Article di bawah saya copy and paste dari blog hijazi-islami yang bertarikh 5 Julai 2008 tanpa sebarang pindaan.
Saya pohon saudara-saudara dan saudari-saudari yang lebih tahu tentang Freemason memberikan komen dan mengulasnya dengan lebih lanjut tanpa menghentam sesiapa atau kepartian. Ulasan yang lebih terbuka dan bersifat ilmiah adalah di alu-alukan untuk memberi kefahaman yang lebih luas kepada saya dan para pembaca blog ini. Terima kasih.
Apa yang saya kesan ada sedikit kesilapan di sini ialah anak Tuan Guru Nik Abd. Aziz bukannya Nik Amar. Nik Amar adalah anak kepada bekas YB Nik Abdullah.
oleh Ibnuyaacob
Cerita yang akan diputarkan kali ini adalah cerita lama yang sengaja dibangkitkan bagi mengingati kembali betapa luasnya pengetahuan alim ulama’ di Malaysia tentang konspirasi Yahudi. Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat memang masyur dengan kealimannya lihat saja penampilan dan kehidupannya, penuh kesederhanaan dan ketakwaan. Tapi siapa sangka beliau juga mempunyai pengetahuan yang luas tentang konspirasi Yahudi khususnya Freemason di Malaysia.
Saya teringat seorang sahabat yang ditugaskan tidur sebilik bersama Tuan Guru di sebuah hotel di Kedah ketika Tuan Guru menghadiri suatu ceramah politik di sana. Sahabat tersebut memberitahu ketika ia bangun pada pukul 5.00 pagi untuk memasak air panas untuk Tuan Guru, apabila di buka lampu kelihatan Tuan Guru sedang melakukan sujud solat tahjud. Sahabat itu terasa malu kerana dia berupaya bangun awal lebih daripada Tuan Guru sedangkan tugasnya adalah untuk mengawal keselamatan Tuan Guru.
Membangkitkan Isu Freemason di Malaysia
Pada 25 Oktober 1978, seluruh ahli parlimen Barisan Nasional digemparkan dengan killer question daripada Tuan Guru. Ketika itu Tuan Guru adalah ahli parlimen bagi Pengkalan Chepa dan ketika itu juga Perdana Menteri ialah Tun Hussein Onn.
Apabila tiba gilirannya, Tuan Guru membangkitkan suatu soalan tentang pertubuhan Freemason di Malaysia. Di dalam soalannya itu Tuan Guru mempersoalkan “Mengapa kerajaan Malaysia tidak mahu mengharamkan pertubuhan itu yang semua orang telah jelas bahawa ia bercanggah dengan akidah Islam.”
Tuan Guru juga mendedahkan sehingga 1977, sebanyak 55 pertubuhan Freemason (lodges) berjaya didaftarkan secara sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 . Dan keanggotaanya telah pun mencapai 2,984 ahli. Tuan Guru juga menimbulkan rasa khuatirnya dengan mengatakan golongan yang terlibat bukanlah calang-calang orang, ahli-ahlinya terdiri dari individu-individu elit dalam pentadbiran kerajaan Malaysia.
Dan yang paling mengejutkan, apatah lagi Tuan Guru sendiri, Tun Hussein Onn ketika menjawab soalan itu mengatakan kerajaan tidak bercadang langsung untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) walaupun mengakui ianya bercanggah dengan akidah Islam.
Bimbang sekiranya Tuan Guru akan bertanyakan soalan yang sama kepadanya, Dr. Mahathir bingkas membuat suatu ucapan panjang lebar di perhimpunan Agong UMNO yang ke-33 pada 10 September 1982 selepas menjawat jawatan Perdana Menteri.
Kecaman berterusan PAS ketika itu terpaksa membuatkan Dr. Mahathir menafikan sekeras-kerasnya penglibatan beliau dan setiausaha politiknya dengan pertubuhan Freemason. Mahathir juga menafikan dakwaan pembangkang yang mengatakan ahli-ahli Freemason telah pun menjadi pekerja-pekerja sukarela UMNO dalam pilihanraya umum sejak 1974 lagi.
Ketidakupayaan PAS era 1980-an Menghalang Pendedahan
PAS tidak berupaya mendedahkan hal ehwal Freemason dalam pentadbiran kerajaan, ini mungkin disebabkan bilangan ahli parlimen yang sedikit dan tiadanya saluran media elektronik untuk mereka. Isu Freemason sepi begitu sahaja.
Hal ehwal keterlibatan Freemason dengan pentadbiran Malaysia hanya berjaya disalurkan melalui ceramah-ceramah di Kelantan dan Kedah. Itupun bukannya ramai yang mendengar, dan yang dengar pun mungkin tidak faham.
Mahathir Mudah Lupa
Dr. Mahathir selalu mengatakan Melayu Mudah Lupa, tetapi dia sendiri mudah terlupa. Apabila isu soalan Nik Aziz tentang Freemason sudah tidak kedengaran lagi di parlimen, maka Dr. Mahathir fikir isu Yahudi itu pembangkang sudah lupa.
Namun malapetaka menimpa kerajaan pimpinan Dr. Mahathir, apabila pihak pembangkang menyerang semula dengan pendedahan suatu maklumat berkenaan keterlibatan Dr. Mahathir dengan Yahudi Freemason.
(Gambar) Lord Saatchi, CEO Saatchi & Saatchi
Pada tahun 1986 pembangkang mendedahkan bahawa Dr. Mahathir telah membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi yang bernama Saatchi & Saatchi untuk membantu UMNO merangka strategi pilihanraya umum 1986.
Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihanraya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat. Pada ketika itu, penasihat Ronald Reagen adalah rakan karib Dr. Mahahtir iaitu Dr. Henry Kesingger.
Dalam tahun yang sama juga, Mahathir telah terbang ke US mengadakan pertemuan sulit dengan Dr. Henry Kissengger di New York. Pertemuan ini disahkan oleh Prisiden ISIS ketika itu iaitu Dato’ Dr. Nordin Sophie.
Kemudian setahun selepas itu pada 6 Mac 1987, Dr. Henry Kissingger telah terbang pula ke Malaysia dan mengadakan perbincangan tertutup di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan yang dikendalikan oleh ISIS ini dinamakan ‘Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur’.
Isu Freemason Kembali Sepi
Isu Freemason tidak lagi kedengaran kini dalam akhbar-akhbar barisan alternatif, namun saya percaya pasukan risikan pembangkan sedang mengumpul maklumat-maklumat yang penting. Ketika berjumpa Nik Amar Nik Aziz (anak Tuan Guru Nik Aziz) dua tahun lalu, saya berusaha mendapatkan maklumat berkaitan pertubuhan Freemason di Malaysia, namun gagal.
Mungkin Nik Amar fikir ia belum masa yang sesuai untuk mendedahkannya walaupun ianya pernah didedahkan pada 1978 dahulu. Seakan-akan mahu saya memahami situasinya itu, saya mengubah topik perbualan berkaitan sekolahnya itu.
Tapi saya yakin beliau akan memperkatakan juga tentang itu, kerana Nik Amar kini adalah wakil ucapan bapanya sekiranya bapanya itu tidak dapat menghadiri sebarang majlis ceramah.
Kesimpulannya
Freemason di Malaysia telah pun bertapak sejak zaman perlantikan Residen Inggeris di Tanah Melayu. Antara tokoh Freemason di Tanah Melayu ialah Sir Andrew Clark (Residen Perak), Sir Stamford Raffles, Sir Francis Light dan banyak lagi. Malah ibu pejabat Freemason bagi Asia Pasifik masih berdiri teguh sekarang di Singapura.
Wallahu’alam…
P/S : Dato’ Azman Hashim (CEO AmBank) dikenalpasti sebagai ahli pertubuhan Yahudi iaitu Trilateral Commission bersama Allahyarham Dato’ Nordin Sopie. Blogger Raja Petra Kamarudin pernah mendedahkan tentang bagaimana Dato’ Azman mempengaruhi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam sektor ekonomi Malaysia. Pendedahan ini menyebabkan Raja Petra di bawah perhatian Polis. Blog beliau iaitu malaysia-today.net telah pun disekat. Tindakan ini membenarkan segala dawkaannya. Harap-harap blog ini juga tidak disekat.
assalamualaikum - saya ada buku dan membaca tentang perjuangan ' kumpulan ' ini....nama2 dan cerita yg tuan sebut tadi ada dalam buku tu. secara peribadi saya semakin takut - dengan ancaman luar dan dalam yg secara sedar @ tidak sedang melinkari kita dan pemikiran kita....semuga Allah jauhkan kita dari kelompok ' orang2 ' begini....
