Saya nak imbas kembali apa yang berlaku akibat kejahilan saya dan rakan-rakan semasa saya di tingkatan enam atas di pertengahan tahun tujuh puluhan dulu.
Petang itu ketika saya sedang minum di warung berhadapan dengan asrama laki-laki, budak-budak penghuni asrama bertempiaran lari keluar. Saya sangka ada pergaduhan, saya berlari ke asrama dan tanya budak-budak tadi kenapa lari. Salah seorang budak menyatakan Abang Mat "masuk hantu" maknanya dirasuk.
Saya naik ke asrama dan saya dapati Mat juga dari tingkatan enam atas sedang pegang baju tetapi sudah berseluar. Mat memandang saya dengan tenungan yang tajam. Saya rapat dan goncang bahunya sambil memanggil namanya. Tidak semena-mena tanpa menyahut Mat cengkam kedua-dua bahu saya dan humban saya ke dinding. Tenaganya cukup kuat, saya rasakan semacam melayang dan terhempap ke dinding. Lutut saya sedikit melecet. Baru saya sedar yang Mat memang dirasuk. Saya bangun dan rapat kepadanya kembali sambil saya hembus mukanya. Kena hembusan saya tadi, Mat jatuh terlentang dan tidak sedar diri.
Saya cuba pulihkan Mat menggunakan apa yang diajar oleh Guru saya. Alhamdulillah, selepas seketika Mat pulih. Setelah Mat pulih, saya tanya kenapa dan apa rasanya. Mat bercerita yang dia didatangi seorang perempuan cantik berambut panjang dan memakai maxi hijau (masa tu maxi cukup popular bagi gadis dan perempuan muda) ajak dia keluar ke hujung kampung berjalan-jalan. Semasa dia hendak keluar dia dihalang oleh saya dan perempuan itu pegang melempar saya ke satu penjuru. Selepas itu dia tidak sedar apa yang berlaku. Saya telifon Pengetua dan menceritakan apa yang terjadi sebentar tadi.
Pada malamnya Pengetua datang dengan seorang Dukun yang membawa hidangan di dalam sebuah dulang. Ada ayam panggang, pulut kuning, telur, sirih, daun rokok dan tembakau. Mereka naik ke asrama tetapi saya tidak ikut. Saya dan kawan-kawan tunggu di bawah sahaja. Kami tidak mahu campur urusan berdukun.
Pada jam 10.30 waktu itu, Dukun dan Pengetua turun dan meminta sesiapa yang berani dengan sukarela hantar dulang hidangan ke hujung kampung yang terdapat satu busut besar di bawah satu pokok besar (saya tidak kenal pokok apa) sekarang juga. Masa itu saya berempat dengan kawan saya Ripin, Dollah dan Zuki. Ripin kenyit mata kat saya memberi isyarat yang dia bersetuju pergi bersama. Saya nyatakan kepada Pengetua yang kami berempat bersetuju hantar dulang ketempat itu.
Dulang diserahkan ke tangan saya. Kami berjalan sehingga melepasi kampung dan berjalan di sawah tinggal. Bulan cukup terang. Kami berjalan tidak perlu gunakan lampu suluh. Sesampai di tengah-tengah sawah, Ripin mencuit saya dan minta saya letakkan dulang tadi di atas batas sawah. Saya letak dan kami bantai semua makanan yang ada kecuali sirih, tembakau dan daun rokok. Bila tinggal sisa tulang ayam dan kulit telur, kami bungkus dan hantar juga ke tempat yang disuruh. Sambil letak bungkusan sisa tadi saya berkata " Nah ambillah bahagian kamu, tulang dan kulit telur. Isi aku dah makan, kamu bukan makan pun!"
Kami berjalan pulang. Di pertengahan jalan tiba-tiba Zuki mengaduh dan jatuh. Dia kata kakinya kena gigit sesuatu. Kami usung Zuki balik dan tak lama kamudian dia dah ok. Bila kami masuk saja pintu pagar sekolah, kami dengar suara-suara bertempik dan bising di asrama perempuan. Seorang budak berlari mendapatkan saya memberitahu yang lapan orang budak perempuan pengsan kena histeria.
