Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 13, 2014

Tidak Berhargakah Nyawa Dua Rakyat Malaysia Ini Di Mata Kerajaan?

Tebusan: MP minta bayar, menteri kata 'tidak'
mk - 1:11PM - 13 Nov 2014

Anggota parlimen PKR Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid berkata, kerajaan patut membayar RM6 juta bagi menyelamatkan rakyat Malaysia yang menjadi tahanan di Selatan Filipina untuk lebih lima bulan.Wakil rakyat Lumut itu berkata, sudah ramai anggota parlimen Pakatan Rakyat menggesa kerajaan bertindak menyelesaikan kes melibatkan seorang anggota polis dan pemilik tempat ternakan ikan.

"Kalau dia katakan satu nyawa RM3 juta, dua nyawa RM6 juta, apalah sangat?" soal Mohamed Imran pada sidang media di Parlimen.

"Kita boleh belanja berbilion ringgit untuk benda lain. Kenapa tak boleh selamatkan dua nyawa dengan RM6 juta?” soalnya lagi.

Tiada dasar bayar tebusan

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun menolaknya.

Bercakap kepada pemberita di Bukit Aman, Zahid berkata, kerajaan mempunyai dasar tidak melayan sebarang tuntutan tebusan, walaupun untuk pegawai polis.

Zahid berkata, kementeriannya terpaksa mempertahankan pendirian itu, walaupun salah seorang daripada isteri mangsa dan ibu bapanya datang meminta bantuan kepada beliau.

Bagaimanapun, katanya, usaha untuk menyelamatkan dua tebusan itu sedang berjalan tetapi beliau tidak dapat mendedahkan maklumat terperinci buat masa ini.

Sebelum itu, Chin Pek Nyuen, isteri kepada penternak ikan yang diculik Chan Sai Chiun, tampil di parlimen untuk kali kedua dalam dua minggu.
Walaupun sudah merayu kepada kerajaan melalui memorandum minggu lalu, Chin masih menerima panggilan hampir setiap hari daripada penculik, yang menuntut wang tebusan RM3 juta untuk Chan sahaja.

Penculik memberi tarikh akhir baru 30 November untuk membayarnya atau Chan akan dibunuh.

Anggota parlimen Penampang Darrell Leiking daripada PKR juga mempersoal tindakan polis tidak mengesan atau memantau panggilan telefon walaupun ia dibuat hampir setiap hari.



Kenapa Najib Tidak Berunding Dengan Penculik Filipina Untuk Bebaskan Rakyat Malaysia?
Dalam insiden MH17 yang ditembak jatuh ditembak jatuh di wilayah Ukraine, Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak dilaporkan telah berunding dengan Pemberontak ataupun Pejuang Pemisah hanya untuk membawa pulang mayat mangsa nahas tersebut.

Hasil dari rundingan antara Najib dengan ketua kumpulan pemberontok pro-Russia, Alexander Borodai, kumpulan yang menguasai kawasan pesawat MH17 jatuh ditembak telah bersetuju menyerahkan dua kotak hitam kepada Malaysia selain membenarkan mayat mangsa dibawa keluar daripada kawasan berkenaan.

Selain itu, pasukan penyiasat bebas antarabangsa diberi jaminan akses selamat bagi memulakan siasatan penuh di kawasan kejadian.

Rentetan dari itu melambung-lambunglah Najib dipuji oleh sekelian macai, kononnya ini membuktikan kebijaksanaan Najib Tun Razak menangani konflik di peringkat antarabangsa itu.

Ada yang memuji “Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Najib kerana berjaya meleraikan kekusutan berhubung insiden tersebut terutama untuk membawa pulang jenazah rakyat negara kita sebelum 1 Syawal,”.

Walaupun akhirnya didapati tidak ada satu mayat atau jenazah pun yang berjaya dibawa pulang ke tanah air sebelum 1 Syawal.

Persoalannya kini ialah jika Najib boleh berunding untuk mendapatkan kebenaran dari Pemberontak atau Pejuang Pemisah itu untuk membawa keluar jenazah atau mayat rakyat Malaysia dari kawasan konflik kenapa tidak Najib berunding dengan penculik dari Filipina untuk membebaskan rakyat Malaysia yang diculik mereka?


Pakatan Rakyat hari ini mempersoalkan sama ada kerajaan enggan berbelanja sebanyak RM6 juta untuk menyelamatkan nyawa dua rakyat Malaysia yang diculik di selatan Filipina. 
Dua individu itu adalah pemilik kolam ikan dan seorang anggota polis yang kini menjadi tebusan hampir lima bulan lamanya. 
"Kalau dia katakan satu nyawa RM3 juta, dua nyawa RM6 juta, apalah sangat? soal Mohamed Imran Abdul Hamid pada sidang media di Parlimen. 
"Kita boleh belanja berbillion-billion ringgit untuk benda lain. Kenapa tak boleh selamatkan dua nyawa dengan RM6 juta?” soalnya lagi. 
Beliau antara MP Pakatan yang memberikan sokongan kepada Chin Pek Nyuen, isteri kepada Chan Sai Chiuh yang hadir di Parlimen buat kali kedua dalam masa dua minggu untuk merayu kerajaan menyelamatkan nyawa suaminya. 
Chan adalah pemilik kolam ikan yang diculik dan isterinya kini menerima panggilan telefon hampir setiap hari daripada penculik yang menuntut wang tebusan sebanyak RM3 juta. 
Penculik tersebut kini menetapkan 30 November sebagai tarikh akhir untuk menjelaskan wang tebusan lapor Malaysiakini

Jika Kumpulan Penculik itu dianggap sebagai Pengganas kerena mereka dikatakan menetang Kerajaan Filipina, Kumpulan Pemberontak di Ukraine juga dianggap sebagai Pengganas oleh Kerajaan Ukraine..

Jadi tidak ada bezanya kedua-dua kumpulan itu kedua-duanya dianggap sebagai kumpulan pengganas di negara masing-masing..

Oleh itu alasan 'Kerajaan tidak berunding dengan pengganas' bukanlah satu alasan dalam hal ini..

Adakah kerana antara yang menjadi mangsa dalam insiden MH17 itu ialah kaum kerabat sepupunya maka Najib berusaha bersungguh-sunguh tetapi yang menjadi mangsa culik pula hanyalah rakyat biasa maka.. mampuih pi kat dia?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa