Thursday, February 26, 2009

Ayat Alkursi Wakaf 9

Cara membaca wakaf 9, hendaklah berhenti pada setiap ayat (barisan) dan menyambung bacaannya dengan nafas yang lain.

Di atas permintaan Kak Yong dan Anakanda nurdaniella saya buatkan n3 ini.

Ertinya :

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

Ada juga orang menjadikan benteng perlidungan diri dengan kaedah seperti di bawah:

Bagi menjaga keselamatan diri kita, anak isteri, rumah dan harta benda, perniagaan serta urusan dan projek projek yang kita jalankan.
Setiap hari berlaku rompakan, penipuan, perkosaan, pukau, kemalangan, pembunuhan, penzaliman, penindasan serta berbagai musibah keatas umat Islam serata dunia. Tiada daya dan kekuatan yang dapat memberikan perlindungan kecuali dari Allah SWT. Amalkan kaedah ini setiap hari.

i. Baca Istiqfar - 3 kali.
ii. Baca Selawat - 3 kali.
iii. Baca Fatihah - 1 kali.
iv. PASANG NIAT untuk memagar (sebagai contoh):
- Sahaja aku membaca Ayat-Kursi untuk memagar diri, keluarga, rumah dan urusan kerana AlLah -
1. Baca Ayat Al-Kursi 1 kali.
2. BACA DOA INI: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI HADAPAN - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.
3. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-2.
4. BACA DOA INI: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI BELAKANG - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.
5. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-3.
6. BACA DOA INI: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI KANAN - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.
7. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-4.
8. BACA DOA INI: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI KIRI - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.
9. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-5.
10. BACA DOA INI: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI ATAS - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.
11. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-6.
12. BACA DOA INI: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI BAWAH - diri, keluarga, rumah dan segala urusan - hambaMu yang banyak dosa serta daif ini - Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.
13. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-7.
14. BACA DOA INI: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah segenap sendi dan liang bulu roma hambaMu yang banyak dosa ini, Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat ditembusi nafsu amarah yang didalangi oleh syaitan dan iblis.
15. Baca Selawat keatas RasulAlLah SAW.

Selebihnya saya rasa boleh tanya Pak Karamu. Insya Allah beliau boleh bantu.

36 comments:

melayuangkat said...

Terima Kasih Saudara,

BarakaAllah fi ka,

Salam.

Mak Su said...

terima kasih, sgt bermanfaat

mountdweller said...

Puan melayuangkat dan Mak Su.

Sama-sama, saya hanya kungsi dari apa yang saya tahu.

kakyong said...

salam uncle..
Alhamdulillah. minta izin nak copy ke blog saya utk rujukan nanti. Terima kasih byk2.

mountdweller said...

W'salam Kak Yong,

Kak Yong buatlah apa yang patut cuma kurang cantik sebab uncle tidak sempat nak edit dengan cantik tadi. Maklumlah buat n3 pejabat. Kalau boleh editlah ayat kursi tu biar nampak cantik sikit.

Garden said...

Alhamdulillah. Amalan yang cukup bagus sekali.

Isa said...

Salam Ayahanda,

Sekadar berkongsi, amalkan selepas maghrib dan subuh 3 kali sambil makrifatkan kepada diri,ahli keluarga dan rumah kita, sebagai pendinding. Insyallah dalam 24jam tetap didalam peliharaan ALLAH.

Terima kasih atas perkongsian ilmu dalam dunia blogger.

mountdweller said...

sdr. Garden.

Saya berpegang kepada "sampaikanlah walau pun sepatah ayat yang kita tahu"

Semoga sama-sama memperolehi keberkatan.

mountdweller said...

W'salam anakanda Isa.

Ya lakukanlah sememangnya satu amalan yang baik dan pergantungan kepada kudrat dan iradatNya.

Ayahanda hanya mampu sampaikan apa yang ayahanda tahu, memang amat sedikit.

erisya nor said...

terima kasih uncle...cantik sungguh doa2 tuh....sekarang ni alhamdulillah rumah erisya dah clear dah...erisya dan anak pun tak nampak apa dah :)

UXOP said...

Salam Pak Din ..
Syukur kepada Allah S.W.T kerana telah menurunkan mukjizat besar Al Quran sebagai petunjuk dan pejaga keselamatan,kesihatan serta panduan hidup kepada makhluk yang beramal dgn nya..Tidak kah sesetengah daripada kita buta hati dalam mengetahui kemukjizatan isi Al-Quran Kalammullah..Sungguh sedih bila terjadi begitu (tertutup hati dlm mengenal AlQuran & Allah)...

manns'gor said...

Salam Tuan

Terimakasih ilmu yang diberi..semoga tuan diberkati

wassalam

mountdweller said...

erisya,

Sama-sama.

Uncle hanya kungsikan apa yang uncle tahu. Alhamdulillah kalau dah diizinkan Allah.

mountdweller said...

W'salam UXOP,

Terokailah Alqur'an. Dan nikmatilah rahmat dari alqur'an dengan izin Allah.

Ya, UXOP kita telah abaikan benda yang paling berharga yang Allah perturunkan kepada hambanya yang beriman dengan alqur'an.

mountdweller said...

W'salam manns'gor.

Sama-sama.

Ambillah manafaat dari keberkatan Alqur'an. Semoga kita selamat dunia akhirat.

Aku oku! said...

apabila disakan oleh doktor saya mengandung kakak n adik ayat inilah yg babah baca diperutolrh suami hampir setiap hari hinggalah waktu bersalin.

alhamdulillah allah mengurniakan ahli2 syurga.

nurdaniella said...

salam ayahanda, terima kasih banyak2 atas kesudian ayahanda berkongsi ilmu ni.. insya Allah akan saya amalkan.. kesian kat mak, sering tak dapat tidur malam..

sakurasa 2 said...

