Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 29, 2009

Mimpi Buruk

Mimpi ular, ramai yang mengaitkan dengan perkara-perkara yang baik tetapi tidak bagi saya. Rasanya tidak semuanya mimpi berkaitan ular adalah baik.

Malam tadi saya bermimpi dililit ular hitam sebesar batang penyapu. Mengikut pengetahuan saya ular itu adalah jenis ular Senduk yang terkenal dengan bisanya. Ular kerkenaan melilit badan dan leher saya tetapi tidaklah mencerut. Walau pun tidak sakit atau sesak nafas namun saya amat takutkan patukannya yang terkenal berbisa dan membinasakan.

Di dalam keadaan itu saya minta tolong dengan semua orang yang ada di sekeliling saya, namun tidak ada seorang pun yang berani membantu. Dalam pada saya berfikir dan berikhtiar untuk melepaskan diri, saya terpandang kepala ular tersebut berhampiran dengan muka saya dan dengan pantas saya memegang lehernya dan perlahan-lahan saya lunsurkan tangan saya dengan tidak membuka pegangan sehingga saya dapat memegang kepalanya. Dengan sekuat tenaga saya memicit kepala ular itu dan tekan ke kerusi sehingga bisanya membasahi kerusi dan kepalanya penyet saya kerjakan.

Bila saya pasti ular itu sudah mati, saya membuka lililtannya di anggota saya. Sedang saya membuka lilitan dan menarik bangkai ular itu dari badan, saya terperanjat. Rupanya ular itu bersarang di dalam badan saya dan jelas kelihatan badan ular itu amat panjang perlahan-lahan keluar dari satu lubang di bahagian rusuk di sebelah kiri saya. Walau pun ular itu tidak besar tetapi ianya panjang tidak sepadan dengan saiznya. Setelah semua badan ular itu saya tarik dari rusuk saya, terus saya campak dan buang.

Apabila saya bangun solat subuh tadi saya terfikir, mungkin kerana kerenah manusia yang dengki atau mungkin juga keburukan dari dalam diri saya sendiri. Tapi saya yakin yang saya telah berjaya melumpuhkan dan berjaya memusnahkannya. Tidak kiralah angkara kerenah orang atau keburukan diri saya sendiri.

Walau apa pun saya dengan besar harapan jika Pak Karamu atau sesiapa saja yang arif di dalam bab begini melintas di blog ini, silalah tinggalkan sedikit jejak untuk direnung bersama.

30 comments:

  1. Assalamualaikum Saudara,

    Saya tidak arif dalam hal ini tapi mengikut apa yang diberitahu Ular Hitam adalah Syaitan/Jin (adik beradiklah tu) dan dalam hal ini rasanya ada benda yang mungkin 'dihantar' atau 'diletakkan' orang untuk menganiya/menguji Ilmu dalaman Saudara atau yang 'liar liar' WaAllahuAlam, tetapi Alhamdulillah, dengan Petunjuk dan Pertolongan Allah swt Saudara sendiri dapat membunuhnya sebelum Ia membunuh Saudara.

    Biasanya mimpi waktu sebegitu boleh dikatogerikan antara yang boleh dipercayai. WaAllahuAlam.

    Saudara,

    Kita tumpang sedih atas kematian 2 pakar doktor dari Hospital Ampang Puteri yang telah meninggal dunia ketika dipercayai tergelincir semasa jungle trekking. Inilah menurut beritanya.

    Saya teringat segala cerita dan Pengalaman Saudara dalam meredah/mendaki hutan bila terbaca sahaja cerita Arwah arwah ini tadi.

    Hutan di sebelah sini tidaklah seperti hutan di sana yang biasa Saudara daki, tapi mungkin telah tiba ajal 2 doktor berkenaan tambahan pula hujan lebat mungkin menyebabkan track semua licin.

    Hanya Allah yang Maha mengetahui. Kita kehilangan dua doktor pakar kanak-kanak. Semuga Allah swt cucuri Roh mereka. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  2. Wa alaikumussalam Puan melayuangkat.

    Masya Allah, apa silapnya sehingga aktiviti yang menarik bertukar tragedi? Innalillahi wainna ilaihi rrajiunn sekiranya mereka Islam. Kematian yang merugikan kerana mereka adalah pakar di dalam bidangnya. Tapi Allah lebih mengetahui. Hidup dan Ajal adalah di tanganNya.

    Ialah puan, saya pun terfikir, sekiranya ada yang ingin menguji, ujilah untuk kebaikan. Tapi kalau orang dengki, kita tidak boleh buat apa. Itu adalah sifat manusia yang sememangnya akan berada pada sesiapa pun yang tidak kenal Allah.

    Sebenarnya banyak kemungkinan puan. Terutama keadaan di tempat kerja yang menjadi buah mulut yang saya kebal dan menjadi anak emas KP dan 2 orang TKP. Tapi mereka (kawan di pejabat) tidak faham, saya pupuk hubungan secara pro. Di pejabat mereka adalah boss dan di luar, mereka adalah kawan yang agak rapat. Saya memupuk persaudaraan dengan sesiapa saja yang sudi.

    ReplyDelete
  3. Salam lagi Saudara,

    Inilah yang kita amat sedihkan. Orang-orang kita CEMBURU tidak bertempat.

    Betul.

    Mereka berpenyakit dalaman yang serious. Tidak suka tengok bangsa sendiri maju dan ada apa pun kelebihan.
    Saya tahu Saudara pun tidak getir apa-apa, bukan sebab ilmu banyak tapi sebab tak buat dosa apa-apa pun dengan mereka.

    Tapi, ELOK juga berhati-hati terutama dengan bab makan memakan. Faham-fahamlah maksud saya. Mimpi saudara itu petunjuk dari Allah swt supaya berhati-hati. Ular Hitam petanda jin/syaitan yang amat jahat.

    Biasalah orang yang dengki akan cuba satu persatu pada kita sehingga tercapai matlamat mereka. Kita serahkan sahaja pada Allah swt SAMBIL berIkhtiar dan BerJaga2. InsyaAllah, Allah swt akan linduingi saudara sekeluarga.

    Tentang doktor Pakar tu, seorang wanita Melayu dan seorang lagi lelaki Cina Islam. Mereka rakan sekerja. Hobi mereka agaknya nak lepas penat kerja pergi jungle trekking. Memang di KL/Selangor sekarang bila petang hujan lebat, jadi semua tempat pun basah dan licin.

    Bukan senang ya Saudara nak daki bukit apatah lagi Gunung, dan dalam keadaan becah atau lembab. Jungle trekking nampak sahaja senang tapi kena ada kemahiran dan pengalaman. WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  4. Wa alaikumussalam Puan melayuangkat.

    Terima kasih banyak di atas info dari puan itu. Tapi kalau nak di ikutkan peraturan, adalah salah atau tidak boleh mendaki di kala hujan lebat atau ribut kerana terlalu banyak bahayanya.

    Saya sendiri pun sekiranya berlaku keadaan begini, saya akan arahkan semua ahli kumpulan berhenti di tempat yang dikategorikan selamat semasa di hutan atau gunung.

    Saya dah lupa ada ke tidak saya buatkan n3 bagi keselamtan di hutan ketika Hujan atau Ribut. Saya akan tengok, kalau belum lagi insya Allah saya akan buatkan satu n3 khusus untuk itu.

    ReplyDelete
  5. Salam. Wallahualam Bissawab tetapi adalah berkemungkinan tuan akan dianiayai oleh seorang perempuan ataupun dengan isu perempuan. Kebiasaannya, mimpi sebegini memangnya berkaitan alam jin juga. Walau apapun, berhati-hati dan sentiasa ingat Allah Insya Allah selamat.

    ReplyDelete
  6. W'salam drsam.

    Terima kasih di atas peringatan. Rasanya saya ni dah tua. Dalam usia ini tidak akan berbaloi kepada mana-mana perempuan pun. Kalau masih muda tu ada logiknya juga.

    Walau apa pun saya akan mengambil langkah berjaga-jaga sebagaimana nasihat saudara.

    ReplyDelete
  7. Salam Ayahanda,

    Bab mimpi tu minta maaflah tak dapek den nak tolong, sebab tak habis belajar, guru tafsir mimpi dah padam. Innalillah... sikit2 tu boleh la...

    Kalau mimpi ular, maknanya ada yang berkenan tu, bukan satu malah 3 orang sebabnya ular tu panjang, yang dimaksudkan dengan bisa tu ialah ketiga-tiga orang tu adalah anak dara sunti, kuota ada lagikan???

    Ha..ha..ha.., gurau jer... makbonda jangan ambik hati pulak, kena jaga ayahanda betul2.

    Apapun, just berhati2... dan saya doakan semoga semuanya dalam keadaan selamat dan dalam peliharaan dan perlindungan ALLAH SWT sentiasa buat Ayahanda dan keluarga.

    ReplyDelete
  8. bro nak tawen lagi kot.. :p

    ReplyDelete
  9. eeiii, ngeri bebeno mimpi mountdweller tu, nauzubillah.

    ReplyDelete
  10. paklah mimpi ular kut tu yang jumpe bawah meja tu..huhu men2 je... tak reti nak tafsir..
    salam semua...
    terdapat pilihan raya Umum MALAYSIA dan bijaknya YAB Nizar, antara rahmat dan hikmah penduduk bukit gantang
    link nye:

    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/pilihan-raya-malaysia-bijaknya-yab-ds.html

    ReplyDelete
  11. W'salam anakanda Isa.