ReplyDeleteTuan,
ReplyDeleteAda artikel yang saya baca mendedahkan KM Sarawak juga adalah salah seorang.
Saya adsa menonton di Discovery yang pergerakan ini juga amat Misteri tapi berpengaruh di AS. Ada ritual yang dilakukannya.
Ada juga yang mendakwa, DSAI juga salah seorang dalam pertubuhan ini.
Wallahualam.
Salam sdr2ku.
ReplyDeletesdr. jinggo,
Itulah yang merisaukan kita. Musuh ada di mana-mana, di kalangan orang kita sekali pun. Mohon dilindungi Allah.
Salam Tok Rimau,
ReplyDeleteKalau betul begitu, ini amat menakutkan!
Assalamualaikum Saudara semua,
ReplyDeleteJANGAN KITA TAKUT pada mereka semua. Allah swt telah pun mengambil banyak dari mereka baru baru ini. Banyak Bank Bank mereka lupus terus dan tenat sehingga kerajaan US terpaksa bail out.
Dengan sekelip mata banyak Syarikat Gergasi Yahudi seperti Lehman Brothers tinggal habuk sahaja. Allah swt Maha Berkuasa dan saya Yakin ALlah swt akan Melindungi Negara kita dan Menyelamatkannya dari Ancaman Yahudi Yahudi ini.
Entah mengapa saya lebih takut pada Harimau (Harimau yang tak pandai menaip) dari Freemason ini. Apa yang mereka boleh buat kalau kita semua bersatu hati? Adakah kita rakyat Malaysia akan membenarkan seseorang yang terbukit ada kaitan dengan Yahudi sebagai pemimpin kita? Tidak mungkin.
Yang merbahayakan adalah artikel artikel yang tidak sahih isinya. Tidak tepat tetapi menyebut nama nama pemimpin Melayu yang terlibat, kononnya sahih dengan mengaitaknya pula dengan pemimpin atau orang terkenal itu dan ini, kerana dikuatiri ada pihak yang akan mengambil kesempatan dan bertambah berpecah belahlah Orang Melayu.
Bila kesatuan kita rapuh, musuh akan terus ceroboh, ini yang patut kita bimbangi. Barang diingat Musuh musuh ada berbagai taktik untuk menyelitkan syak wasangka dan benci membenci antara kita semua. Dan Musuh ini kalau namanya musuh, Yahudi atau tak Yahudi SAMA sahaja bahayanya pada kita.
Berhati hatilah kita semua dengan artikel yang nampak 'innocent' dan pernuh berIlmiah, ianya mungkin satu gerakan untuk kita terus benci membenci tanpa usul periksa. Pasal Yahudi ini telah dijamin dilaknat Allah swt hingga akhirat.
Bagi saya, saya lebih bimbang jika orang Melayu terus bercakaran antara satu sama lain, tidak bersatu hati dan berkerjasama ke arah kemajuan Bangsa, Agama dan Negara.
Salam Puan melayuangkat.
ReplyDeleteItulah membuatkan saya risau. Pertama risau apakah benar sebagaimana yang ditulis? Kalau benar memanglah kita akan parah di kemudian hari nanti. Yang keduanya seandainya tidak benar, ini melibatkan nama dan maruah seseorang pemimpin yang dicemari dengan fitnah. Seorang yang beriman/Islam memfitnahkan saudaranya yang lain adalah satu perkara yang mesti dipandang berat oleh kita semua demi perpaduan sebagaimana kata puan.
Inilah salah satu sebab saya paparkan posting yang diceduk ini di blog saya untuk kita sama-sama bincang dan kumpulkan pendapat supaya perkara ini akan jelas dan nyata, setakat manakah benarnya.
klu jita lihat dari satu sudut kita rasa betul...
ReplyDeletekita dengar lagi cerita2 tentang pemimpin yang d tuduh dari pihaknya...
kita akan rasa yang menuduh itu salah...
Allah Knows the best
salam Uncle,
ReplyDeleteMemang lumrah hidup,bebas berkata dan menulis apa sahaja yang dapat memuaskan hati sendiri (kekurangan pengetahuan agama)tanpa sedar ianya telah memfitnah sesama sendiri.
Semoga Allah jauhkan kita dari golongan mereka ni semua...
Uncle, sebelum ni kan Lin ada terbaca pasal Freemason nih.. 4 bulan berturut-turut disiarkan kat dlm MASTIKA.. tp kdg2 Lin tak faham sgt, Apa pun kesimpulan yg boleh dibuat, Freemason nih sgt2 bahaya dan boleh membunuh dalam diam!
ReplyDeletesalam Lin,
ReplyDeleteYang uncle bimbangkan ialah tuduhan tentang keterlibatan pemimpin negara kita. Kalau memang mereka terlibat, memang membahayakan negara.
KAT MANA SAYA BULIH BACO TENTANG CITO FREEMASON NI?....YG DLM BM...ENGLISH KANG SALAH TAFSIR PULAK HIK HIK HIK...
ReplyDeletesalam mr. tepet,
ReplyDeleteItulah masalahnya, saya cuba cari tetapi semuanya mat saleh. Maklumat yang saya nak sangat ialah betul ke pemimpin kita terlibat.
kepada semua,
ReplyDeletefreemason merupakan pertubuhan yg ditubuhkan sekitar lewat abad ke 20. hitler merupakan salah seorg drpda ahli2. Mmg btul freemason terdiri drpd rmai golongan elit, saintis, ahli politik, perdana mentri,president malah di kalangan orang2 gereja.
Di sini sy ingin menceritakan tujuan utama freemason ini.
Saya adalah beragama kristian catholic. Agak lama juga sy mengkaji pertubuhan ini kerana golongan ini AMATLAH merbahaya dan Pope John Paul II pernah mengeluarkan ''fatwa'' freemason ada haram di sisi agama kita org.
tujuan UTAMA freemason adalah untuk menghapuskan gereja Catholic, terutmanya kuasa Vatican yang dipegang oleh Pope,pemimpin tertinggi. Mereka ini ada golongan yg sgt anti-christian. Mmg mereka ini terdiri drpd rmai org yahudi, kerana anda sedia maklum, yahudi tak pernah mengiktiraf agama kristian dari dulu lagi. Inilah perkara yg ditakutkan oleh Pope John sejak dari dulu lagi. Ada ramalan mengatakan bahwa kemusnahan gereja catholic berpunca dari org dalaman yg mengikuti freemason secara diam2 (talam dua muka).
Kedua, rmai ahli freemason adalah golongan ahli bisnes. Mereka merekrut ahli2 dr kalangan golongan utk supaya mereka dpt menguasai ekonomi dunia utk kepentingan sendiri dan membolot kekayaan dunia.
ketiga,golongan ini berhasrat utk mewujudkan satu pakatan utk memerintah dunia dgn cara Satan. Maksud melalui penjajahan, perang dan sewaktu dgnnya.
Ketiga2 sebab utama di atas ada melalui kajian saya melalui pembacaan dari buku.
saudara2 kena ingat, mereka bukan terdiri drpd org yahudi sahaja, tapi mungkin jiran2 anda.
sekian terima kasih.
opps...saya lupa tulis. Freemason mula aktif sekitar lewat abad ke 20. ia dh lama ditubuhkan. Klu x slap dlm abad ke 17 lagi tpi hnya mula aktif sekitar 100 thun ini.
ReplyDeleteSdr. Deepo,
ReplyDeleteTerima kasih kerana singgah di blog cabuk ini dan sudi pula menitipkan penerangan\info yang menarik untuk saya tahu.
Info anda banyak membantu saya yang cetek pengentahuan ini. terima kasih sekali lagi.
It is not necessary to try all successively
ReplyDeleteYes, really. All above told the truth.
ReplyDeleteI consider, that you are not right. I suggest it to discuss.
ReplyDeleteI bought the capture card a long time ago. I bought a new pc recently with windows 7, and i cannot locate the installation disk. Any ideas on where i could get the files i need online? And how to install them?
ReplyDeleteThanks.
[url=http://www.topvideoconverter.com/hd-video-converter/]hd video converter[/url]
hello, i was just wondering if there is anyway in which you can copywrite avi files and prevent them from being burnt to dvd? I have searched over the interent and cant seem to find any program which would enable me to do this, so if anyone would be able to help me i would be more then greatful.
ReplyDelete[url=http://www.topvideoconverter.com/zune-video-converter/]convert video to zune[/url]
There is nothing new under the sun.
ReplyDeleteI read this piece of writing completely regarding the resemblance of most up-to-date
ReplyDeleteand preceding technologies, it's amazing article.