Saya berlari ke asrama perempuan dan sudah ada seorang Ustazah sedang membaca ayat kursi. Bila Ustazah itu nampak saya, terus mendapatkan saya minta saya tolong. Saya setuju tolong setakat yang saya mampu. Dengan izin Allah tujuh orang tadi saya berjaya pulihkan dan hanya tinggal seorang lagi di dalam peringkat separuh sedar. Di masa ini si Ripin masuk dan terus ke tempat saya dan bertanya macam mana keadaan budak itu. Apabila terdengar saja suara Ripin budak yang sakit itu celik dengan mata merah sambil menuding jari kepada Ripin sambil berkata " Mu Ripin makan ayam aku". Ripin tergaman dan berkata "Haa.. dia tahu!" sambil berlari keluar asrama. Tak lama kamudian budak tadi pun pulih. Bila saya tanya bagaimana dia jadi macam tu. Dia ceritakan sama seperti mana Mat kena juga. Makhluk yang sama ajak keluar.
Belum pun sempat minum, saya dipanggil pula sebab Ripin dan Dollah pula kena rasuk di dalam perpustakaan. Saya berlari pula ke perputakaan dan dapati Ripin dan Dollah sudah jatuh. Selepas saya berikhtiar seketika dengan izin Allah mereka pulih sepenuhnya.
Esok petangnya saya ke rumah Guru saya dan ceritakan pengalaman saya semalam. Beliau cukup marah kat saya sebab katanya saya makan benda haram. Ayam panggang yang saya makan malam tadi adalah haram sebab disembelih dengan bukan niat kita yang nak makan tetapi untuk jamuan setan!. Ya Allah berdosanya saya. Itulah akibatnya bertindak di dalam kejahilan dan tanpa bertanya. Maka ramai yang menderita dirasuk. Saya mohon maaf kepada Guru dan balik bertaubat!.
Huh...Dasyat. Tuan pun kira "bega" juga masa muda-muda ya.
ReplyDeleteBagitahulah nama guru Tuan tu..mana tahu ada kawan-akawan lain yang kenal...
Salam Tok Rimau,
ReplyDeleteGuru saya telah pun meninggal, namanya Hj. Mohd. Karim @ Karan murid kepada Almarhum Kiyai Salleh/Penglima salleh, Batu Pahat, Johor. Hj. Mohd. Karan ni berasal dari Pattani dan beliau adalah salah seorang pemimpin pemisah yang berperang dengan tentera Siam zaman 70an dulu. Masa tu ramai tentera siam yang tumpas di tangannya.
Guru tauhid saya pula masih hidup. Namanya Hj. Abdul halim Isa. Bekas guru Maahad Muhammadi Kota Bharu.
Saya juga pernah berguru dengan Almarhum Sidi Abd. Latiff, Seberang Takir, Kuala Terengganu.
Guru kor'an pula Almarhum Haji Abdullah Geting. Beliau pernah jadi guru di Masjidil Haram, Mekah selama 10 tahun.
Tapi tolonglah jangan anggap saya pandai. Saya masih mencari..
Tuan mountdweller sakura suka sekali n ketawa bila baca kisah dan pengalaman tuan,wah kira tuan mountdweller jadi HERO la masa tu...
ReplyDeleteSdr. Sakura salam dari saya,
ReplyDeleteKononnya hirolah. Tapi hero yang bodoh tolol!.
Sakura bayangkan macam mana marahnya Pengetua kat saya lepas tu. Rupanya dukun tu pun tau apa yang kami buat kat hidangan tu..
hahaha...pecah perut ketawa baca citer uncle. beruntungnya uncle, punya guru yang baik sejak remaja lagi. erisya dah tersalah berguru...seorang ustaz dari indonesia...erisya tak minat ilmu-ilmu mistik ni. cukuplah berkawan ngan manusia saja...
ReplyDeleteCerita yang kadang-kadang payah nak percaya tapi memang pernah berlaku.. Boleh tahan jugak tuan mountdweller berjuang menentang makhluk asing. Hanya orang yang kuat zahir dan batin aje boleh jadi hero melawan jin dan syaitan..
ReplyDeletep/s Salam kenal dari saya.. Seronok baca entry dalam blog ni..
wah tak sangka uncle pun mahir bab2 cengini...
ReplyDeletesalam...
ReplyDeleteasyik membaca kisaah tuan. saya dapat rasakan latar belakang tahun70-an dalam peristiwa itu...
saya juga berminat untuk mengetahui apakah ilmu yang tuan baca atau gunakan untuk memulihkan orang yang histeria itu...
berkenaan bismillah 6/7 itu, saya juga telah amalkan sejak remaja lagi dan saya menemui rangkaian bismillah itu di dalam buku prof harun din berkenaan amalan untuk menyebuhkan penyakit dan gangguan makhluk halus.namun di situ saya tidak pula tertulis dari mana asal bismillah 6/7 ini...
ibu mentua saya juga kerap kali menceritakan betapa ampuhnya berkat bismillah 6/7 ini ketika dia masih muda di mana terdapat ramai orang yang ingin menyantaunya tetapi gagal...
itu yang sebaik2nya.
ReplyDeleteA'kum dari saya buat semua.
ReplyDeleteerisya,
Uncle pun kekedang teringatkan citer tu tersenyum sorang-sorang juga. Betapa tololnya uncle ketika itu. Kononnya tak nak membazirkan ayam dan makanan di dalam hidangan tulah!
Uncle sudah dapat rasakan kenapa anak erisya selalu nampak benda-benda yang tidak sepatutnya nampak. erisya pernah diberitahu oleh dukun dan ustaz yang pernah erisya jumpa tak, kenapa anak erisya macam tu? Apa pun erisya buatlah sebagaimana yang uncle nasihatkan. Insya Allah akan ok.
Tapi kenapa guru erisya pandu erisya ke arah itu? makhluk lain daripada manusia, bukan kawan kita sebenarnya. Ada tak Rasulallah berkawan selain dari manusia dan Jibrail?
tirana,
W'kumu salam. Jin dan setan adalah musuh manusia yang ghaib. Kita dalam tidak sedar dipengaruhinya. Bila kita takut kepada setan dan jin melebihi takutkan Allah, merusaklah Iman. Tapi ramai manusia yang begitu kan?
Bagi uncle, Hero atau heroin wajib melawan setan dan jin. Mereka durhaka kepada Allah maka mereka automatik menjadi musuh kita.
hanis,
Sebenarnya uncle bukan mahir tetapi kebetulan. Berada ditempat dan pada masa yang diperlukan.
sdr. t.o.s,
Memang lebih dari satu yang patut kita amalkan. tetapi di dalam beberapa insiden yang cemas kita boleh gunakan amalam Bismillah 6 ini.
Tentang amalan lain itu, mungkin kita boleh jumpa kalau ada rezeki dengan izin Allah. Saya selalu ke Permatang Pauh dan Penang. Anak saya yang kedua belajar di UiTM Permatang Pauh.
Kalau saudara ada apa-apa yang nak dikingsi pakailah email saya. fakhruddin_yusoff@yahoo.com
mohamad azli shukri salam dari saya,
ReplyDeleteSaya cukup suka pada article dan ulasan isu-isu di blog anda. t. kasih.
Salam buat Almarhum Kiyai Salleh.
ReplyDeleteSalam saudara Fakhruddin,
Titipan saudara segar.
Ilmu saudara mekar
Tinggalan guru dipagar
InsyaALLAH hati tidak gentar.
Mungkin saudara biasa ke Bukit Gambir, Muar?
Salam takzim
W'slam Sdr. Mohd. Sofi,
ReplyDeleteTerima kasih di atas salam untuk guru saya. Dan terima kasih juga di atas doa untuk saya.
Sebenarnya saya tidak biasa juga dengan bukit gambir. Kalau saya singgah pun sekadar minum sambil melalui Batu Pahat dan juga Muar.
Sebenarnya saya sedang mencari sasilah guru Almarhum Kiyai Salleh iaitu bekas murid atau pun keturunannya. Cuma masa masih belum mengizinkan saya berada lama di Batu Pahat dan Muar.
salam uncle..wah hebat gak uncle ek..isy takut tul benda2 cam2..dulu sekolah jue pon pernah jadi cam2,pengetua sampai pening..panggil bomoh ,dia kata pembangunan sekolah ganggu tempat jin tinggal..ramai gak la yang histeria..
ReplyDeleteuncle, sebetulnya anak boleh nampak alien sejak usia 4 thn.tapi erisya selalu kata itu adalah monster nak lawan ultraman...tapi bila berubat dia tak npk dah...hinggalah kami pindah ke KL ni. erisya juga boleh rasa kehadiran alien sejak gadis lagi.Bau bunga, kemeyan, daun pandan, kapur barus dah jadi kebiasaan. Erisya berguru pun sebab terpaksa. Ustaz indon tu nak erisya tolong jaga kakak erisya yang sedang berubat dengannya. setakat nampak erisya tak kisah sangat (walau pernah lari malam!) tapi bila dah sampai tahap nampak apa yg akan berlaku (mcm skrin tv) dan dengar suara hati orang lain...tu yg tak tahan tuh!erisya berguru thn lepas ie sejak dok KL ni. beberapa bulan jer pas tu erisya jauhkan diri dari ustaz tuh (kakak erisya disihir sami siam).tapi yang anehnya, kakak pun amal ayat yg sama sebagai pendinding tapi tak nampak lak sumer alien tuh!naper erisya dan anak pula yg boleh nampak ?
ReplyDeletesalam uncle..
ReplyDeletesbnrnya azza lum baca abih pun entry tu..baca sekerat..tau2 cite gitu..huhuu..kena stop baca,,sorang kat umah..abg kusus 4 ari..adehh...
Salam buat jue,
ReplyDeletePerkara begini sering berlaku sebenarnya dan di mana saja.
Kat sekolah uncle dulu tu bercampur dengan Pelesit, Hantu Pari dan Perbomohan guna-guna siam dengan menggunakan minyak mati dibunuh dan besi mangkuk makanan sama.
Jue amallah apa-apa yang patut untuk lidung diri. Allah ada tetapi talian mestilah ada.
salam azza,
ReplyDeleteIss... rupa anak aku ni penakut!
Tak ada apa azza, perkara dan kisah yang selalu berlaku.
Bacalah ayat kursi banyak-banyak, Insya Allah selamat.
Buat esrsya,
ReplyDeleteKalau rasa patut, hubungilah uncle nanti.
Salam Saudara Fakhruddin,
ReplyDeleteSemoga rahmat ALLAH buat saudara serta keluarga.
Ramai kerabat termasuk cucu Almarhum Kiyai Salleh sekarang berkampong di sekitar Bukit Gambir, Muar. Jika ada kelapangan, ziarahlah mereka.
Salam takzim
A'salam sdrku Mohd. Sofi,
ReplyDeleteAlhamdulillah dan terima kasih banyak di atas maklumat yang saudara berikan.
Insya Allah, ada kelapangan pasti saya akan ke sana. Atau saudara sendiri adalah salah seorang yang mewarisi ilmunya?
Jazakallaha,
ReplyDeleteDalam kalam bicara kata,
Dalam bayu angin menerpa.
Salam Persaudaraan.
salaams uncle,
ReplyDeleteemel uncle ada masalah. erisya tak boleh hantar....ada kesilapan ka?TK
uncle try hantar emel kepada erisya di alamat ini, boleh? erisya0501@gmail.com. nanti erisya reply jer.
ReplyDeleteTK
erisya,
ReplyDeleteOk, uncle dah sent.
A'kum sdrku Mohd. Sofi,
ReplyDeleteSesudah malam subuh menjelma
Bulan juga menjengah maya
Bukan saja di alam yang sama
Jalan juga beriringan rupanya
Jumpa juga saudaraku akhirnya
Walau pun di dalam maya
Salam seiringan....
Salam sdrku,
ReplyDeleteAjaran Guru Kiyai Salleh berkembang di Wilayah Pattani dan Narathiwat selatan Thai. Dulu di Kelantan pun ramai juga semasa Guru Haji Mohd. Karan masih ada. Tetapi malangnya ramai yang telah meninggal dan yang hidup saya sudah lost contact.
Anak Allahyarham Hj. Mohd. Karan ada datang ke rumah saya sekali sekala.
Seorang lagi yang dipesan oleh Guru untuk saya jumpa ialah Tuan Guru Sheikh Othman Bagan Serai. Tapi rasa saya beliau telah meninggal. Kalau ada pun murid-muridnya. Wallahu Aklam
Assalamualaikum Saudara,
ReplyDeleteKali ini note book saya pulak buat hal dan terpaksa guna komputer di study sahaja. Sebab tu lambat check blog Mountdweller ini.
"..Kami jalan tak perlu lampu suluh kerana bulan terang.." Saya dapat bayangkan betapa s e r a m nya keadaan ketika itu. Kalau saya upah RM1,000 ketika itu pun saya tak akan pergi.
Cerita benar ini amat menarik dan patut kami jadikan iktibar. Tetapi kita hairan sebab macam ini pun ada ramai yang masih tak percaya akan wujudnya makhluk ghaib dan halus walaupun telah terang terang disebut dalam Al Quran dan Hadith. Mereka kata histeria itu sebab 'stress',
'depression', ...macam macam lagi.
Terima Kasih lagi sekali kerana sudi berkongsi pengalaman dengan kami semua.
BarakaAllah fi ka.
tuan, blog ini menarik dan saya telah masukkan dalam blogroll saya. sekiranya tuan fikirkan sesuai, mohon pertimbangkan utk masukkan blog saya dalam blogroll di blog tuan. terima kasih.
ReplyDeletehttp://nobisha.blogspot.com
Tuan nobisha salam dari saya.
ReplyDeletePucuk dicita ulam mendatang
Tak cukup nyiru ku tadahkan dulang.
Terima kasih saudara, itu satu penghargaan buat saya dan saya akan masukkan blog ke blogroll saya.
[url=http://kfarbair.com][img]http://www.kfarbair.com/_images/logo.png[/img][/url]
ReplyDeleteמלון [url=http://www.kfarbair.com]כפר בעיר[/url] - שירות חדרים אנחנו מציעים שירותי אירוח מגוונים כמו כן ישנו במקום שירות חדרים הכולל [url=http://www.kfarbair.com/eng/index.html]סעודות רומנטיות[/url] במחירים מיוחדים אשר יוגשו ישירות לחדרכם.
לפרטים אנא גשו לאתר האינטרנט שלנו - [url=http://kfarbair.com]כפר בעיר[/url] [url=http://www.kfarbair.com/contact.html][img]http://www.kfarbair.com/_images/apixel.gif[/img][/url]
Someone necessarily lend a hand to make severely posts I would state. This is the first time I frequented your website page and up to now? I surprised with the analysis you made to create this particular post extraordinary. Fantastic process!
ReplyDeleteMagnificent web site. A lot of useful info here. I¡¦m sending it to some friends ans also sharing in delicious. And certainly, thank you for your sweat!
hi!,I really like your writing very much! proportion we keep up a correspondence extra about your post on AOL? I require a specialist in this house to solve my problem. Maybe that's you! Looking forward to look you.