    Ayahanda tidak fikir begitu dalam usia yang sebegini. Sudah hampir 54 tahun. Tapi ayahanda fikir ialah perkara di sebaliknya.

    Maklumlah manusia, rambut sama hitam tapi hati tiada siapa yang tahu kecuali Allahu Taala.

    Insya Allah ayahanda akan sentiasa berhati-hati.

    ReplyDelete
  12. Anakanda hanis.

    Insya Allah, memang sekarang di dalam keadaan waspada. Terima kasih di atas peringatan.

    ReplyDelete
  13. AdukaTaruna.

    Saya fikir untuk itu saya telah melaukaui masa. Dah tua bro. Sudah bukan masanya. Lagi pun sudah cukup gembira dan selesa dengan keadaan sekarang

    ReplyDelete
  14. Mak Su.

    Mimpi itu bagi saya tidaklah menggerunkan sangat cuma yang saya fikir sekarang perkara di sebalik mimpi itu.

    Kalau itu adalah bayangan keburukan dari jiwa saya, tak apa saya boleh ubah dan taubat. Tetapi sekiranya itu adalah bayangan ankara manusia lain, saya terpaksa berwaspada dan mohon perlindungan Allah.

    ReplyDelete
  15. W'salam Baginda Reformasi.

    Terima kasih di atas kunjungan ke sini dan insya Allah saya akan melawat link yang diberikan.

    ReplyDelete
  16. Sy pernah mimpi didtangi ular cantik dan comel...lepas tu sy dipinang suami sy skrg. (kebetulan je tu...)

    Agak2 saya, bro nk dipinang org kot....he he he he. Jangan marah K Nab.!

    Nak komen bab lain tak pandai...ngusik2 je boleh la. Jgn mare ye.

    ReplyDelete
  17. salam uncle,

    sy penah terbaca (tp tidak lah mempercayai 100%)..mimpi ular ni bmaksud kita kena berjaga2 ada sesuatu yg akan mjadi ancaman pd kita.

    yg bkaitan jodoh tu apabila ular itu mematuk saja.

    tp kalo mimpi ular mengejar seseorg, ini bmakna ada di kalangan ahli keluarga sdg dilamun cinta.

    wallahu'alam.

    ReplyDelete
  18. Salam,

    Peristiwa maki hamun kat masjid simpang Taiping

    Nizar di undang jadi iamam solat maghrib oleh imam masjid simpang, maka Nizarpun setuju, di saf hadapan di hadiri oleh timbalan Presiden UMNO, zambry dan orang-orang UMNO yang lain, ok la tu, lepas solat imam masjid suruh Nizar buat tazkirah bertajuk " wa'atasimu bihablillah, ok la tu, lepas tu ada bacaan yasin beramai-ramai anjuran UMNO maka Nizar turut serta, ok la tu, nampak ada perpaduan di situ, al hamdulillah ! sejuk hati tengok, habis majlis Nizar pergi salam Zambry, cantik la tu, tetiba Zambry di herdek dengan suara lantang di dalam masjid tu yang penuh dengan orang ramai, patutkah begitu

    ReplyDelete
  19. Saudari ASYIQ.

    Memang ramai yang berpengalaman begitu. Tetapi itu dikejar atau dipatuk tetapi ini saya dibelit dan yang tidak sedap hatinya ialah ular itu seolah-olah bersarang di dalam badan saya.

    Itulah sebabnya saya beranggapan lain. Saya lebih cenderung untuk mempercayai ianya adalah keburukan dari dalam diri saya atau angkara manusia lain yang mungkin tidak puas hati dengan saya.

    Walau pun kita rasa tidak melakukan kesilapan dengan orang tetapi itu hanyalah persepsi dan anggapan kita tetapi tanggapan orang lain bagaimana? Hakikat kita sebagai insan yang dijadikan dengan tidak sempurna tentu ada kebaikan dan keburukan yang dilakukan tanpa kita sedari.

    ReplyDelete
  20. W'salam kakLuna.

    Uncle lebih percayakan pendapat di perenggan pertama kakluna.

    Ya, insya Allah uncle sedang ambil perhatian di atas tindak tanduk uncle dan memang langkah waspada diambil.

    ReplyDelete
  21. W'salam PakKaramu.

    Terima kasih di atas info. Saya telah jelajah blog-blog yang pro PR dan juga UMNO yang menceritakan peristiwa tersebut.

    Saya berkesimpulan tidak ada unsur politik bagi pihak YB Nizar tenatng apa yang dilakukan di situ. Tidak ada ceramah dan tidak ada meminta para jama'ah mengundi sesiapa walau pun hakikatnya memang tidak boleh lari dari politik kerana ini adalah masa berkempen. Kehadiran semua YB-YB ke situ memang ada terselit agenda politik, bukan hanya YB Nizar sahaja.

    Cuma cara YB Zambry memarahi YB Nizar itu amat dikesalkan. Menampakkan emosi dan tidak matang berpolitik. Hakikatnya dengan perlakuan itu bukan YB Nizar yang dimalukan tetapi YB Zambrylah yang memalukan diri sendiri. Dia sendiri menjatuhkan martabat kematangan dan kewarasannya di khalayak jamaah di situ.

    Cerita dari mulut ke mulut mesti tersebar di serata ceruk bermula dari rumah, kedai kopi dan mana-mana tempat berkumpul. Akibat dari peristiwa ini pihak UMNO dalam kerugian. Di era ini semua rakyat sudah celik fikiran dan sudah matang dengan politik.

    Tan Seri Muhyiddin sepatutnya membersihkan diri kerana beliau juga berada di situ semasa kejadian. Saya yakin Muhyiddin tahu slah dan silapnya kerana beliau juga cukup dengan ilmu agama, anak seorang yang juga bergelar Tok Guru.

    Walau apa pun saya yakin kedua-dua YB Nizar dan YB Zambry hadir di situ adalah di atas kapasiti politik walau pun kedua-dua tidak mengkisahkan politik di masjid itu. Wallahu Aklam.

    ReplyDelete
  22. Salam uncle..

    takut nya bila baca part yg ular tu bsarang dlm bdn uncle... ngeri..
    kakyong doakan semuanya baik2 belaka utk uncle & keluarga..

    part dengki mndengki rakan sekerja ni.. adat lah, kdg2 ade yang tak pandai nak bezakan hbgn profesional kerja & hbgn sbg kawan di luar waktu kerja..

    ReplyDelete
  23. W'salam kakyong.

    Sebenar tidak ada apa-apa keistimewaan bagi uncle di pejabat malah banyak peluang yang ada tapi merugikan uncle kerana hubungan uncle dengan ketua jabatan. Kalau uncle mendapat apa-apa faedah dari hubungan itu akan menjejaskan reputasi kami (uncle dan Ketua Jabatan).

    Uncle cukup faham dengan situasi itu maka uncle tidak pernah complain atau merungut. Itulah pengorbanannya! Malangnya orang lain tidak faham.

    Uncle pernah sarankan kepada KP supaya kenaikan pangkat diberikan kepada orang muda yang berprestasi tinggi kerana mereka mempunyai masa yang lebih panjang untuk menyumbang rather then yang telah tua hampir pencen.

    ReplyDelete
  24. Ralatlah lambat respons entry ni. Saya pun penah mimpi ular. sehari kemudian, duit penandaan SPM masuk dalam akaun. Mungkin kebetulan, tapi ada yang kata, mimpi ular ni bermaksud baik. Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  25. Tuan

    mimpi tuan memang mengerikan, wbp anggaplah itu sebagai satu gangguan syaitan. Kepada Allah kita serahkan agar dijauhkan dari segala kejahatan manusia dan jin. Mungkin juga sebagai satu isyarat bahawa di sekelililing kita ramai putar belit yang sentiasa ingin membelit.Mujurlah tindakan pantas tuan telah dapat mengenyak sibelit tersebut sehingga mati.Oleh itu marilah kita sama-sama berwaspada kepada siputar belit.

    ReplyDelete
  26. Brahimnyior.

    Mimpi begitu membuatkan saya berfikir panjang. Renung kesilapan lalu.

    Apa-apa pun kalau yang baik saya terima dengan kesyukuran dan yang buruk doakan minta jauh. Perlindungan Allah adalah sebaik-baik perlindungan.

    ReplyDelete
  27. saudara fital.

    Saranan saudara akan saya ambil perhatian. Insya Allah saya akan berwaspada dan mohon perlindungan dari Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Pengasih.

    ReplyDelete
  28. salam uncle,
    Sebut je mimpi ular ni.. ngeri juga terasa. Apatah lagi jika bersarang dalam badan tu.. eee minta dihindar Allah..

    Tentang tafsiran mimpi.. adehh tak taulah uncle. Apapun saya doakan uncle sentiasa dalam lindunganNya..

    ReplyDelete
  29. W'salam Rashid.

    Terima kasih Rashid dan semua rakan-rakan yang memberikan ingatan kepada uncle.

    Sebelum ini memang uncle mengambil mudah di dalam sebarang hal. Tetapi nampaknya mulai sekarang uncle terpaksalah lebih serius dan berhati-hati tentang pergaulan dan makan minum.

    Macam yang dipesankan Wak kepada Rashid. Kata-kata Wak memang ada benarnya. Sebenarnya uncle telah banyak kali memberikan madu dibalas dengan tuba.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa