Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 28, 2014

Hak PAS: Adakah Shaari Dan Hasnul Akan Dipecat?

Memecat Shaari Dan Hasnul Akan Menjadikan Pas Makin Terpinggir

Dua Adun Pas Selangor, Shaari Sungib dan Hasnul Baharuddin dilaporkan akan dipanggil mengadap Lembaga Disiplin parti esok ekoran tindakan mereka yang didakwa mendahului parti dengan memberikan sokongan kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor.

Sehingga ini apa yang bermain di fikiran orangramai ialah apakah hukuman yang bakal diterima oleh kedua-dua Adun itu terima. Adakah mereka akan dipecat, digantung, diberi amaran atau dilepaskan begitu saja?

Sementara Presiden Pas, Haji Hadi kelihatan amat berang dengan tindakan Shaari dan Hasnul ini dengan melabelkan di pentas terbuka penggulungan Muktamar Pas di Batu Pahat dengan cop pengkhianat, barua, broker dan sudah dibeli, sebaliknya DAP pula meraikan kedua-dua Adun itu semalam dalam sebuah majlis jamuan dan menganggap mereka adalah "wira" yang mempertahankan kerajaan PR Selangor.

Berdepan dengan apa yang berlaku kepada Iszurie Ibrahim, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang juga Bendahari Pas negeri yang dikeluarkan daripada semua jawatankuasa tetap dan dibekukan peruntukannya ekoran kritikan terbuka terhadap dasar perumahan kerajaan negeri dalam ucapannya di muktamar baru-baru ini, sanjungan DAP terhadap Shaari dan Hasnul bagaikan sengaja merenjis minyak kepada api yang sedang membara dalam Pas ketika ini.

Shaari dan Hasnul sebelum ini mempertahankan tindakan mereka adalah bertujuan menafikan dakwaan sokongan majoriti yang didakwa dimiliki oleh Khalid Ibrahim serta atas semangat untuk mempertahankan kerajaan negeri PR.

Kiranya esok Shaari dan Hasnul akan dipecat oleh Pas, tanggapan umum tentunya tidak dapat lari daripada mengaitkannya dengan ucapan Haji Hadi di muktamar baru-baru ini. Akan wujud persepsi bahawa Lembaga Disiplin Pas hanyalah "rubber stamp" kepada Haji Hadi saja.

Malah mungkin juga wujud tanggapan bahawa hukuman pecat itu sebagai luahan rasa kekecewaan Pas bukan saja kerana gagal untuk terus mencatur penentuan politik di Selangor, bahkan juga kerana kehilangan satu kerusi Exco di negeri itu.

Tambahan pula, isu politik di Selangor secara umumnya sudah pun selesai apabila Azmin Ali diangkat sebagai Menteri Besar dan tidak seharusnya lagi Pas memanjangkan isu dengan suatu tindakan yang seolah-olah ada unsur balas dendam.

Lebih dari itu, tindakan pemecatan juga akan meretakkan lagi hubungan Pas dalam PR di sebalik parti itu berulangkali menyatakan mahu terus kekal dalam gabungan itu bersama PKR dan DAP. Ini kerana apa yang dilakukan oleh Shaari dan Hasnul adalah atas semangat untuk mempertahankan kerajaan PR yang didokong oleh Pas juga.

Malangnya dalam krisis Menteri Besar ketika itu, bukan Shaari dan Hasnul yang cuba lari dari semangat dan janji bersama PR, tetapi pihak lain dalam Pas. Lagi pula bukannya kedua-dua mereka ini menyokong calon daripada parti musuh, malah daripada parti yang diakui oleh Pas sendiri berhak terhadap kerusi Menteri Besar itu.

Sudah tentu, jika pemecatan juga yang dibuat esok, ia bukan saja keterlaluan, tetapi akan menjadikan Pas semakin terpinggir di mata pengundi pelbagai kaum yang menyokong PR selama ini. Pas tidak akan dipercayai lagi selepas ini. Ia adalah sesuatu yang merbahaya kepada masa depan Pas, khususnya di Selangor dalam pilihanraya akan datang.

