Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 28, 2008

Nak Tebang Balak Dengan Parang Kontot

Pagi ini hujan lebat, hujan monsoon bulan December. Kami 7 orang menaiki van seorang sahabat menuju ke Gunung Rabung. Tiba di kaki Gunung Rabung, sungai pertama yang patut kami harungi, airnya dalam melimpah tebing dengan arus yang deras. Tidak mungkin kami boleh melepasi sungai tersebut.

Kami berpatah balik menuju ke Gunung Stong pula. Kami nekad akan mendaki juga walau gunung apa pun sebab kami sudah ambil cuti. Kalau tidak jadi mendaki, cuti kami akan habis dengan sia-sia. Setiba di kaki Gunung Stong di kawasan Air Terjun Stong kami dapati sungai dan air terjun dilimpahi air yang cukup menggerunkan. Kami berbincang dan buat keputusan akan mendaki juga walau pun hujan lebat dan berangin. Semua trek telah ditenggelami air. Saya terdiam dan berfikir sambil memetakan lakaran trek alternatif di dalam minda untuk sampai ke puncak gunung. Tidak ada jalan, selain meredah trek baru berdasarkan lakaran peta di dalam minda saya. Saya sudah jumpa jalan alternatif.

Waktu menunjukkan jam enam petang. Kami masih degil mahu panjat juga hingga ke Gua Lahat dan akan bermalam di situ. Kami lalu di atas jambatan gantung yang merentasi air terjun dan mula meredah hutan yang tidak pernah dilalui oleh mana-mana pendaki sebelum ini. Setelah 2 jam meredah di dalam hujan lebat ditambah pula dengan keadaan yang gelap, akhirnya kami menemui trek yang biasa kami lalui sebelum ini yang menuju ke Jelawang Jangle dan seterusnya ke Sungai Rantai.

Dengan susah payah melalui trek yang mencanak dan licin ditambah pula dengan keadaan hujan lebat serta gelap, kami tiba di tebing Sungai Rantai pada jam 10.00 malam. Kami dapati Sungai Rantai juga mustahil untuk diseberangi. Setelah berfikir, saya ambil keputusan untuk menebang sebatang pokok agak sebesar badan manusia di tebing sungai dan ditumbangkan merentasi sungai untuk dijadikan titi.

Saya mengambil masa 40 minit untuk menumbangkan pokok itu dengan hanya menggunakan parang sepanjang 12 inci hingga melecek tangan. Kami merentas seorang demi seorang. Malangnya tiba giliran orang yang ke enam air tiba-tiba menerjah dari hulu dan menghanyut pokok yang dijadikan titi tadi. Ini menyebabkan dua orang tersangkut di seberang sana dan lima orang sudah lepas ke seberang sini. Kami terpaksa tunggu sehingga air surut. Biasanya air di bahagian hulu sungai terutama di kawasan bukit, dalam satu ke dua jam air akan surut. Selepas sejam lebih air sudah beransur surut dan akhirnya kawan yang dua orang itu berjaya menyeberang dan kami teruskan perjalanan menuju ke gua.

Setiba di satu kawasan hutan buluh sebelum sampai ke gua, kami dapati trek sudah tidak boleh dilalui kerana dihalangi oleh pokok-pokok buluh tumbang. Jam sudah menunjukan pukul 1.30 pagi. Saya minta kawan-kawan tunggu di satu kawasan lapang sementara saya merintis laluan yang menaiki bukit. Seorang kawan ikut saya dari belakang sementara saya menebas. Di separuh jalan saya dapati mustahil untuk ditebas kerana pokok buluh yang tumbang terlalu banyak. Saya berhenti dan minta kawan yang ikut saya tadi turun. Bila saya suruh dia turun, dia mula berlari turun lintang pukang macam ketakutan. Saya hairan kenapa dia macam tu. Saya pun ikut turun dengan selamba. Dia pandang saya macam ada sesuatu yang nak diberitahu atau nak bertanya. Dia akhirnya tanya saya ada apa di atas tadi. Saya kata tidak ada apa-apa hanya kerana saya tidak larat nak tebang begitu banyak buluh.

Saya berfikir pula mencari jalan macam mana nak sampai juga ke gua malam ini kerana kami letih dan kesejukan. Saya minta semua ikut saya dan saya buat laluan rentas yang lain. Selepas bersusah payah, jatuh bangun kami tiba di bawah sepohon balak yang agak sebesar 3 pemeluk yang sepatutnya berada betul di hadapan gua. Yang anihnya gua tidak kami temui, tidak ada gua. Kami berhenti di bawah pokok tersebut sambil saya menyuluh sekeliling untuk memastikan kedudukan kami betul. Memang sah di hadapan inilah guanya. Saya suluh lagi tapi memang gua tidak ada. Yang ada hanya semak samun.

Sedang yang lain berehat saya berfikir apakah kami silap atau mata kami disilapkan oleh sesuatu. Hujan masih lebat dengan angin yang agak keras menambahkan sejuk yang kami rasa. Saya bangun dan saya suluh lagi. Saya yakin di hadapan inilah guanya.

Saya cabut parang saya dan berkata "Aku tahu kamu sembunyikan gua dari kami dan aku juga tahu pokok besar ini adalah kediaman kamu. Malam ini, kalau kamu tidak zahirkan gua untuk kami bermalam, aku akan tebang pokok mahligai kau ni dengan parang aku ni" Sambil itu saya tusukkan parang ke pangkal pokok besar tadi. Saya membebel lagi "Kamu memang bodoh, muka aku ni dah berapa kali ke sini, kamu masih lagi tidak kenal-kenal. Kamu cuba nak main-main lagi dengan aku. Malam ni aku mesti tebang pokok ni" Mat kawan saya senyum, senyum bermakna! Yang lain memang di dalam ketakutan dan menggigil kesejukan. Jam sudah hampir 3.30 pagi.

Saya capai parang dan saya bangun berdiri dengan parang masih di tangan. Saya suluh sekali lagi . Ha ha... gua sudah nampak. Saya beritahu kawan-kawan itu guanya. Mereka terus bangun dan berjalan menghala ke gua. Sebelum melangkah saya berkata lagi "Lain kali kamu kena kenal muka aku ni. Kalau kamu buat lagi, aku mesti tebang pokok ni". Saya beredar dan masuk ke dalam gua dan sama-sama menyediakan makan malam/pagi? Sebab jam dah pukul 4.00 pagi.

Di dalam gua, Mat ketawa berbahak-bahak. Dia kata ada ke patut nak tebang pokok sebesar itu dengan parang kontot yang hanya sepanjang 12 inci!. Memang dah kena diperbodohkan benda tu. Barulah yang lainnya faham dan turut gelak. Kawan saya yang ikut naik bukit semasa saya rintis trek di kawasan buluh tadi bersuara. Katanya dia nampak saya sedang menakik kaki satu lembaga yang besar tetapi tetap tidak berkesan. Jadi saya pun suruh dia turun. Itu sebabnya dia berlari turun lintang pukang tadi. Tapi saya sendiri tidak nampak apa-apa, hanya hutan buluh. Kami ketawa lagi kerana rasanya lucu pula bila teringatkan kawan saya tadi berlari turun tergopoh gapah dengan muka panik.

Di gua dan sekitar sini mengikut ceritanya memang keras. Sebelum itu ada satu kumpulan pelajar dari Ma'ahad Muhammadi bermalam di dalam gua ini. Tiga hari mereka tidak dapat keluar sebab mulut gua ditutupi dengan timbunan mayat!. Puas mereka membaca dan berzikir tapi tidak memberikan kesan. Mereka hanya boleh keluar dan turun bila orang kampung yang tinggal berhampiran kaki gunung yang biasa dengan tempat itu naik dan mencari mereka bila didapati mereka sudah tiga hari tidak turun-turun. Orang kampung menemui mereka berceratuk di dalam gua dalam ketakutan. Wallahu Aklam.

25 comments:

  1. whoaaa, tapi gitu ler ek, kalau dah nama masuk hutan, mmg mcm2 dugaan yg pelik mendatang, cuma jgn panik, bertenang, dan yakin! caiyuk!

    ReplyDelete
  2. salam..
    aktiviti yg sangat mencabar,mendaki gunung dlm hujan dan waktu mlm..selain makhlukh halus,xde makhluk pacat ke?kalau sya,sudah pasti tidak mampu utk buat aktivit mcm itu.pernah la ada sekali pengalamn meredah hutan waktu malam di janda baik,tp itulah yang pertama dan terakhir..dah serik..hehe..
    -part yg kwn uncle lari ketakutan tu kelakar klau d imagine kan..:)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Saudara Mountdweller,

    Memang hutan belentara bukan tempat untuk calang calang orang.
    Dan buat macam saya ini, baca sahajalah kisahnya dari mereka mereka yang berpengalaman mengenainya.

    Terlalu banyak misteri, pengajaran, pelajaran yang belum pernah kita terfikir ada tetapi itulah hakikatnya, memang wujud,memang ada.

    Saudara dan rakan rakan masih boleh ketawa dalam gua setelah melalui apa yang dilalui, kalau saya agaknya, menangis - tunggu hari terang kerana nak Chow segera cara jalan balik ke rumah!!

    ReplyDelete
  4. Mak Su,

    Memang itulah permainan geng kami. Gila-gila. Betul ketenangan dan perbincangan yang menyelesaikan masalah.

    ReplyDelete
  5. w'salam leiah,

    Sebenarnya uncle biasa mendaki di waktu malam. Itu tak ada masalah tetapi yang mendatangkan masalah ialah hujan dan limpahan air sungai dan trek pula ditutup buluh tumbang.

    Kerana ingatkan macam mana dia lari turun di celah-celah buluh tumbang dan semak dengan muka yang pucat, panik itulah menyebabkan kami geli hati.

    ReplyDelete
  6. W'salam moses,

    Betul memang gua keras sebab dari batu hu..huh..

    Pelajar maahad tu uncle dengar cerita orang kampung di kaki gunung tu saja. Tak tanya pulak tahun bila. Tapi dah lima tahun dulu.

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam Puan melayuangkat.

    Kawan-kawan saya yang biasa dengan gunung memang sudah biasa, cuma nak cari jalan keluar dari masalah yang mereka agak kurang mahir. Kadang-kadang tu panik.

    SiMat tu memang orang lama, selalu ikut saya. Kalau ada program pun saya akan ajak dia, Cukgu Ali dan Tuan Saharizam. Mereka ni hardcore. Yang lain tu takut campur berani.

    ReplyDelete
  8. best nya baca pengalaman uncle nih, lg lah semakin berkobar2 lin nak panjat gunung.. tp kan uncle, bertambah best kalau uncle up date sekali gmbr gunung yg uncle panjat tuh..

    Jom, saper2 nak joint panjat gunung...

    ReplyDelete
  9. hanis,

    adventure memang uncle sukakan cabaran dan adventure. Di pejabat pun sekira masaalah yang susah nak selesai Boss akan serahkan pada uncle.

    ReplyDelete
  10. Lin,

    Sekarang ni scanner uncle hilang driver selepas uncle format hard disk. Insya Allah uncle akan uploadkan gambar-gambarnya nanti. Yang sudah diupload pun ada di archive lebel "gunung" dan "rekreasi" cubalah Lin belek-belek.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Saudara..
    Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.. em, kalau itu sudah boleh dipanggilkan blog.. tak terbanding dengan coretan saudara di blog saudara ni.. rasa diri begitu kerdil sekali.. yelah.. blog saya sekadar menitip pengalaman hari ke hari, sekadar aktiviti seharian sebagai seorang suri rumah sahaja.. tiada apa yang istimewanya.. berbanding dengan saudara yg menceritakan pelbagai isu terkini yang mantap dan boleh dipercayai.. hoho.. saya dan anggota family yang lainnya mmg pengikut nik aziz sejak azalinya lagi.. akan saya ikuti blog saudara hari ke hari.. membaca celoteh saudara yg padat dengan isu2 semasa.. itu yang pasti..insya allah... terima kasih..
    pst.. pengalaman saudara di hutan ini, em.. apa yang boleh saya katakan.. sungguh menakjubkan sekali... teruskan menulis ya!

    ReplyDelete
  12. Tuan,

    Hutan penuh misteri, dan mempunyai penghuninya selain haiwan dan tumbuhan.

    Saya pernah membaca kisah sekumpulan pegawai imigresen yang diganggu makhluk yang tak nampak dalam satu operasi di hutan berhampiran Tasik Kenyir. Ketika itu mereka nak menangkap pendatang tanpa izin yang bersembunyi di situ. Khabarnya, ada yang demam akibat tersampuk...

    Hutan, saya memang tiada pengalaman, tidak sedalam pengalaman mountdweller

    ReplyDelete
  13. W'salam Big Mamma,

    Terima kasih di atas kunjungan. Blog ini pun bukannya apa sangat, baru nak belajar tapi umur dah tua.

    Sebenarnya saya suka banca dan nak tahu macam mana perempuan menjalani kehidupan harian serta buah fikiran mereka tak kira yang berumur atau pun muda.

    Tentang hutan dan rekreasi dah jadi cara hidup saya dari saya berumur 14 tahun lagi.

    ReplyDelete
  14. Sdr Brahim,

    Saya rasa sdr tidak payahlah bertuan dengan saya.

    Memang begitulah saudara dengan hutan dan laut. Di laut pun tidak kurangnya dengan gangguan, bahkan di laut lebih keras dan degil mengikut yang telah alami. Cuma satu jer petuanya. Kita jngan lemah dan jangan tunjukkan kelemahan kita. Itu saja yang membuatkan syaitan mengalah. Kalau patut ugut, ugutlah biar pun tidak logik. Setan memang ditakdirkan bodoh dari kita.

    ReplyDelete
  15. salam uncle..
    adehh..
    azza baca separuh..tak jd..tggu abg balik la nak baca smpai abih...

    abg btolak ke cameron dh td...esok subuh naik yong belar. masa nak gerak lps mgrib td guide call...emergncy dia tarik diri sb mak dia masuk hspital..kelam kabut jugak cr guide lain..alhamdullillah ada..

    uncle sehat ke..

    ReplyDelete
  16. Alhamdulilah, uncle sihat. azza pun mesti enjoy bercuti kan?

    Sekarang musim hujan, mendaki musim hujan memang mencabar dan berisiko. Tetapi abang azza adalah pendaki yang berpengalaman, ianya tidak menjadi masalah baik dari segi keselamatan dan juga seluk beluk trek.

    Keadaan trek memang licin dan dahan pun rapuh dan senang runtuh akibat berat air hujan ditambah kalau ribut. Yang pasti abang azza sudah bersedia menghadapi apa jua keadaan.

    Uncle ucapkan selamat mendaki dan enjoy the climbing dengan doa selamat pergi dan kembali.

    wassalam.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum..
    Alamak, malunya.. puji sedap tu masakan yg t tapau beli kat luar.. aduh! malunya.. malunya.. hehe...

    ReplyDelete
  18. Big Mama,

    Saya pun sama jugak, tapaw tu tidak lah, tapi makan kat kedai jer. Balik kerja kul 6.00 terus singgah kedai dan isi perut dan balik.

    Kami hanya tinggal berdua aje ketika persekolan di buka. Anak pertama ada di Kota Kinabalu dan 1 Dec. baru balik ke Lumat dan lepas ni tak tahu akan dihantar ke mana pulak.

    Anak kedua pula di UiTM Permatang Pauh. Jadi pada hari-hari biasa kami hanyalah tinggal berdua.

    Oh ya... satu lagi, kenapa diNicknamekan Big Mama? Why not Mama Comel? Kalau saya bahasakan Mama Comel boleh tak?

    Maaf kalau tak setuju. Itu pandangan saya saja bukan nak mengada-ngada.

    ReplyDelete
  19. salam uncle..
    hati sedikit risau sebenarnya..
    tapi tetap kena pk positif..dengan pengalaman dan semangat yg abg ada..insya allah..moga selamat semuanya...

    ReplyDelete
  20. azza,

    Jangan risau, positifkan perasaan dan percayalah kepada pengalaman dan kepintarannya.

    ReplyDelete
  21. Salam
    Kalau kat dalam hutan, boleh ke kita cabar atau marah benda tu?

    ReplyDelete
  22. sdr. Azyyati,

    Kita boleh cabar dan ugut tetapi kita hendak kuat dan tahu kaedahnya.

    Benda tu sebenarnya bodoh, kita boleh tipu dia.

    ReplyDelete
  23. salam ayahanda... rindu nyer lama tak jumpa... rindu nak gi naik gunung sama2 gak sbnrnya... tapi masa plak tak mengzinkan... nnt updatela citer2 baru.. syok baca blog ayahanda.. tringat time dolu2... heheh

    ReplyDelete
  24. W'salam onyx.

    Terima kasih anakanda ke blog ini. Tolong email kat ayahanda siapa onix ni. fakhruddin_yusoff@yahoo.com.

    Ayahanda pun cukup rindu dengan geng-geng gunung yang dulu-dulu. Tapi bila masing-masing dah punya kerjaya maka tentulah membawa haluan masing-masing.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa