Dari golongan manakah kita?
Ini ungkapan yang terbit dari bibir isteri kala di pagi hari.
Golongan pertama:
"Bang, nak makan apaaalah kita hari ni?"
Golongan kedua:
"Bang, abang nak makan apa hari ni?"
Golongan ketiga:
"Bang, kita nak makan kat mana hari ni?"
Golongan keempat:
"Bang, siapa awak nak makan hari ni?"
Apakah ungkapan ini memang dari masyarakat kita?
Assalamualaikum Saudara,
ReplyDeleteYang golongan ke empat tu minta dijauhkanlah, Waliyazubillah!!!
Orang makan Orang, di zaman canibal ..dulu kita dengar memang betul dia orang makan orang tapi zaman canggih sekarang ini banyak yang tersirat dalam ungkapan ini...
Orang makan orang cara zaman canggih ini..macam macam cara terhormat, macam macam tipu daya..apa lah nak jadi.
Saya masih di golongan kedua..tetapi Alhamdulillah. Janganlah ada golongan yang pertama.
ReplyDeleteA'kum Puan melayuangkat.
ReplyDeleteSebenarnya saya cuba ketengahkan apa yang saya gali dari masyarakat kita melalui memerhatian.
Memang golongan ke4 itu bukan dari golongan yang diredhai Allah dan bercanggah secara total dengan kehendak agama Islam.
Dijauhkan Allah hendaknya.
Sdr. Tok Rimau,
ReplyDeleteGolongan kedua itu pun sudah cukup selesa dan bagus. Di dalam golongan ini jarang manusia lupa diri namun golongan pertama itu pun masih lagi ramai di kalangan kita.
salam sdr. moses,
ReplyDeleteSdr. mungkin seorang Wali...
sudin kata "Wali nikah, wali nikahlah asalkan aku boleh makan ayam" ha...haaaa....
ReplyDeleteSalam saudara Fakhruddin,
ReplyDeleteLetih suami kalau dapat isteri dari golongan pertama.
Nyaman hati suami dapat isteri kedua, opp silap!!, isteri dari golongan ke dua.
Kering kocek suami kalau dapat isteri dari golongan ketiga.
Golongan keempat, suruh dia bungkus kain baju dan hantar balek rumah mak ayah dia.
Salam takzim.
Saudara Mohd. Sofi,
ReplyDeleteGolongan kedua adalah yang terbaik bagi seorang muslim pada pandangan saya. Yang paling melampau adalah dari golongan keempat dan kalau boleh janganlah dari golongan pertama.
salam abg mount..
ReplyDeletekat negara ni byk lg golongan yg pertama.zaman nabi dan sahabat pun rasanya golongan yg pertama.tapi tak adalah ngeluh.tp rasanya ramai yg nak digolongan kedua.aku pun.. moses dok la yg ke4.hehehe ...ngan ngah.
Tuan...terima kasih atas nasihat dan anduan yang diberikan...
ReplyDeleteInsyaallah akan saya praktikan!
Salam Pakcik Din :
ReplyDeleteAdakah ini asam garam dalam kehidupan rumahtangga?Mudah-mudahan sy dpt isteri dr golongan yg kedua..
Uncle, bila baca golongan akhir tuh, teringat citer seorang teman yang mempunyai rakan kuliah dari negara jiran (suku batak). seperti biasa, bila cuti semester si budak tuh menjemput rakan2 dari Malaysia bercuti ke negaranya. Ntah camner dia bercerita perihal datuknya (masih hidup) beritahu bahawa bahagian manusia yang paling lazat ialah punggung (maaf uncle erisya tak tahu bahasa yang lebih lembut)...apa lagi, teman erisya serta rakan2nya yang lain tak jadi bercuti ke sana sebab takut kena panggang :) sebetulnya itu adalah amalan dahulu -kala jer...tapi masih berisiko tinggi huhuhu
ReplyDeleteSakura nak pilih no2 he he he
ReplyDeletesalam dari saya untuk kalian.
ReplyDeletesdrku aku,
Memang golongan pertama masih lagi ramai di negara kita. Tentunya mereka mengeluh disebabkan kesempitan hidup. Kita harus simpati dan kalau berdaya bantulah mereka.
Golongan kedua dan ketiga adalah menjadi idaman kita sebagai manusia yang punya pertimbangan. Tapi bagi golongan yang keempat itu, adalah manusia rakus dan tidak ada pertimbangan iman.
Maksud "makan siapa" di sini ialah menipu siapa, atau nak kenakan siapa, atau nak jatuhkan siapa.. itulah maksudnya. Dengan erti kata lain golongan ini adalah golongan orang kaya, berpengaruh dan berkuasa yang punya nafsu tidak terhad.
daddy cool,
Amalkanlah, insya Allah mujarab. Saya sendiri praktikkan dari saya remaja lagi. Ada ketikanya saya terpaksa gunakan apabila kawan-kawan sekolah kena rasuk dan histeria. Bila dah kahwin pula dapat anak pertama yang memang selalu meragam kena sakat. Bismillah 6 itulah yang saya gunakan.
sdr. uxop,
Inilah realitinya bila berumah tangga. Tapi insya Allah uxop sudah lepas dari golongan pertama. Jangan hutang "Along" sudahlah!
erisya,
Golongan makan orang ni memang wujud tetapi dulu-dulula di sabah dan sarawak. Dia makan orang pun yang menjadi musuhnya saja.
Semasa uncle kususu lanjutan kepimpinan kat portdickson dulu ada seorang teman kursus dari sarawak yang masih baru Islam. Banyak cerita yang uncle dapat dari dia. Macam mana nak awet tengkora dan cara nak mengeluarkan otak dari kepala tetapi tidak merusakkan tempurung kepala tanpa menebuknya di mana-mana bahagian.
Tapi maksud sebenar uncle tentang makan orang tu, erisya semak komsn uncle kat atas. komen kepada "aku"
Dan untuk sakura,
Pilihan golongan kedua dan ketiga tu adalah baik dan bertanggung jawab. Insya Allah sakura akan selamat dunia dan akhirat.
salam abg mount..
ReplyDeletegolongan ke 4 ni silap2 lebih ramai dr golongan lain.memang itulah keja dia org.kat tempat keja aku pun banyak.. nak naik punya hal la..
Salam sdrku aku,
ReplyDeleteManusia golongan ke4 ni ada di mana-mana. Kita tidak boleh lari dari mereka cuma kita hendaklah sentiasa hati dan waspada.
Saya sendiri pun pernah merasa. Di dalam parti politik pun pernah dan tempat kerja juga pernah. Tapi tak apa yang pepeh tidak selalunya melayang, yang bulat tidak selalunya bergolek!
Susahnya soalan. Saya cuba jawab:
ReplyDeleteGolongan pertama tidak percaya bahawa ulat dalam batu pun boleh hidup. Tapi jika dia bertanya: “agaknya lah Bang, apa lah yg akan kita makan hari ini..?” mempunyai maksud yg sebaliknya. Dia seorang yg pasrah dan tahu rezeki di tangan Tuhan.
Golongan kedua amat yakin bahawa apa yg dicita pasti dapat.
Golongan ketiga percaya bahawa manusia diberi banyak pilihan dan perlu keluar bagi mendapatkannya.
Golongan terakhir menyangka bahawa rezekinya ada di tangan org lain. Kata orang, kalau dia datang ke rumah, biarkan setakat pintu pagar je. Jangan dipelawa naik ke rumah...
Amacam tuan? Berapa soalan yg saya jawab betul? Dapat berapa markah?
Salam buat demang,
ReplyDeleteMemang demang adalah seorang cekap menelah!
Sangkutan manusia dan Tuhannya adalah tepat. Dan golongan ke4 adalah golongan yang berwadahkan kecekapan dirinya tanpa menoleh kiri kanan. Dirasakan kuasa ditangannya!
Maknanya galian yang demang lakukan telah menemui hasilnya!
Salam tuan,
ReplyDeleteTelaah saya pulak yer..
Golongan pertama:
"Bang, nak makan apaaalah kita hari ni?"
Kalo dapat isteri mcm nie..ajar die masak lemak pucuk paku..takpon daun betik, daun kesom, umbut keladi semua ajar masak.Semua tu boleh dimakan.Kalo duduk di bandar yang mmg agak payah utk dapatkan semua nie..ajar die masak meggie kari jer.
Golongan kedua:
"Bang, abang nak makan apa hari ni?"
Kalo dapat isteri mcm nie, mmg bagus sebab isteri ikut selera suaminya.Isteri mengutamakan perut suami dari perutnyer sendiri..Masyaallah..saya pilih yang ini
Golongan ketiga:
"Bang, kita nak makan kat mana hari ni?"
Kalau dapat isteri mcm nie..kalo seminggu sekali tu takperlah..kalo tiap2 hari..bawak die balik kampung..suruh die menuntut ngan mak kita cara2 utk memasak..takpon belikan buku resepi bayak2.Si suami pon kene turun ke dapur..Mengajar isteri dgn tauladan.
Golongan keempat:
"Bang, siapa awak nak makan hari ni?"
Kalau dapat isteri mcm nie..xdapat den nak nolong.Nie kene gi kaunseling ngan jabatan agama utk kasik ubah mentaliti sikit.
Itu sahaja telaah saya Tuan.Telaah org muda..Sekian
Salam sdr. mogen,
ReplyDeleteSaudara juga betul, cuma golongan ke3 tu maksud saudara tak pandai masak kan? boleh juga tapi lebih pada malas nak masak! lagi harukan?
Waduh! yg No 4 tuh yg tak tahan dgr.. buat masa ni sy tak ada siapa-siapa untuk di tanya...
ReplyDeleteLin,
ReplyDeleteSabarlah, tak lama lagi adalah tu tempat nak tanya!