Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 17, 2016

Seruan untuk YB Husam

Pandangan peribadi saya terhadap Dato' Paduka Hj Husam Bin Musa..........

Yg berbahagia Dato' yang dihormati....

Sudah tiba masanya untuk Dato' tidak sahaja menumpukan perhatian kepada kemelut politik dinegeri Kelantan . Dato" perlu keluar dari kepompong kenegerian kepada peringkat NASIONAL. Sudah tiba masanya Dato' mengisi ruang yg sekian lama tidak terisi oleh kerana tiadanya ANWAR IBRAHIM YG KINI TELAH DIPENJARAKAN!

Malaysia memerlukan Dato' dalam mewajahkan hala tuju politik tanahair yg kini semakin bercelaru dan TENAT dengan segala permasalahan!. Dato' perlu MUNCUL dipersada politik peringkat NASIONAL secepat mungkin bagi mengepalai isu-isu yang kini membaluti derita rakyat.

Walau apa pun wadah dan alat perjuangan yg Dato' sarungkan ditubuh Dato',ianya bukan menjadi isu dan persoalan bagi rakyat. RAKYAT inginkan khidmat dan daya fikir yg Dato' ada bagi mengantikan kebanyakkan pemain politik PAS yg bukan berfikiran diluar kotak tetapi diluar OTAK!

Dato' perlu berfungsi dan mengambilalih peranan insan yang kini terkurung dipenjara.

Penilaian rakyat kebanyakkan terhadap nilai kemampuan kecerdikkan politik yg Dato'miliki adalah begitu tinggi harapannya.

Bagi rakyat kebanyakkan, adalah menjadi HARAPAN yg menggunung agar Dato' menepatkan diri diperingkat NASIONAL bagi mengepalai keseluruhan isu yg melibatkan rakyat terutamanya dalam isu-isu yg menderitakan rakyat!

Saya juga turut yakin,penglibatan Dato' nantinya diperingkat MALAYSIA adalah menjadi satu anjakan pradigma politik yg dinantikan oleh seluruh bangsa yg sah menjadi rakyat di bumi MALAYSIA tercinta.

Usahlah Dato' takut lagi dan terus berada dipersimpangan politik yang membelenggu diri dengan sifir politik malu alah!. Lupakah Dato' atas permintaan ahli PAS sedikit hari lalu agar Dato' mencabar Presiden PAS di Muktamar yg lalu dan Dato melalui perkiraan politik,Dato' telah menolaknya?

Kini, hasil tiada tentangan terutamanya oleh Dato', yang menolak percalonan Presiden, kini telah menghasilkan WAJAH PAS yg KEBOBOKAN dengan AUTA dan U-TURN! Apakah Dato' ingin ulangi lagi kesilapan yg pertama menjadi TERNAKKAN KALI KEDUA?

BERJUANGLAH DATO' DIPERINGKAT NASIONAL. JELAJAHILAH RAKYAT DISETIAP NEGERI DAN PELUSUK MALAYSIA!. KAMI RAKYAT PERLUKAN DATO' BERPERANAN SEBAGAI PENGISI KETIADAAN PEJUANG RAKYAT..........ANWAR IBRAHIM!

KAMI PERLUKAN KAMU DATO PADUKA HAJI HUSAM BIN MUSA!

Biarlah Malaysia menikmati HARUM dan KELANTAN menikmati MANISNYA!

NYAMUK MENGGIGIT

6 comments:

  1. YB Dato Husam,
    Pada pandangam saya ia adalah ajakan yang ikhlas dari rakyat marhem yg semakin hari terhimpit dgn pemerintah hari ini.

    YB Dato Husam,
    Sudah tiba masanya Dato menumpu di peringkat nasional.Dato perlu lihat pada sirah Nabi Allah Musa dgn Nabi Allah Khidhir.Perbuatan Nabi Allah Khidhir adalah diluar batas pemikiran manusia.
    Insha Allah akan dipermudahkan jalannya dan kejayaan.

    ReplyDelete
  2. sila kan dato....jgn pandang belakang lagi...ini la masanya dato....Allah hu Akbar

    ReplyDelete
  3. Gaya reformis global dan lokal. Teruskan usaha sehingga berjaya.

    ReplyDelete

  4. Kalau sirih tempatnya diganyang
    Kalau pinang tempatnya di tampok

    Tempat Dato di persada seluruh rakyat Malaysia.

    ReplyDelete


  5. Kalau pinang tempatnya di tampok
    Kalau sireh tempatnya di gangang

    Dato tempat Dato di persada rakyat jelata

    ReplyDelete
  6. "AYUH DATO HUSAM, KITA DAULATKAN ISLAM RAHMATANN LIL 'ALAMIN KE PERSADA DUNIA"
    ... kami bersamamu sehingga menang atau syahid!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa