Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 25, 2010

Kereta Pun Boleh Terbang!

GAMBAR menunjukkan kereta yang dipandu Maria Rizzo merempuh bumbung sebuah rumah di Alassio, utara Itali baru-baru ini.


ROM – Seorang wanita Itali, Maria Rizzo, 34, mungkin tidak akan lupa untuk belajar daripada kesilapan diri apabila keretanya terjunam ke atas bumbung sebuah rumah kerana dia terlupa menarik brek tangan, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian itu berlaku di Alassio, sebuah bandar di utara Itali dekat sempadan Perancis baru-baru ini ketika Rizzo meletak kereta Fiat Panda yang dipandunya di tebing sebuah bukit kecil. Wanita itu kemudian keluar seketika untuk merakamkan beberapa gambar pemandangan.

Namun, dia terlupa untuk menarik brek tangan menyebabkan kereta itu terus bergerak dan merempuh pagar di tepi jalan dan terhumban ke atas bumbung sebuah rumah. Kereta itu merempuh bumbung bilik air kediaman tersebut.

Seorang jurucakap polis tempatan berkata, ketika kejadian tersebut, tiada sesiapa yang berada di dalam rumah berkenaan. – Agensi

2 comments:

  1. nasib baik maria tak ada dalam kereta .. kalau tidak dia pun terbang sama !

    ReplyDelete
  2. al-lavendari

    Nasib baik akan ada di mana-mana. Bahaya dan musibah juga ada di mana-mana. Beringatlah kita.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa