Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 19, 2016

Terasakah PAS akan pedasnya?

PAS mahu dekati Umno? PKR beri peringatan
18 Januari 2016 | ARIF ATAN
Ceramah oleh Setiausaha Agung yang juga Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli di Kok Lanas, Kota Bharu semalam menyaksikan Pas beberapa kali disindir dengan diingatkan supaya tidak “mendekati” Umno-BN

Tanpa menyatakan Pas, mesej daripada Ahli Parlimen Pandan itu jelas apabila menyebut beberapa ciri yang umum diketahui dikaitkan dengan parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

Rafizi antaranya menyebut istilah taawun (tolong menolong) dan warna merah jambu merujuk kepada pakaian sedondon yang dipakai oleh Presiden Umno dan Pas dalam program alumni Al-Azhar pada Disember lalu.

“Kalau kita terkeliru boleh atau tidak boleh dekat dengan Umno, ada perkataan baru sekarang - taawun dengan Umno ini kena tengok harga barang mahal di pasar, nampak muka Rosmah dan Najib InsyaAllah kita tidak akan terpesong.

“Dia (Najib) boleh buat apa sahaja, hari ini dia nak pakai jubah, hari ini dia nak pakai pink, dia pakai pink. Ikut suka dia,” ujarnya dalam program anjuran Amanah itu.

Selain itu, beliau turut mengaitkan kenyataan Hadi pada November lalu yang bersedia untuk partinya menjadi penasihat kepada kerajaan kerana kononnya Pas bukan gilakan kuasa atau mahu menguasai Putrajaya.

“Nak jaga orang Melayu, jatuhkan Umno, Najib dan Rosmah bukan nasihatkan Najib untuk kekalkan dia sebagai Perdana Menteri,” ujarnya sambil menegaskan beliau hormat dan berkawan dengan semua pihak asalkan niat dan matlamat jelas.

Terdahulu, Rafizi memulakan ceramahnya dengan memberitahu kedatangannya di pentas Amanah pada malam itu menimbulkan isu tetapi beliau tiada masalah untuk hadir jika dijemput untuk menerangkan masalah kepada rakyat akibat kepincangan pentadbiran kerajaan Umno-BN.

"Amanah adalah rakan politik melalui Pakatan Harapan bagi Keadilan. Kita ada tujuan khusus membantu rakyat dan menyelamatkan negara melalui Pakatan Harapan.

“Saya faham kita juga ada kerjasama dengan Pas sebab itu saya sebut sesiapa yang kalau matlamat itu sama untuk menjatuhkan Umno-BN, saya tiada masalah. Hatta kalau Rosmah panggil saya untuk jatuhkan Najib pun saya hadir juga,” katanya diikuti ketawa hadirin.

6 comments:

  1. Jika hendak dibandingkan kebijakan Rafizi dengan Wan Rosli, entah berapa bilion tahun cahaya jauhnya. Jika diukur menggunakan jarak antara langit dan bumi, sudah tentu beratus-ratus ribu kali lipat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa janganlah bandingkan Rafizi dengan Wan Rosli..apalah ada pada Wan Rosli..takat telor 2 biji ada laa

      Delete
  2. yes! yes!
    setelah sekian lama PKR dibuli PAS, sekarang tiba masanya PKR pula buli PAS.
    PKR memang tahu hanya satu sebab PAS tak akan panjangkan khilafnya dengan PKR, politik Selangor.
    PKR pandai main politik, setelah Kelantan yang menjadi kubu kuat PAS makin pecah, PKR mula memberi tekanan.
    nampaknya AMANAH telah melakukan sesuatu yang diluar jangkaan PAS. Mereka menyerang kubu kuat PAS di Tumpat dan AMANAH sendiri pun terkejut, sambutan yang diterima diluar jangkaan. Suka diingatkan PAS Tumpat dipimpin oleh MB Kelantan dan setiausaha PAS Kelantan.
    Inilah yang menyebabkan PAS Kelantan mengamok dan menjadikan PKR sebagai sasaran.
    Mungkin PAS Kelantan boleh lagi bersyukur kerana AMANAH Kelantan masih belum kuat untuk diterima rakyat Kelantan. Namun jika Dato Wan Rahim menyusun semula AJK penaja AMANAH Kelantan dengan menampil muka-muka baru yang lebih jernih dan lebih cerdik, maka AMANAH akan menjadi saingan kepada PAS diKelantan.
    Pada ketika inilah PAS akan kenal tinggi rendah langit ahli dan penyokong PAS Kelantan.

    ReplyDelete
  3. Wan Rosli aka An Anonymous... tolong sambut cabaran diatas cik wan.. kalau tak sambut maka taraf cik wan dgn rafizi akan bergerak jauh bilion tahun cahaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wan rosli aka ananonymous dah lari ke blog sisibukit.hari2 komen mcm bangang

      Delete
  4. Semua dah fiidap ngan pm, hadi lak buat kifidap ngan umno, ish,ish.......

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa