Itu Mountdweller sedang berehat ketika mendaki tapi jangan ikut stailnya mendaki tanpa memakai baju!
Tujuannya adalah untuk menarik minat dan menjadikan kegiatan altanatif kepada golongan belia dan beliawanis. Kaedah dan Peraturan diperkenalkan untuk menjamin keselamatan kepada penggemar kegiatan yang agak berisiko dan mencabar ini.Saya suka menyenaraikan beberapa insiden yang berlaku sehingga melibatkan kehilangan nyawa kepada peserta yang mengikuti program yang dianjurkan beberapa NGO sebelum ini. Insiden ini adalah insiden yang saya tahu dan dipaparkan secara terpilih.
1. Sesat : Seperti di Gunung Tahan, Taman Negara dan Ledang, Melaka/N. Sembilan dan Gunung Tebu di Basut, Terengganu.
Peserta sesat dan hilang adalah perkara yang sering berlaku. Perkara ini berlaku adalah disebabkan 3 peraturan utama tidak dipatuhi di samping takdir.
Pertama ialah Taklimat Perjalanan dan Peraturan tidak diberikan sehingga perserta betul-betul faham oleh Pengiring atau pun Guide. Kedua, peserta ambil mudah tentang taklimat dan peraturan yang sampaikan oleh Pengiring atau Guide maka mereka tidak mematuhi peraturan. Ketiga ialah Pengiring atau Guide sendiri yang jahil tentang peraturan.
Contohnya
1. Ketika trekking peserta di belakang hendaklah berjalan di dalam jarak yang boleh nampak peserta di hadapanya. Dan begitulah seterusnya.
2. Semua peserta tidak dibenarkan memotong trekker (orang yang mahir dengan trek) yang sepatutnya berada di hadapan sekali.
3. Pengiring yang berada di belakang sekali (Sweeper) hendaklah pastikan dia tidak memotong mana-mana peserta atau tertinggal peserta di belakangnya.
4. Sekiranya hendak berehat, hendaklah berehat di dalam kumpulan dan sekiranya hendak buang air, mesti beritahu peserta lain sama ada yang di hadapannya atau yang di belakangnya. Peserta yang diberitahu tadi hendaklah menunggu sehingga sweeper yang berada di belakang sekali tiba.
5. Sekiranya terpecah juga dan hilang arah (sesat) hendaklah tunggu di tempat itu sehingga bantuan tiba. Jangan cuba mencari jalan sendiri.
5. Sekiranya membawa peserta yang ramai nisbah paling minima antara peserta dan pengiring ialah 10:1
2. Di panah Petir: Contohnya di Gunung Rajah, Pahang.
Juga melibatkan peratuaran berkhemah. Adalah dilarang sama sekali khemah di dirikan di puncak yang paling tinggi di kawasan itu. Tindakan ini akan menjadikan peserta dan khemah sebagai "point of contact" bagi kilat dan panahan petir. Peserta hendaklah berkhemah di tempat yang rendah sedikit dari point yang paling tinggi di sekitar kawasan itu. Misalnya 20 kaki dari paras tertinggi.
3. Keracunan Gas: Contohnya di Gunung Korbu, Ulu Kinta, Perak.
Melibatkan peraturan asas. Semua bahan bakar dan mancis tidak dibenarkan di bawa ke dalam khemah tertutup. Jenis Igloo, dome dan sebagainya yang kalis air dan angin. Tetapi kadang-kadang peraturan ini tidak diendahkan sehingga ada yang memasak dan membawa lampu gas ke dalam khemah. Sudahlah khemah nylon memang mudah terbakar tetapi juga gas yang keluar untuk hidupkan dapur dan lampu tidak seratus peratus akan terbakar. Lebihan gas ini bercampur pula dengan corbon dioxida akan menjadikan lebih berbisa untuk melemaskan. Peserta akan mati dengan aman semasa tidur!
Untuk panduan sila ke link di bawah :
http://mountdweller.blogspot.com/2008/03/asas-perkhemahan.html
http://mountdweller.blogspot.com/2008/03/trekking-dan-ekspedisi.html
http://mountdweller.blogspot.com/2008/03/trekking-dan-ekspedisi-sambungan.html
http://mountdweller.blogspot.com/2008/03/trekking-dan-ekspedisi-sambungan_19.html
http://mountdweller.blogspot.com/2008/03/perkhemahan-statik-berkumpulan.html
salam uncle..
ReplyDeleteapa kabar arini..
denyut dah makin beransur..cuma bengka yg masih merah..nak jadi kan..
bagus tips yg uncle bg tu..tambah2 utk yg baru nak berjinak2 dengan aktiviti sebegini...jangan berlagak dan meninggi diri...kita sekerdil2 makhluk...kuasa alam mengatasi kita..
Assalamualaikum Saudara Mountdweller,
ReplyDeleteMemang orang awam macam saya sering baca orang sesat ketika ada expedisi mendaki gunung. Selalu sangat.
Peraturan yang ada mesti mereka patuhi untuk keselamatan masing masing dan tidak menyusahkan pihak yang terpaksa mencari mereka jika mereka sesat.
Pasal kena panah petir jarang saya baca.
Panduan yang diberi Saudara diharap boleh membantu para Pendaki atau yang ingin menjadi pendaki gunung. WaAllahuAlam.
salaams uncle,
ReplyDeletependekata, trekker mestilah berDISIPLIN kan? harus ikut segala arahan dan jangan main2 di hutan. Tingat di gunung jerai, banyak monyet mengintai masa kami nyanyi lagu kebangsaan di check point! terkejut kot!
W'salam azza,
ReplyDeleteAlhamdulilah uncle sihat. Alhamdulillah juga azza dah ok.
Uncle bagi tips kerana sekarang musim hujan dan agak berisiko sama ada di sungai atau di gunung. Tapi semasa cuti begini ramai yang akan beraktiviti terutama penuntut dan golongan belia.
Tentang abang azza tu janganlah risau be positive dan yakinlah dengan pengalaman dan kebijaksanaan dia.
Wa alaikumusslam Puan melayuangkat,
ReplyDeleteSaya terfikir nak tulis ini sebagai peringat bila di sini (Kelantan) hujan dan akan banjir. Keadaan ini amat berisiko sebagaimana saya alami di n3 sebelum ini.
Di musim cuti ini ramai yang berekreasi dan mendaki selain dari melancong. Terutama golongan muda yang kurang pengalaman.
W'salam anakanda erisya,
ReplyDeleteMemang kena cukup berdisiplin ketika beraktiviti. Itu sebabnya semasa trekking atau mendaki uncle berlagak garang. Berlagak jer...
Monyet tu bagi salam sebenarnya!
Uncle pernah terhutang budi pada burung yang menghalang uncle dari meneruskan perjalanan. Rupanya ada bahaya di depan.
insyallah - ilmu yg amat berguna untuk kerjaya saya.saya akan datangkan salinan untuk panduan...sebab masallah sesat ni memang satu KERUMITAN pada saya...sesat pada saya bersebab pada banyak kemungkinan.
ReplyDeleteBayangkan dalam satu kumpulan : 80 budak.79 memang sentiasa dengan arahan. Bagaimana kalau sorang tu ada : asma.sakit.lembab......gemuk ( maaf ) susah nak jalan....lagi satu sesat sebab suka ' posing ' dlm hutan. Yang didepan dah jauh ke depan....
Rasanya tak adil kalau tak beri peluang....kalau bagi peluang.semuanya akan jadi lambat...akhirnya : bila dah tak nampak orang depan...SESAT.
saya setuju dgn erisya.dsiplin dan ilmu.saya akan gunakan 100 % ilmu disini.
Sdr. jinggo,
ReplyDeleteMemang sdr., Pokok pangkalnya disiplin.
Untuk mengelak dari yang lemah melambatkan orang lain ialah kenal pasti dulu keadaan fizikal peserta.
Gunakan tenaga pengiring lebih sikit. Yang saya katakan nisbah 10:1 itu adalah dalam keadaan normal. Ada juga saya gunakan bagi yang bermasalah 3:1 tapi pastikan semua pengiring adalah dari kalangan yang mahir.
Pak Din,
ReplyDeleteMakaseh tips-tips yang amat berguna ini. Saya akan gunakan sebagai panduan jika membawa pelajar berkhemah di hutan nanti.
Benarlah kata orang, pengalaman mengajar kita menyelesaikan masalah.
Moga tuan sentiasa dalam rahmat Allah hendaknya.
Sdr. Brahim,
ReplyDeleteSama-sama kasih. Saya hanya bagi apa yang saya tahu. Mungkin banyak lagi yang saya tidak tahu.
Hanya Allah yang maha bijaksanan
bagus info ni, dan memang benar apa yang dikatakan.... yg penting, jaga tingkahlaku dan jangan tunjuk bagus di tempat 'orang', kan?
ReplyDeleteA'kum Mak Su,
ReplyDeleteMemang betul, yang tunjuk bagak tu yang selalunya bermasalah.
Assalamualaikum Tuan yang budiman.Sungguh banyak pengalaman tuan.Seronok saya membacanya.Tuan,sekadar cadangan dari saya,lebih elok kalau tuan dapat membukukan pengalaman tuan yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit itu.Bila pengalaman tuan itu dibukukan nanti,maka ramailah yang dapat membacanya terutama bagi mereka yang tidak mempunyai akses kepada internet.Sekadar pandangan dari saya...witeblog.blogspot.com
ReplyDeleteni pakcik. first time kat sini. ni nak tanya ni. kalau masuk keluar hutan bacaan apa yang paling mujarab untuk pendiding diri?
ReplyDeleteWa alaikumussalam sdr.witeblog,
ReplyDeleteTerima kasih di atas kunjungan sdr. ke blog yang tidak sempurna ini, maklumlah orang lama (bukan tua.. he..he..)
Terima kasih juga di atas cadangan sdr. untuk dibukukan. Memang ramai rakan-rakan yang minta saya bukukan termasuk Tim. Ketua Pengarah Jabatan saya namun buat masa ini masa masih membataskan saya. Maklumlah sekarang kerja balik lambat dan terpaksa pula jemput isteri di tempat yang agak sesak di bandar sedangkan pejabat saya di pinggir bandar dari arah yang bertentangan.
Walau bagaimana pun insya Allah saya akan usahakan bila masa mengizinkan. Terima kasih sekali lagi.
A'kum anakku Rajuna,
ReplyDeleteAnda tahu tak "Ayat Seribu Dinar?" dan "Bismillah 6" Bismillah 6 ada pada n3 yang lepas anda boleh copy.
Ayat seribu dinar anda bolehlah cari dengan mana-mana orang tua yang tahu. Anda mesti amalkan sentiasa dan jangan tertinggal. Kalau tidak dapat cari terpaksalah tunggu saya scan dan upload ke blog ini.
Salam tuan,
ReplyDeleteSeumur hidup saya pernah masuk hutan sekali jer..itupon sebab ade kursus motivasi kat batu layar kota tinggi.Nampak benar ilmu masuk hutan saya ni zero..uhuk2.Aper2pun tips yang berguna nie.mane tau ada peluang masuk hutan pasnie..leh tambah2 ilmu baca post tuan nie
Sdr. mogen,
ReplyDeleten3 tu, sebenar untuk mengingatkan kepada yang mendaki dan trekking tentang risiko yang mungkin di tempuhi. sama-sama ingat mengingati
Salam Saudaraku Fakhruddin,
ReplyDeleteBaru saya tahu tidak, untuk keselamatan tidak bolih berkhemah di puncak gunung. Ilmu baru yang saya dapat.
Lama dulu pernah juga berkhemah di gunung Lambak, Kluang, Johor. Itulah kali pertama dan kali terakhir bermalam di gunung.
Saya pernah mendengar satu cerita misteri dari seorang sahabat tentang 'Bukit Besi' di Terengganu. Apakah memang ada tempat yang dinamakan 'Bukit Besi'? Katanya di sekitar daerah Sungai Tong, Terengganu.
Saudara, saya masih mencari sesuatu. Seperti cuba meyakinkan diri bahawa Bumi ini 'bulat', sedangkan saya menumpang diantara 'Empat Penjuru Alam'.
Bayu meniup semakin untuk ketemu saudara, insyaALLAH. Banyak yang ingin saya selongkar.
Salam persaudaraan dan salam perjuangan wahai saudaraku.
Waalaikumussalam sdrku Mohd. Sofi.
ReplyDeleteBenar, Bukit Besi ada di Terengganu. Dulunya terkenal dengan bijih besi cuma bukan di Sungai Tong tapi kawasan Dungun. Di tengah perjalanan ke Kuantan dari Kota Bharu melalui Kuala Berang. Jalan pendalaman.
Ya, saya pun kalau ada peluang juga ingin bertemu dengan saudara.
Kalau sdr terlajak ke Kota Bharu, jangan lupa beritahu. Kalau setakat dua orang ada bilik kosong, tak payah sewa hotel.
Hi everyone, it is my first question to the forum.
ReplyDeleteI currently own a mov file, that is a virtual tour.
the thing i want to do is input it into flash, intending to attach a loading example on frame 1, then go to framework 2 where the transfered swf virtual item will load. In the end to be popularized online.
Matters:
1) What software converts a mov virtual tour to a .swf virtual tour? Is [url=http://www.topvideoconverter.com/mov-to-flv-converter/]mov to flv converter[/url] able to do the job?
2) How can i make the mov load in html, following a loading script in flash?
Help greatly appreciated!