Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, September 27, 2014

Pengorbanan?: Nak Kata Apa Lagi?

Exco: 'Satu lagi pengorbanan PAS'

PAS menganggap pengurangan jumlah Exco kerajaan Selangor dari PAS - daripada empat kepada tiga orang - sebagai di luar jangkaan, tetapi parti itu menerimanya dengan hati yang terbuka.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS memahami 'kesukaran membuat pilihan' oleh Menteri Besar, Azmin Ali, lapor Harakahdaily.

Sebelum ini, komposisi Exco kerajaan negeri Selangor ialah PAS (4 ), PKR (3) dan DAP (3). Kini PKR mempunyai empat orang Exco dan DAP kekal tiga orang.

Tiga Exco PAS yang dilantik hari ini ialah Iskandar Abdul Samad (ADUN Chempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (ADUN Sijangkang) dan muka baru Zaidy Abdul Talib (Templer).

Exco yang tidak dikekalkan ialah Ustaz Sallehen Mukhyi (Sabak) dan Dr Halimah Ali (Selat Klang).

"Apapun kita yakin beliau (menteri besar) telah berusaha mengimbangi suasana yang ada sebaik-baiknya.

"Apa yang lebih penting bagi kita ialah, ini satu lagi pengorbanan yang PAS perlu lakukan untuk melihat krisis di negeri Selangor selesai, dan Pakatan boleh bergerak ke hadapan," kata Mustafa kepada Harakahdaily.

Mustafa menegaskan, semua pihak perlu menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan oleh mana-mana pihak.

Tegasnya, musuh sebenar Pakatan adalah BN dan bukan sesama parti dalam Pakatan Rakyat. - sumber

2 comments:

  1. PAS buat lawak pula.

    Cuba ber muka baik walhal rakyat sudah tahu yang Bahalol tetap Bahalol.

    Kesian, Kuda dan Keldai jadi mangsa akibat mainan bebudak Bahalol PAS.

    Teringat pulak pada Pil Pil Keldai di tunggang Kuda....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuh....cermin dulu dimana kedudukan hang.apakah tahap ko utk membahlolkan oranglain.setiap manusia dicipta tidak sempurna.dlm kepandaian ada juga kebahlolan nyer.sendiri bahlol tidak sedari.spesis mulut longkang...ops silap...mulut tangki septik.

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa