Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 26, 2010

Antara Mimpi Dan Sedar

"Ok, kamu semua pasang khemah, ambil air dan masak. Semua orang mesti tinggalkan anak sungai sebelum pukul 6.00" Saya berikan arahan kepada kumpulan belia yang mendaki bersama saya pada hari itu. Waktu pada ketika itu baru jam 3.30 petang lebih kurang.

"Abe Din akan turun ke cerun ini dan ambil kayu untuk unggun api malam ini. Nanti kamu semua akan komplen sejuk" Kata saya sebelum melangkah menuruni satu cerun yang dari atasnya saya nampak banyak dahan dan ranting kayu yang runtuh dan kering di situ.

Saya menapak menuruni cerun melalui satu kawasan yang agak semak. Saya memasuki semak tersebut. Tiba-tiba telinga saya berdesing semacam demam dengan badan yang panas. Sedar-sedar saya berada di satu kawasan yang memang asing. Satu tempat yang cantik dengan pasir yang memutih dengan matahari memancar lembut. Udara segar dengan angin sejuk bertiup lemah. Keletihan saya hilang.

Sedang saya terpinga-pinga secara tiba-tiba saya disapa oleh seorang perempuan yang cantik bertudung Kedah yang datangnya entah dari mana. Ala-ala zaman Cik Siti Wan Kembang kot? Umurnya agak saya di awal tiga puluhan. "Selamat datang tuan, inilah kampung saya. Nama saya Fatimah"

Saya tidak sedar dan tidak tahu kehadiranya di sisi saya. Saya pegang hidung dan cubit pipi. Terasa sakit. Memang saya bukan di alam mimpi. Tapi bagaimana saya ke sini? Saya masih mamai dan terpinga-pinga.

"Tuan bukan bermimpi, tetapi yang tuan lihat ini adalah kampung saya. Kampung Bangsa Jin. Kita sama-sama di bumi Allah tetapi juzuk yang lain" Kata Fatimah setelah dilihatnya saya masih mamai.

Bila dia sebut Jin saya teringatkan, mungkin dia ini jenis "Bunian". Terasa pula lucu, bila sebut bunian maka tidak ada nama lain, melainkan Ali, Fatimah dan Syeikh sebagainya yang berkaitan Nabi atau pun Nama Melayu Kuno. Perkara nama ini saya selalu dengar dari cerita dan dukun yang mendakwa telah ke alam 'sana'.

Saya dibawa 'Fatimah' melihat kampungnya. Pemandanganya menakjubkan. Kenderaan mereka adalah kuda dan Penuggangnya memakai pakaian Pahlawan Melayu lengkap dengan Dastar. Yang peliknya mereka tidak menegur saya dengan kata-kata. Mereka hanya lambaikan tangan dan lemparkan senyuman. Satu lagi yang anih, saya tidak nampak perempuan kecuali 'Fatimah' yang mengiringi saya.

Sambil berjalan Fatimah menerangkan tentang itu dan ini. Contohnya "Aah.. ini rumah Penghulu dan ini Madrasah (Tempat Belajar) dan ini pula Balai Berhimpun. Semua bangunan yang saya lihat dibina dari Kayu Chengal dan beratapkan Sagu atau Nipah. Kampung ini cukup bersih tanpa walau pun sehelai sampah/daun kering. Di mana-mana adalah pasir jernih yang memutih.

Semasa kami berjalan-jalan inilah Fatimah menceritakan yang dialah makhluk ghaib yang selalu mengikut dan mengekori saya ketika saya di gunung atau di belantara. Dialah yang selalu menolong saya ketika saya perlukan sesuatu pertolongan dengan izin Allah katanya. Sebelum ini memang saya perasan ada makhluk ghaib yang bersaing atau mengikut dari belakang, cuma saya tidak tahu apa dan siapa. Kebetulan pula saya jenis tidak peduli.

Setakat yang dia tahu, Syaitan dan Iblis akan mengelak dari bertembung dengan saya kecuali bangsa Jin yang kekadang saja-saja nak bergurau dengan saya tetapi saya garang, katanya.

Dia mula mengekori saya se masa saya pertama kali meneroka trek ke Puncak Gunung Rabung. Katanya dari Permatang Buluh sehinggalah ke puncak dihuni oleh bangsanya. Bangsa Jin!

Setelah puas menjelajah kampung itu saya mohon untuk berhenti dan berehat di sebuah pondok terbuka semacam 'Wakaf' bagi orang Kelantan. Di masa rehat inilah saya teringat yang saya sebenarnya nak ambilkan kayu untuk unggun api.

Saya cakap kat Fatimah apa yang saya fikir. Dia senyum dan berkata "Tuan tidak payah susah-susah, kayu itu sudah pun dihantar ke situ oleh orang-orang saya".

"Kalau tuan nak balik ke situ sekarang, marilah saya hantarkan" Sambungnya dengan muka yang nampak muram.

"Tapi tidak mahukan tuan memiliki sesuatu dari sini untuk kenangan?" Katanya dengan mimik muka yang lebih ceria.

Di masa inilah saya teringat, sekiranya saya ambil sesuatu nanti saya akan terikat dengan Fatimah atau kaumnya.

Saya menolak dengan berkata "Saya cukup berterima kasih kepada Fatimah yang sudi menolong saya selama ini serta membawa saya ke sini untuk melihat keadaan di sini dan saya rasa tidak perlukan apa-apa hadiah untuk kenangan kecuali harapkan Fatimah akan sentiasa mengekori menemani saya ketika di Belantara atau Gunung walau pun secara ghaib"

Setelah itu dia membawa saya ke satu sudut di sebuah taman berhampiran Wakaf itu dan secara tiba-tiba juga saya berada di pinggir tapak perkhemahan. Waktu itu sudah hampir maghrib.

Sesampainya saya di kem, seorang rakan bertanya yang saya ke mana setelah menghantar kayu untuk unggun api tadi. Saya hanya berkata yang saya pergi bersiar-siar di dalam "Taman'

Rupanya rakan ini juga tidak sedar yang saya hilang beberapa jam. Dia juga tidak sedar yang menghantar kayu untuk unggun api pun juga bukannya saya. Cuma mungkin makhluk ini berupaya menjelmakan diri menjadi 'saya'.

Sebenarnya tempat itu memang kawasan makhluk ghaib. "Kem Taman" begitulah kami namakan kem ini kerana tempatnya dipingir satu 'Taman' yang anih ketika itu. Ketika kami menemui tempat ini keadaanya tak ubah sebagaimana suasana 'Taman Bunian' dalam cerita P. Ramli.

Tempat ini amat bersih tanpa sehelaipun daun gugur sedangkan dipenuhi banyak pokok jenis bonzai. Berbagai jenis orkid yang juga dengan berbagai warna menghiasi tempat ini. Terdapat banyak Cendawan yang memang pelik sebab tumbuh dengan lima warna (merah, putih, kuning, kelabu dan jingga) serumpun. Lumutnya pula tebal sehingga tenggelam tapak kasut. Udaranya sejuk dan segar. Semua gambar yang kami ambil di sini tidak menjadi. Semuanya hitam!

Saya tidak pernah ceritakan hal ini kepada sesiapa pun sebelum ini kerana bimbang dikatakan mengarut dan temberang kecuali kepada dua orang teman seperguruan.

Kepada isteri juga saya tidak membuka mulut tentang hal ini. Saya tidak mahu isteri saya risau dan bimbangkan saya se masa saya di luar.

Setelah fikirkan permintaan mr edz, saya buat keputusan untuk tulis tentang ini setelah lebih sepuluh tahun saya simpan semoga boleh dijadikan panduan.

Lagi cerita mengenai tempat ini boleh di baca pada link di bawah:

Peristiwa di Gunung Rabung
Trekking Tanpa Air Hampir 24 Jam
Trekking Berteman

16 comments:

  1. Salam, betul tindakan tuan dengan tidak mengambil apa-apa barangan sebagai kenangan dalam "pertemuan" tersebut. Selalunya "barang" kenangan yang diberikan oleh kaum ini akan menjadi ikatan antara penerima dan pemberi. Paling tidakpun ia akan menjadi fitnah kepada generasi kemuadian.

    ReplyDelete
  2. seronok dengar cerita abang din..

    ReplyDelete
  3. ni cerita betul ke main2 je?
    cmc pelik je?
    sje nak tau....

    ReplyDelete
  4. W'salam Anonymous

    Nasib baik juga di masa itu saya terfikir tentang 'hadiah' dan 'ikatan'. Kalau tidak ikatan itu mungkin akan membawa susah.

    ReplyDelete
  5. mr edz

    Pengalaman yang paling pelik dalam hidup saya. Nak cerita pun tak berani pada mulanya.

    ReplyDelete
  6. Anonymous

    Itulah sebabnya saya berikan tajuk di atas.

    Saya hilang dari jam 3.30 petang sehingga 7.00 petang. Nak kata mimpi, saya sedar. Nak kata kena pukau/rasuk, saya boleh berfikir!

    Kayu unggun yang dikatakan itu, memang ada di kem sebelum saya pulang ke kem.

    Sebenarnya saya pun tak berani nak komen. Itulah juga sebabnya saya tidak berani nak ceritakan hal ini sebelum n3 ini walau pun peristiwa ini saya simpan lebih dari sepuluh tahun.

    ReplyDelete
  7. Pernah suatu waktu dulu anak buah saya berada di alam yang sama. Cuma bezanya saya berjaya mengikutnya dari belakang dalam alam nyata. Saya memanggil namanya berkali-kali tetapi dia tidak mendengarinya dengan jelas, seolah olah dia berada jauh dari saya, sedangkan saya hanya selangkah sahaja di belakangnya. Apabila dia berjaya "dipulihkan" dia mengatakan bahawa apa yang dilihatnya pada waktu itu ialah sebuah taman yang indah dalam suasana redup dan nyaman. Sedangkan masa itu sudahpun malam sekitar jam 8 dan taman yang dilihatnya hanyalah sebuah kawasan paya yang penuh dengan kiambang dan teratai.

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Uncle entah kenapa tiba meremang bulu tengkuk saya bila membaca cerita ni,tapi saya memang percaya..adanya makhluk jin tinggal didalam hutan.

    Terima kasih kerana berkongsi...

    ReplyDelete
  9. asalamualikum ayahnda... saya asyik membaca tak beri comment...sejak bersarani makin kurang update blog ,kenapa ya???

    ReplyDelete
  10. W'salam Man

    Terima kasih sudi baca

    ReplyDelete
  11. Nana Tanjung

    Kiranya saya bernasib baik kerana tidak hilang terus.

    Mengikut cerita ada orang hilang berpuluh tahun tetapi akhirnya pulang dengan tidak berapa siuman!

    ReplyDelete
  12. Wa alaikumussalam anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    Baru-baru ini memang ayahanda kurang update blog sebab onar internet. Dalam bulan lima streamyx ayahanda tak boleh connect langsung. Selapas berbuih mulut komplen dan memaki barulah boleh. Tapi connection mengalahkan semut kena baygon. Lepas tu pulak dah jadi macam biskut Chipsmore pulak. Kadang-kadang ada, kadang-kadang tadak.

    Itulah yang membuatkan ayahanda naik malas. Alhamdulillah sekarang dah ok walau pun tidak selaju dulu. Jadi bukanlah sebab bersara sebenarnya anakanda.

    ReplyDelete
  13. Papa tak pernah citer pun..O_o

    ghostdart

    ReplyDelete
  14. salam pak din
    agak2nya lah dari pandangan pak din... kenapa kaum jin ni tak ada improvement dari segi pembangunan (ya la... sampai sekarang dok naik kuda, rumah kayu etc) sedangkan depa pun belajar jugak (ada madrasah).

    Kalau Pak din masuk lagi ke alam depa try2 la interview

    ReplyDelete
  15. Along

    Memang Papa tak pernah cerita pada sesiapa kecuali kepada Ba Nik Daud dan Pak Cik Dee jual nasi.

    Papa bimbang orang akan kata Papa merapu!

    ReplyDelete
  16. W'salam Katon Tin Ton

    Betul. Kalau mengikut cerita itulah kehidupan dia orang dari dulu.

    Nama pun tidak ada perubahan malainkan nama yang berkaitan dengan Nabi seperti Fatimah, Khadijah, Umar dan Ali. Pelik jugakan?

    Entahlah bila pula Pak Din akan menerawang ke sana. Takut juga kalau-kalau tidak diizinkan pulang.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa