Kalau nak kata bodoh, dia seorang Mufti yang berbintang paling tinggi di Malaysia. Nak kata dia ada tujuan tetapi disangkalnya.
Tapi apakah tujuan sebenar beliau mewar-warkan yang ada orang PAS berjumpanya meminta menjadi orang tengah rundingan UMNO-PAS? Kalau dia cerdik dan tidak ada udang di sebalik mee, kenapa perkara sepenting ini dilaungkan dahulu sebelum bertunas pun lagi?
Kenapa? Tak tahu berbohongkah seorang Mufti? Maksumkah seorang Mufti?
Tak payah cakap dan melaung ke hulu ke hilirlah wahai Harussani. Sebagai manusia biasa, pembohongan dan berbohong semuanya mungkin!
Mungkin sengaja nak usik ketenangan PAS supaya bising dan berbalah sesama sendiri supaya kecacatan tindakan kerajaan tidak ada masa untuk dibisingkan.
Sila baca petikan di bawah:
''Saya seorang mufti, takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu, jadi saya tidak berbohong.
''Orang Islam ni kalau terjadi dua puak yang bertentangan, maka hendaklah didamaikan.
Baca selanjutnya di sini
Bagi PAS pula, kalau benar Harussani tidak bohong dan perkara ini benar berlaku, mengaku sajalah. Tak payahlah bohong disambung dengan bohong dan disambut pula dengan pembohongan.
Di mana letaknya kemurnian perjuangan Islam yang dipikul dan dicanangkan PAS sebelum ini? Adakah PAS juga bila berpolitik dihalalkan menipu Ahli dan Penyokong? Kalau begini lagaknya, apa bezanya antara PAS dan UMNO?
Dan petikan ini:
Disebabkan terdesak hendak berkuasa, malu dan mungkin mahu menjaga hati DAP, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar hilang akal dan menuduh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai mereka-reka cerita apabila dirinya pernah didatangi pemimpin Pas dan UMNO untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.
Tak tahulah sama ada Salahuddin dan Mahfuz memang betul-betul tak tahu atau buat-buat tak tahu.
Penulis lebih yakin diaorang buat-buat tak tahu.
Disebabkan tuduhan yang melampau itu, Mufti Perak berkenaan terpaksa menjelaskan bahawa dirinya sebagai seorang Mufti tidak akan menipu terutama dalam soal-soal politik.
Hakikatnya memang ada pemimpin Pas yang bertemu Harussani.
Personaliti yang dimaksudkan bertemu Harussani tidak lain dan tidak bukan ialah Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.
Dimana dan bila pertemuan itu dibuat penulis tidak tahu sepenuhnya.
Sepenuhnya di sini
saya sokong harussani..kite org islam sepatutnye bergabung dari dlu lagi..jgn sbb berbeza politik kite sangguh berpecah belah..pendek kata pas n umno slaing memerlukan..
ReplyDeletenurin lens
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen.
Hakikatnya bagi manusia Melayu dan Islam yang waras, tidak ada yang mahukan perpecahan dan persengketaan. Tetapi bagi saya cara dan kaedah kearah itu saja ada sedikit pincang. Terlalu banyak retorik dan berpolitk.
Maknanya masing-masing nak jaga kepentingan dan survival politik.
Macam yang saya kata, kenapa Harussani tidak perkemaskan dulu berbincangan dan sebagainya, bila dah kedua-dua pihak bersetuju barulah boleh dihebahkan. Dia bukan bodoh dan tidak tahu akibat dari apa yang dipertuturkannya ketika belum masak atau separuh masak terhadap Ahli dan Penyokong masing-masing (PAS dan UMNO).
Benar ikhlaskah dia?
Assalamualaikum Uncle..
ReplyDeleteTerima kasih di atas nasihat.. Sekarang kalau makan banyak cepat je rasa mengah.. makan sikit pun dh cukup nak menampung rasa lapar tu..
Sampaikan salam buat Auntie ye?
Wa'alaikumussalam T
ReplyDeleteItulah bab makan ni kekadang bila bertemu selera kita lupa diri. Uncle pun sama.
Uncle sendiri pun sekarang dah masuk era obesiti kalau diikutkan BMI. Jadi terpaksalah berhati-hati bila makan dan minum. Semuanya menghampiri sempadan, colestrol, gula dan tekanan darah.
kalau saya membunuh, mati hidup balik mati lagi sekali hidup balik pastu pun mampus saya nak mengaku...
ReplyDeletepenagih tidak akan mengaku menagih
"saya seorang mufti..tak kan saya nak berbohong...."
...fikir la ssendiri
Bukti penulisan dari blogger instinc' masih bersifat separuh masak malah kurang lagi daripada itu.
ReplyDeletekalau benar Hasan Ali pergi berunding memang amat dikesali. Yang kikhuatiri takut-takut PAS sendiri terperangkap dengan Harusani.
dukun melayu
ReplyDeleteRasanya jangkaan tuan tepat!
Anonymous
ReplyDeleteNampaknya umpan telah termakan sedikit sebanyak.
For the reason that the admin of this site is working, no hesitation very rapidly it will be renowned, due to its feature contents.
ReplyDeleteHi, of course this article iss really fasfidious and I
ReplyDeletehave learned llot of things from it on the topic of blogging.
thanks.
pmb upy 2016