Salam Tuan Mountdweller,

Terima kasih kerana berkongsi ilmu moga tuan sentiasa diberkati Allah.

mountdweller said...

Salam anak-anakku Aku oku!.

Semoga kalian mendapat berakah dan babah mendapat redhaanNya. Selamat dunia dan akhirat.

Terima kasih di atas perkhabaran salam anakanda berdua semalam.

mountdweller said...

W'salam nurdaniella.

Sama-sama. Ayahanda hanya kungsi dari sekelumit dari seluas-luasnya ilmu Allah.

Dalam hal tidak boleh tidur kerana psikologi, ada doa khusus untuk tidur. Didoakan sebelum tidur.

mountdweller said...

W'salam sakura,

Sama-sama. Saya doakan semoga sakura mendapat keberkatannya.

ACTUALIZATION OF FITRAH said...

amalan yang bagus....dan syar'i
saya ambil ya om

Kerajaan Rakyat said...

Salam saudaraku Fakharuddin,

Alhamdulillah. Semoga rahmat ALLAH swt buat saudara serta keluarga dan kesemua pembaca blog MOUNTDWELLER.

Sejak mengetahui blog ini dan mengenali 'Tuannya', insyaALLAH belum ada titipan saudara yang saya langkaui.

'MOUNTDWELLER' salah satu laman maya yang banyak membantu saya mengulangkaji dan mengkaji.

Salam Persaudaraan. Saudara Perjuangan.

amigo69 said...

Salam Ayahanda, trmkasih atas pertolongan, semoga tuan ayahanda sekeluarga diberkati Allah atas segala kebaikan.

Mohon sekiranya boleh dipanjangkan, kalau2 ada lain2 kegunaan atau kelebihan mengamalkam Alkursi wakaf9 ni..

Rgds.

mountdweller said...

Salam buat ACTUALIZATION OF FITRAH.

Saya inzinkan kerana Allahu Ta'ala. Terima kasih di atas kesudian anda bersama memanaatkan kata-kata Allah.

Blog saudara juga tidak kurangnya sarat dengan pengajaran dan rahsia Allah.

Semoga saudara diberkati.

mountdweller said...

W'salam sdr.ku Kerajaan Rakyat/Mohd. Sofi.

Saya meneruskan pesanan Ayahanda arwah guru. Katanya perjuangan tidak akan terhenti dengan kematiannya. Maka saya teruskan dengan cara yang mengikut peredaran zaman.

Saudara Mohd. Sofi.

Sebanar banyak perkara yang perlu kita bincangkan sekira diizinkan Allah kita bertemu. Saya memang tunggu saat itu.

Sebenarnya saya sudah putus hubungan dengan teman-teman seperguruan di sini kerana kebanyakan dari mereka adalah Pejuang Kemerdekaan Patani/Selatan Thai.

Alhamdulillah saya diketemukan dengan saudara di alam maya olehNya.

mountdweller said...

W'salam anakanda amigo69.

Ayahanda berkungsi sekadar yang ayahanda tahu dari cebisan kecil ilmu Allah keranaNya jua.

Sememangnya ini ada sebahagian yang besar bagi kegunaan ayat ini. Memang banyak lagi cabangnya. Insya Allah sekinya diizinkan kita boleh kungsi lagi.

Rashid said...

Salam uncle..
Satu amalan doa yang baik..
juga mohon izin copy..

Moga uncle sentiasa dalam keredhaanNya.. beroleh ketenangan..

mountdweller said...

W'salam Rashid.

Uncle izinkan Rashid copy dan beramal dengannya. Rashid buatlah secara istiqamah.

ASYIQ said...

Salam tuan,

Amalan yg sepatutnya kita amal setiap hari terutama selepas subuh dan asar. Cuma ada sedikit penambahan dari apa yang saya belajar......selepas bacaan yang ketujuh, selepas niat tarik nafas dalam2,tahan nafas seketika dan hembus perlahan-lahan.

Yang ketujuh adalah kaedah rawatan dalaman untuk menghindari syaitan di setiap sendi dan aliran darah.

Wallahu a`lam.

mountdweller said...

W'salam ASYIQ.

Terima kasih di atas penambahan kaedah amalan. Cuma saya tidak menerangkan kaedah khusus takut terasalah amal dan kaedah syuhud nanti mendatangkan mudharat. Kalau berguru secara direct memang tidak ada masalah. Itulah sebabnya saya nyatakan amalan secara normal sahaja.

Walau apa pun saya ucapkan banyak terima kasih kepada ASYIQ sekurang-kurang mungkin ada yang di luar sana berminat untuk mendalaminya secara khusus.

mountdweller said...

Mak Su.

Sama-sama.

Rakyat Kelantan Darul Naim said...

salam,

terima kasih pak din,

amat berguna,


wassalam.

mountdweller said...

W'salam Rakyat Kelantan Darul Naim

Sama-sama. Pak Din cuma berkungsi apa yang Pak Din tahu. Insya Allah kita sama-sama amalkan sama-sama mendapat barakahnya.

aku tanpa nama said...

Salam tuan mountdweller.

Terima kasih atas perkongsian ilmu.

Saya mohon izin utk diamalkan.

Saya ada sedikit pertanyaan, boleh tak diamalkan utk keluarga yang ditinggalkan jauh dikampung.

Contoh: Keluarga/rumah di Terengganu. then
Saya mengamalkannya di Kelantan kerana tinggal di sini.
Boleh ke saya baca dan makrifatkan utk pagar keluarga dan rumah saya di sana sedangkan saya tiada di rumah ketika itu.

Terima kasih.

nadi said...

salam, minta ijin untuk mengamalkannya...copy untuk simpanan saya