Tindakan gantung juga tidak sesuai diambil jika Pas benar-benar ingin bersama PR bergerak ke hadapan menentang UMNO dan BN. Pas haruslah mengakui tindakan Shaari dan Hasnul memberi sokongan kepada Dr Wan Azizah adalah kerana salah Pas sendiri yang lambat menyatakan pendirian dan menangguh-nangguhkan tarikh mesyuaratnya.

Jika Pas lebih agresif dan progresif dalam tindakannya, termasuk mempercepatkan tarikh mesyuarat berhubung isu Menteri Besar dahulu, semua ini tidak mungkin berlaku.

Berdepan dengan kemungkinan hilang sokongan pengundi bandar dan separa bandar serta mesej yang diterima Pas dalam keputusan pilihanraya kecil Pengkalan Kubor, hukuman yang wajar diterima oleh Shaari dan Hasnul hanyalah diberikan amaran saja.

Lebih berjiwa besar jika Pas tidak menyabitkan dengan sebarang hukuman, lebih-lebih lagi dakwaan kononnya mereka dibeli atau bukti lain yang bersifat salahlaku juga tidak pernah dibuktikan sehingga kini.

Walaupun dilihat tidak seiringan dengan pendirian Haji Hadi tetapi adalah nyata bahawa Shaari dan Hasnul melalui tindakan yang dilakukannya bertujuan ingin membawa Pas bergerak di landasan yang betul bersama-sama dengan PR. Bukan salah mereka kerana bertindak cepat mendahului Pas dalam memberi sokongan kepada Dr Wan Azizah tetapi salah Pas kerana selalu lambat dan perlahan. ( SH 28/09/2014)

6 comments:

  1. Mereka tetap akan dapat Sokong penuh, walaupun disingkirkan.......Terima Kasih atas keberanian YB berdua. PAS wajib ada PERANSANG yang tidak berEMOSI.

    Sejarah broker tidak berbayar....macam kumpulan RELA plak. HIDUP BROKER.......!

    Bosan jadi pengundi Adun Cempaka...PRU akan datang bagi 1 undi pada Hasnul .....!

    ReplyDelete
  2. Lebih baik keluar pakatan
    nak tengok sapa perlukan sapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju jugak keluar PR,kita tengok plak dap bantu pkr dari segi tenaga kerja masa pru dan pkr bole bertanding disemua kerusi yg tak ditandingi dap.pkr bole rampas kelantan.

      Delete
    2. Anon 8:05

      Jangan sombong dengan jentera PAS. Di PRK Pengkalan Kubur pun nak m3ngatasi undi yang diperolehi oleh calon PKR dalam PRU 13 pun sangkut. PAS hari ini bukan PAS semasa sebelum krisis MB Selangor. PAS juga berpecah sekarang.

      Delete
  3. dulu pun ada sahabat degil,syura kata sabar dulu...keputusan ini masih dlm kerangka syura krn ia bukannya qat'ie.

    mungkin esok kita bincang lg dgn isu semasa yg baru.mana tau dlm situasi itu pula,sahabat patut terjun tong cuci taik

    tp sahabat degil,dia ada bermacam2 idea yg bernas mengikut kacamata dia dan manusia yg mempercayai tindakannya betul...

    majlis syura hanya wajib dijadikan panduan ahli parti,bukan dipaksa kpd pkr dan dap krn mereka masing2 ada majlis syura sendiri...serupa tp tindakan sememangnya berbeza

    hikmah,fitnah dan mehnah...wallahualam

    ReplyDelete
  4. PAS Parti Politik GAGAL...

    Shaari dan Hasnul bukan orang orang GAGAL , malah lebih nilai ekonomi di luar PAS dari duduk jadi ahli PAS yang di kenali sebagai Munafik , penipu.

    Di Selangor yang rakyat rata rata ber pendidikan luas dan matang , apa lah PAS tanpa Shaari dan Hasnul.

    Mereka lebih layak jadi Presiden PAS bila bila masa saja.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa