oleh Mariam Mokhtar
SUARA LANTANG: Kepercayaan orang ramai adalah sesiapa sahaja boleh menjadi kaya di Malaysia tanpa bekerja keras selama bertahun-tahun hanya dengan menjadi politikus Umno-Baru. Lupakan sahaja integriti dan kemegahan diri. Jadi sahaja seorang pengampu dan bersedia untuk membuat jenayah dan menipu orang lain. Jika ada yang tidak bersetuju, hantar sahaja samseng kepada mereka.
Penyokong Umno-Baru yang memerlukan bukti bahawa dasar mereka sudah menggagalkan Melayu – orang yang kononnya mereka lindungi – tidak perlu melihat jauh melangkaui Menteri-menteri mereka.
Jika kita ingin meningkatkan standard pendidikan yang rendah, kita perlu selesaikan punca utama masalah, dan bukan sekadar gejalanya. Dalam isu pendidikan, ini bermakna menyingkirkan Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan penasihatnya.
Dua tahun lalu, Muhyiddin berkata bahawa rakyat Malaysia memiliki “sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia”. Baru-baru ini, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan bertanya mengapa murid Melayu ketinggalan berbanding murid China, dan keliru kerana hanya sedikit orang Melayu yang menjadi usahawan.
Tiga perkara adalah jelas. Politikus Umno-Baru pandai memutarbelitkan kegagalan dasar mereka menjadi isu dengan berbau perkauman. Daripada menyatakan punca masalah yang dialami masyarakat Melayu, Umno-Baru membangkitkan kekurangan Melayu dengan memalukan mereka.
Tambahan pula, parti itu berperangai seperti orang yang memiliki sakit pasif-agresif. Apabila orang Cina tidak menjadi kambing hitam, Umno-Baru akan memuji mereka, namun hanya dengan niat merendah-rendahkan Melayu.
Ahmad Maslan menyatakan kebimbangan terhadap kurangnya usahawan Melayu. Beliau berkata, “Anak-anak Cina walaupun tidak diajar tentang keusahawanan di sekolah, belajar daripada kedai runcit ibubapa mereka selepas pulang.”
“Mereka membantu ibubapa di kedai, kilang, mereka pergi ke syarikat ibubapa.
“Namun anak Melayu tidak begitu. Mereka melastik burung di bawah pokok kelapa sawit, mandi air terjun dan parit. Bila mereka boleh jadi usahawan?”
Tindakan generalisasi dan melaga-lagakan kaum oleh menteri itu ternyata salah. Umno-Barulah yang merampas semangat untuk bersaing daripada orang Melayu. Orang Melayu diberikan bantuan, sementara orang Cina terpaksa bergantung dengan usaha sendiri untuk terus hidup. Kebanyakannya bekerja keras, mengambil setiap peluang yang ada dan memperkembangkan kemahiran untuk bersaing. Orang Melayu pula dimanjakan.
Ahmad Maslan enggan mengakui ada ribuan usahawan Melayu yang tekun. Mereka berjuang dan berhadapan persaingan sengit dengan orang Melayu lain yang mempunyai ‘kabel’ dengan mereka yang berpengaruh. Melayu Umno-Baru adalah ancaman kepada usahawan Melayu dan Cina.
Jika Ahmad Maslan ingin tahu mengapa prestasi anak-anak Melayu agak terkebelakang di sekolah, beliau patut menyiasat sendiri dakwaan ramai bekas guru berhubung markah lulus sesetengah mata pelajaran yang diturunkan, agar lebih ramai murid Melayu lulus peperiksaan.
Sistem itu telah berbohong kepada anak-anak Melayu dan membuatkan mereka merasa hebat, walaupun ia palsu semata-mata.
Umno-Baru telah mencabul semangat nasionalisme. Anak-anak Melayu keberatan untuk bercakap dan menjadi fasih dalam Bahasa Inggeris. Mereka menganggap bercakap Bahasa Inggeris adalah tidak patriotik.
Ramai anak Melayu tidak dapat bercakap Bahasa Melayu, dan juga Bahasa Inggeris dengan betul. Mengabaikan Bahasa Mandarin juga merugikan mereka, terutama dalam perniagaan tempatan dan ketika berurusan dengan China.
Menukar nama jalan di bandar dan pekan adalah satu cara memadam sejarah penjajahan kita. Sejarah Malaysia telah menjadi satu pembelajaran tentang bagaimana Islam menguasai Malaya di zaman awalnya. Sejarah kita mengabaikan tokoh seperti Yap Ah Loy, tetapi menumpukan tentang pembentukan Kesultanan Melayu.
Bukan sejarah sahaja yang diancam di sekolah. Dengan bantuan Muhyiddin, Ahmad Maslan ingin mengurangkan waktu pengajaran Geografi untuk mata pelajaran baru “Keusahawanan” di sekolah menengah.
Walaupun berkata beliau tidak memusuhi Geografi, Ahmad Maslan berkata, “Buka peta dunia, tunjuk 200 negara, selesai. Apa lagi yang perlu belajar dalam Geografi?”
Beliau percaya bahawa Geografi hanyalah dengan membuka atlas. Kita perlu melihat semula latar belakang menteri Umno-Baru. Adakah mereka kebanyakannya politikus sepenuh masa?
Dengan mendakwa mata pelajaran “Keusahawanan” akan membantu melahirkan lebih ramai usahawan, Ahmad Maslan berkata beliau mahu Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi.
Bagaimana untuk mencapainya, jika ramai warga Malaysia berhijrah ke luar negara? Jika kita masih lagi bergantung dengan buruh murah asing?
Untuk melahirkan usahawan Melayu yang baru, Ahmad Maslan perlu memansuhkan dasar Umno-Baru yang sudah berjalan berdekad lamanya.
Melayu “baru” perlu memiliki pendekatan secara langsung. Perniagaan bukan tentang mengaut komisen tanpa usaha, atau pun melaksanakan model perniagaan “Ali Baba”.
Mereka perlu bersedia berhadapan dengan risiko. Berdekad lamanya, orang Melayu telah didoktrinkan oleh Umno-Baru agar takutkan perubahan.
Adakah orang Melayu akan memperbaiki sikapnya terhadap masa? Adakah seorang usahawan Melayu itu akan sabar? Beliau mesti bersedia untuk berhadapan dengan banyak kegagalan sebelum menikmati kejayaan. Adakah beliau akan belajar untuk menerima bahawa beliau bertanggungjawab dalam setiap tindakannya?
Orang Melayu yang bijak bukan sahaja akan memiliki perniagaan yang berjaya, tetapi akan menjadi ancaman kepada kelangsungan Umno Baru. Ini kerana mereka tahu bahawa jika mereka berkerja keras, mereka akan berjaya. Tidak seperti kroni Umno-Baru yang berkerja dengan pendekatan perniagaan yang subahat, bersama-sama samseng yang berlakon sebagai politikus.
Mariam Mohktar adalah “rakyat Malaysia yang berani berkata benar.”
Byk perkara yg boleh diterima tetapi bab kelemahan bahasa inggeris adalah salah umno itu uladan yg dangkal di mana pihak pr telah mengambil kesempatan politik semada ppsmi dilaksanakan........saya pernah belajar di universiti sesiapa yg pernah belajar di univetsiti tentu tahu kepayahan mencari buku ttg matematik dan sains dlm bahasa melayu......masa uitm mula di tubuhkan dahulunya uitm dan bahasa pengatar di buat dlm bi ramai pensyarah2 yg propembangkange membantah tapi percaya lah dlm bidang profesioanal graduan uitm paling byk di ambil kerana tahu berbahasa inggeris tak perlu di beri statistik dan fakta krn ia di dapati dr pemerhatian dan pengalaman kerja sendiri
ReplyDeleteYg berjuang untuk menjadikan sistem persekolahan hanya menggunakan bm sebagai bahasa pengantar tunggal adalah umno & yg meluluskannya adalah umno. PPSMI memangsakan para pelajar terutamanya kaum melayu. Paradigma anda adalah salah. Sepatutnya yg diberi penekanan adalah jumlah jam pengajaran subjek bi itu sendiri yg perlu ditambah dan bukannya pengajaran subjek matematik & sains dlm bi. Mana mungkin pelajar boleh menjadi pandai bi tentang grammar, vocabularies, comprehension, oral english dll, menerusi pembelajaran matematik & sains dlm bi? Saya juga ada pengalaman & pengetahuan mengenai kejuruteraan, medical, perundangan, ekonomi dan beberapa lagi dlm bm mahupun bi.
DeleteJadi, apa yg dibantah oleh PR adalah yg sepatutnya dan ini juga membuktikan bahawa keputusan umno untuk menjadikan pelajar mahir bi menerusi PPSMI adalah bangang.
Berkata benar tu memang pahit tetapi kebenaran tulisan Saudari Mariam ini sdalah yg terbaik setakat ini. Dibimbangai samada Saudari Mariamini sjan ditahan dibawah ISA atau pun akan di BAN, memang dah dasar umno-baru ini tidak mahu ditegur atau skan gunakan apa saja yang membolihkan Anak Melayu cerdek melebihi mereka. Silap2 lepas hilang terus tulisan ini
ReplyDeleteSkim cepat kaya. Duduk diam kat rumah buat duit. Goyang kaki buat duit. Tak perlu modal. Call 000 12345678. Cuba teka kumpulan etnik mana yg tangkas menalipon memberi respond.
ReplyDeletetunggu masa saja perkasa, isma dan yg sewaktu dgnnya akan menyerang si mariam ni!
ReplyDeleteBenar kata Mariam Mokhtar.
ReplyDeleteDalam UMNO saja bebudak otak bahslol , malas kerja kuat dan penipu boleh hidup kaya bergaya.
Selagi ada duit kopi projek masok , sudah boleh dapat Datok pakai Bentley.
Muka muka bahalol jadi kaya ber gaya bila ber cakap sah dah otak bahalol.
Orang orang Melayu saja...