Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 13, 2017

Pembangkang dituduh anti China: Ini jawapan Pegerusi Biro Antarabangsa Amanah

Soal kedaulatan negara dan hak rakyat memilih
12 Januari 2017 | RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
Pihak pembangkang telah dituduh bersikap anti negara China kerana pendirian kita menyoal pelaburan dan cara kontrak dirunding dengan mereka.

Sebenarnya isu ini sengaja dikelirukan. Kami bukan anti Negara China tetapi kami anti monopoli ekonomi mana-mana negara dan kebergantungan tinggi Malaysia kepada negara tersebut.

Umno dan BN berjinak dengan Negara China kerana wangnya dan manfaat yang berkaitan dengannya untuk terus kekal berkuasa selepas PRU yang akan datang walaupun risikonya tinggi kepada kedaulatan Negara kita. Motif ini mesti kita faham.

Sekarang ini pun Malaysia telah menunjukan sikap terlalu tunduk kepada kuasa besar China dengan menyepi di Parlimen, isu kapal peronda China mencerobohi perairan Malaysia Timur dan juga keputusan Tribunal antarabangsa di Hague yang telah menolak tuntutan Negara China di perairan Laut China Selatan.

Malahan cadangan negara Asean lain untuk menyokong keputusan Tribunal Hague tidak dipersetujui oleh Malaysia. Dalam masa yang sama Kerajaan Malaysia telah persetujui untuk membenarkan Syarikat dari Negara China membina serta menyerahkan pengurusan pelabuhan di Kuantan, Melaka, Johor Bharu dan Bagan Datok.

Projek Keretapi Pantai Timur berharga RM 55 Billion juga akan diserahkan kepada Syarikat Negara China. Inilah monopoli dan kebergantungan kepada Negara China yang dibantah oleh kami.

Negara Afrika yang bergantung kepada negara China telah mengalami masalah tersendiri mereka.

Apabila sebuah negara atau pemimpin terlalu banyak mempunyai kebergantungan ekonomi serta kewangan daripada negara lain, soal kedaulatan negara tersebut akan dipersoal. 

Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib menunjukkan kecenderungan yang terlalu rapat dengan pimpinan negara China komunis, banyak tanda tanya telah timbul tentang kebijaksanaannya.

Presiden baru kuasa besar Amerika, Donald Trump, pun telah disoal tentang kecenderungan dan hubungan yang terlalu rapat dengan Presiden Putin dan negara Russia. Penglibatan anak Trump dan penyokong kuatnya, Rex Tillerson, yang ada kaitan perniagaan dengan Russia juga dipersoalkan.

Anak Najib juga telah menyertai rombongan bersama Ahli perniagaan pada kunjungan Najib ke negara China sementara Jho Low ,sahabat akrab anak Najib, yang dicari oleh pihak berkuasa Amerika kerana isu 1 MDB, juga dipercayai berada di negara China. 

Yang menjadi kebimbangan rakyat Amerika adalah pengaruh dan tekanan politik dan komersial yang akan dikenakan oleh Russia ke atas Donald Trump dengan hubungan yang ada. 

Begitu jugalah kekhuatiran kami rakyat Malaysia seperti juga di Amerika dimana pengaruh Russia dipercayai telah membantu Trump menang.

Rakyat Malaysia juga khuatiri pelaburan besar, kontrak serta wang negara China akan mempengaruhi keputusan PRU 14 untuk memenangkan Najib dan BN.

Dimanakah kedaulatan negara kita untuk memilih pemimpin secara bebas dan adil tanpa pengaruh luar?

Selepas pihak tertentu menang, apakah tuntutan dari kuasa luar yang telah mempengaruhi keputusan PRU? 

Kebimbangan rakyat Amerika terhadap Russia sekarang akan dialami juga oleh rakyat Malaysia terhadap kuasa besar negara China dan Perdana Menteri BN jika dipilih pada PRU

Kerana itulah kami hari ini membantah monopoli komersial dan kebergantungan yang amat tinggi Malaysia kepada negara China.

Bukan kerana ianya negara China, tetapi kerana ianya melibatkan kedaulatan negara Malaysia memilih pemimpin tanpa pengaruh luar dan selepas PRU 14 untuk kita bebas membuat keputusan sendiri tampa apa- apa tekanan luar.

Itulah kedaulatan yang kami berhak miliki sebagai sebuah Negara yang betul-betul Merdeka.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa