Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 12, 2017

SPRM intip menteri?

Rasuah: SPRM intip menteri, KSU?
ONG BOON TECK - 12 JANUARI 2017
MAKLUMAT yang diperoleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terbukti, kelab golf adalah lokasi yang kerap dipilih pegawai tinggi kerajaan dan kontraktor berbincang dan menyelesaikan 'urusan rasuah' membabitkan projek-projek kerajaan bernilai puluhan juta ringgit.    

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika memberitahu China Press, risikan yang diterima SPRM mendapati memang wujud rundingan antara pegawai kerajaan dengan pihak kontraktor di kelab golf, namun ia bukan tugas mudah untuk membuktikan kesalahan dilakukan mereka.

"Bagaimanapun, risikan yang diperoleh ini tetap berguna kepada SPRM. Dari situ, kami boleh mendapat tahu mana pegawai yang terbabit dan kami akan lebih mudah melakukan intipan ke atas mereka," kata Azam.

Ditanya adakah SPRM telah mengenal pasti orang-orang tertentu ini adalah menteri atau ketua setiausaha kementerian (KSU), Azam enggan mengulas lebih lanjut mengenainya, namun yang pasti sudah terdapat beberapa orang kini sedang dalam perhatian SPRM.

Beliau memberitahu, SPRM sedang melakukan siasatan dan berharap semua pihak memberikan masa kepada mereka untuk menjalankan tugas.

"Bagi menyiasat kes rasuah seperti ini, cabaran paling besar dihadapi oleh SPRM ialah usaha mendapatkan maklumat dan kerjasama daripada orang ramai.

"Jarang sekali ada orang yang sanggup tampil memberikan maklumat dan kerjasama kepada SPRM. Sebenarnya keadaan yang sama turut dihadapi oleh badan-badan pencegahan rasuah di serata dunia. Bukan senang meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap gejala rasuah, apatah lagi mengajak mereka mendekati SPRM," kata Azam.

Pelaburan China rangsang ekonomi negara

Dakwaan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya kedatangan pelabur China ke Malaysia boleh menggugat rezeki usahawan tempatan adalah tidak tepat.

Sebaliknya, Presiden Huazong, Tan Sri Pheng Yin Huah berkata, kemunculan syarikat-syarikat China ke Malaysia mampu merangsang pertumbuhan ekonomi negara, sekali gus mengeratkan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara.

"Kedudukan ekonomi Malaysia mampu meningkat sekiranya pelabur-pelabur China terus menunjukkan minat menanam modal di negara kita.

"Banyak kelebihan yang boleh diperoleh usahawan-usahawan tempatan dengan kedatangan syarikat-syarikat dari China ini," kata Yin Huah kepada China Press.

Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut membidas kenyataan Muhyiddin yang dianggapnya sebagai berniat jahat.

Menurut Tiong Lai, Muhyiddin telah membuat kesilapan dan kenyataan beliau bukan sahaja berniat jahat, malah mempunyai kepentingan politik.  

"Kenyataan Muhyiddin cuba menjejaskan hubungan baik yang terjalin antara Malaysia dengan China.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak kiralah menarik pelaburan dari mana-mana negara sekalipun termasuk China, adalah untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara dan menarik lebih ramai pelabur masuk ke Malaysia," kata Presiden MCA itu.

Beli motosikal melalui online belum popular

Penjual-penjual motosikal di Malaysia masih belum bersedia menjual produk mereka melalui online, kata Presiden Persatuan Penjual Motosikal dan Skuter Malaysia, Wee Hong.

Menurutnya, buat masa ini, apa yang dipaparkan dalam laman web sesetengah syarikat penjual motosikal adalah mempromosi produk motosikal yang dijual di kedai mereka.

"Saya ingin menasihatkan orang ramai sekiranya ingin membeli motosikal, adalah lebih baik pergi ke kedai dan mencuba sendiri motosikal yang ingin dibeli.

"Ini bertujuan mengelak daripada menjadi mangsa penipuan oleh sesetengah orang yang tidak bertanggungjawab," kata Wee Hong kepada Sin Chew Jit Poh.

Beliau berkata, trend menjual motosikal melalui online sehingga hari ini masih belum popular di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa