruhjaya pas s'gor n exco serta adun.hehehehe

    ReplyDelete
  10. Anon 11:18 PM

    Gila aku tak pernah lagi tuduh kawan aku niaga pil kuda dan gelarkan komunis dan bila kawan susah lagi tikam dari belakang kasi mampos!

    Manusia beginikah ko jadikan idola?

    ReplyDelete
  11. umno kalau berbohong boleh bikin orng percaya. asasnya bohong tetap bohong. begitu yg terjadi pada gst, royalty, dan penamaan calon menteri besar. cuma yg otak gerutu ce pecaya habis

    ReplyDelete
  12. Tak salah 'me mundek kan' PAS kerana , apa kah sama orang orang bahalol dengan orang orang tak bahalol.

    PAS Parti Orang Orang GAGAL , tengok muka saja dah tahu tahap tadika ber banding Cewek DAP Sofya Diyana.

    Ada lagi rakyat sibuk pasal PAS ke melainkan yang kuat emosi , gagal dan yang gila kan Pil Pil Keldai.

    PRU14 rakyat akan lihat tiada ADUN PAS di selangor lagi.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa