Friday, January 13, 2017
Duhai Annuar mana satu betul ni?
Hari ini menteri bertanggungjawab ke atas Mara, Ismail Sabri Yaakob dipetik sebagai membuat arahan supaya sebarang bentuk penajaan menggunakan wang Mara untuk tahun ini ditangguhkan melainkan untuk pendidikan.
Mana-mana bentuk penajaan selain pendidikan ditangguhkan dan memerlukan perhatian daripada beliau, begitu tegasnya. Kenapa?
Penangguhan itu dipercayai ekoran timbul dakwaan kononnya wang Mara disalah gunakan untuk menaja pasukan bola sepak The Red Warriors. Sebelum ini ada dakwaan daripada seorang pemilik pasukan bola sepak menyatakan rasa terkilan kerana Unit Pelaburan Mara (UniKL) ada memasang iklan untuk pasukan bola sepak negeri Kelantan itu.
Pemilik yang dimaksudkan itu Tunku Ibrahim Sultan Ibrahim tuanpunya pasukan bolasepak JDT memdedahkan bukti yang penajaan itu berlaku. Beliau mendedahkan ada dokumen berupa resit dan juga salinan resit check dan baucer menunjukkan berlaku tranksasi di antara Pelaburan Mara dengan Red Warriors.
Annuar Musa yang juga Ketua Penerangan Umno Malaysia dalam reaksi awal berhubung persoalan dibangkitkan itu menafikan yang UniKl menaja pasukan Kelantan, sebaliknya mengakui pemasangan logo UniKL dan "Mara 50th" di lengan jersi pasukan Kelantan adalah secara percuma.
"Ia adalah percuma sahaja walaupun harganya bernilai RM250,000. Ia sebagai penghormatan kepada Mara," begitu kira-kira kata pengerusi Mara itu dipetik.
Penafian Annuar itu menyebabkan Tunku Ibrahim terpaksa mendedahkan dokumen berkaitan berupa dokumen transksi resit, baucer dan salinan resit check bagi mempertahankan dakwaannya menyebabkan Annuar terpaksa membaiki kenyataan dengan mengubah "kosakata" dengan mengalu-alukan pendedahan itu dengan mengucapkan terima kasih atas pendedahan itu.
Katanya pendedahakan segala dokumen itu menunjukkan apa yang berlaku (penajaan) itu dibuat dengan teratur dan telus. Dalam masa sama beliau membayangkan tidankan The Red Warriors tidak seperti pasukan lain yang menyembunyikan penajaan. Dalam bahasa lain tidak telus, ada yang disembunyikan. Pengubahan kosakata itu juga menunjukkan penafiannya sebelum ini palsu.
Tunku Ibrahim menimbulkan rasa kesal dengan apa yang berlaku, apabila tahun lepas Mara telah memotong RM700 juta wang biasiswa tetapi boleh pula taja iklan untuk pasukan Kelantan.Tidakan itu menurut beliau sesuatu yang sangat dikesalkan dan suatu perbuatan yang tidak bermoral.
Persoalan sekarang ini sekiranya benar berlaku penajaan iklan menggunakan wang Mara itu ia perlu disiasat kerana ia boleh dianggap sebagai berlaku penyelewengan. Penjelasan Annuar berhubung perkara itu dan ucapan terima kasih atas pendedahan maklumat itu tidak boleh menyelesaikan perkara itu selagi ia tidak disiasat. Kata-kata itu tidak boleh menutup daun pintu persoalan yang telah terbuka.
Penajaan itu boleh dianggap wujud conflict interest kerana waktu itu ahli Parlimen UBN Ketereh itu adalah pengerusi Mara dan juga presiden Kafa.
Elok sangat kalau SPRM jenguk ke bangunan Mara melihat apa sebenar yang berlaku. Dakwaan atau persepsi buruk terhadap Annuar mengenai hal ini perlu dibersihkan segera. Annuar juga harus bersedia menghadapi hal itu. Penjelasan dan ucap terima kasih atas pendedahan Tunku Ismail itu tidak dapat menutup apa yang sedang berbau dan menerawang dalam kepala umum kini.
Ini penting kerana wang Mara adalah wang rakyat di mana kalau ia benar digunakan untuk bola sepak penggunaan itu telah melencung dari tujuan Mara diwujudkan. Tindakan itu juga boleh dianggap satu penyelwengan.
Sebagai rekod hampir 15 tahun lepas semasa menjadi menteri Kemajuan Luar Bandar Annuar pernah disiasat oleh SPRM berhubung penyelewengan dalam Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Rumahnya digelidah oleh SPRM dan keretanya disita oleh SPRM. [wm.kl.6:14 pm 13/01/17]
Posted by mohd sayuti Omar at 6:26:00 PM
Kaitan: LETAK JAWATAN PENGERUSI MARA, KETUA PENERANGAN UMNO!!

semua orang dah faham...pegang je jawatan menteri..dapat oegang pula jawatan pengurusi badan amanah mcm kwsp.tabung haji.mara.amanah raya...semua duit yg ada..otomatik jd duit pengerusi....
ReplyDeletepengurusi ada hak untuk mengunakan duit tersebut