APA BANGGANYA TIDAK MINTA MAAF TAPI SETUJU TARIK BALIK TUDUHAN DAN BAYAR PAMPASAN?
Seperti ada rasa bangga pada diri Ketua Penerangan Pas, Nasharuddin Tantawi apabila beliau memutuskan tidak meminta maaf kepada Lim Guan Eng dalam penyelesaian luar mahkamah kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu terhadapnya.
Lebih-lebih lagi, beliau juga menyatakan keputusan tidak meminta maaf itu diputuskan setelah mengadakan sembahyang sunat dua rakaat untuk memohon petunjuk daripada Tuhan.
Dalam penyelesaian tidak meneruskan kes itu, Nasharuddin setuju menarik balik sebahagian kandungan artikel berkaitan terowong dasar laut di Pulau Pinang yang didakwanya diberikan secara rundingan terus serta membayar kos mahkamah sebanyak RM10 ribu kepada Ketua Menteri itu.
Dalam kenyataan yang dibacanya di mahkamah sebagaimana dilaporkan oleh portal berita Malaysiakini, Nasharuddin menyebut, "saya telah membuat keputusan untuk menarik balik sebahagian artikel yang menyinggung Lim kerana ianya tidak mempunyai asas."
Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz dalam reaksi spontannya berhubung penyelesaian luar mahkamah itu mengucapkan tahniah kepada Nasharuddin kerana tidak memanjangkan kes dan juga sebab tidak meminta maaf kepada Lim Guan Eng.
Kenapa Nasharuddin berbangga tidak meminta maaf dan Nik Abduh pula memberi pujian mengenainya? Bukankah meminta maaf suatu sifat terpuji dalam Islam?
Kalau bangga kerana tidak meminta maaf, tidakkah Nasharuddin rasa terhina apabila terpaksa menarik balik tuduhan khusus yang didapati tiada asas terhadap Lim Guan Eng dan kemudian terpaksa pula membayar pampasan sebanyak RM10 ribu?
Kenapa hanya bangga tidak meminta maaf, tetapi tidak rasa apa-apa apabila terpaksa akur untuk menarik balik sebahagian tuduhan dan membayar sejumlah pampasan?
Bukankah menarik balik beserta membayar sejumlah wang lebih memalukan daripada meminta maaf?
Lagi pula, apa perlunya lagi meminta maaf jika dakwaan sudah ditarik balik dan kena membayar dengan wang ringgit? Jadi, kenapa semacam terus berbangga tidak meminta maaf?
Dengan berbangga tidak meminta maaf juga, Nasharuddin tanpa sedar telah memberi gambaran yang salah mengenai agama Islam dan konsep ketuhanan apabila seolah-olah memperlihatkan keputusan itu diperolehi setelah diberi petunjuk Tuhan melalui sembahyang sunat dua rakaat.
Benarkah Tuhan memberi petunjuk kepadanya agar jangan meminta maaf?
Jika benar petunjuk diperolehi agar tidak meminta maaf, bermakna Tuhanlah yang memberi petunjuk kepadanya agar menarik balik sebahagian dakwaan dan setuju membayar pampasan kepada Lim Guan Eng?
Kalau begitu, kenapa Tuhan hanya memintanya menarik balik sebahagian dakwaan dan membayar pampasan, tetapi tidak menyuruhnya meminta maaf? Adakah Tuhan tidak suka umatnya meminta maaf dan menjadi pemaaf?
Kenapa pula Tuhan tidak memintanya melawan habis-habisan di mahkamah?
Sebenarnya, jika Nasharuddin cuba menggambarkan keputusan tidak meminta maaf itu diperolehi selepas mendapat petunjuk Tuhan, beliau tentu sukar mengelak rentetan soalan lain mengenai persoalan yang sama. Orang akan menyoal kenapa Tuhan begitu, tidak begini dan sebagainya.
Mungkin ada yang turut menyoal, kenapa sebelum membuat dakwaan terhadap Lim Guan Eng, beliau tidak mengerjakan solat sunat dan memohon petunjuk Tuhan terlebih dahulu sama ada apa yang mahu didakwanya itu betul atau tidak?
Jika benar petunjuk Tuhan mudah diperolehi, bukankah lebih baik diminta di peringkat awal lagi, lalu tidaklah membuang masa, tenaga dan wang sehingga perlu pergi ke mahkamah?
Gambaran Islam apa yang cuba diperlihatkan dengan sikap sebegitu?
Kenapa suka sangat melibatkan Tuhan sedangkan dalam perkara-perkara sebegini, yang perlu sebenarnya ialah bukti dan sama ada dakwaan yang kita tujukan kepada orang lain berdasarkan fakta atau sebaliknya?
Lebih-lebih lagi, kes Lim Guan Eng dengan Nasharuddin ini bukanlah pertarungan antara Islam dengan bukan Islam, ia hanya isu berkaitan watak dan kelakuan manusia yang boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira bangsa dan agama.
Jadi, berpada-padalah dalam "menjual" nama Tuhan kerana takut akhirnya gambaran Islam yang terpamer lebih buruk sudahnya. (SH 19/01/2016) - sumber
Persoalan kenapa penyelesaian kes dibuat di luar mahkamah itu pun adalah kerana LGE kesian pada ularmak mulut longkang tu. Cuba fikir jika LGE tidak menawarkan penyelesaian seperti itu dan penyelesaian perlu dibuat dalam mahkamah selepas perbicaraan, implikasinya adalah lebih parah lagi, diantaranya adalah:
ReplyDelete1. Nilai amaun yang perlu dibayar oleh ularmak mulut longkang ini akan menjadi jauh lebih tinggi.
2. Ularmak mulut longkang ini berisiko kehilangan kelayakan sebagai ahli parlimen yang sedang disandangnya kerana hukuman denda yang tinggi.
3. Terdedah pula kelemahannya menggunakan siku dan lutut yang ada di sebalik jubah.
Dua ularmak diatas adalah lulusan jordan. Inilah saja standard ulamak yg pas ada. Konon solat 2 rakaat mohon hidayah tuhan. Hoi tunjok alim ke? Memperguna nama tuhan bg tujuan yg batil. Masa tulis dulu tk minta petunjuk tuhan? Tulis merapu tk check tender terbuka@ tutup. Tahukah kamu urusan tender? Digelar ulamak bukan tau semua benda. Haid nifas janabah taharah mgkn expert lar. Dah wat salah angkoh. Tk mau minta maaf. Rosak imej islam dek perangai bodoh sombong ularmak chai parti pas. Bye pas chai
ReplyDeleteTontowi jumpa hadis kena minta maaf dgn org islam je jika buat fitnah atau salah.,
ReplyDeleteJika fitnah atau buat salah kpd org kafir,tak payah minta maaf
Org kafir tu gamaknya ada Tuhan lain yg cipta kut..
Seorang lagi ulamak PAS yang telah dibuktikan sebagai pemfitnah dalam mahkamah. Mereka ni lah golongan yang suka menggunakan nama Allah demi membuktikan kealiman dan ketokohan mereka yang tak dak "value" langsung. Bila rakyat dah diperkenalkan dengan sikap sebenar mereka yang jelik maka mereka menyorok dibelakang nama ALLAH. Konon2nya mereka adalah manusia suci walaupun semua orang dah tau mereka "berak dan kencing" kat tengah jalan dan semua orang nampak! Geli den dengan puak2 ni! Uwweekk!
ReplyDeleteNick.
Cape Tiger.