Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, July 3, 2010

Dengan IzinNya

Alhamdulillah dengan izinNya, Yang Maha Kuasa menumpahkan rahmat dan nikmatNya setelah beberapa kali mengambil Parakol, selesema dan demam beransur surut. Sakit kepala@migraine pula sudah agak lega dengan mengambil Cafergot. Di dalam kes ini Allah memberikan keberkatan ke atas kedua-dua jenis ubat ni. Syukur....

Bercakap tentang izinNya dan RahmatNya saya terimbau satu kisah yang saya sendiri alami pada satu petang di suatu masa dahulu. Ketika itu saya di Tingkatan 6 Rendah. Petang itu cuaca baik dengan angin sepoi-sepoi dan keadaan pancaran Matahari juga agak lembut. Saya bermotosikal sendirian menikmati suasana di Jalan PCB tetapi bukannya berhajat untuk ke PCB sebenarnya.

Setelah beberapa lama menunggang secara santai, tiba di hadapan Kem Kijang saya berpatah balik. Beberapa ketika kemudian cuaca yang baik dengan langit yang terang bertukar wajah menjadi gelap gelita dengan angin menerjah kencang. Saya tidak berhenti untuk mencari perlindungan sebaliknya meneruskan perjalanan pulang. Apa nak dikisahkan dengan basah dek hujan, saya memang di dalam perjalanan nak balik rumah. Hujan memang turun dengan lebat sehinggakan pemandangan agak terganggu. Tapi saya teruskan juga dengan menunggang secara perlahan dan hati-hati.

Setibanya di satu tempat lebih kurang tiga km. dari Kota Bharu, di dalam hujan lebat itu saya nampak sebuah kereta yang separuh badan (bahagian hadapannya) terbenam di dalam longkang berkedudukan menyerung dan bahagian belakangnya masih di atas jalan. Saya merapati kereta itu dan saya dapati Pemandunya adalah seorang wanita baya Mak Ciklah berbanding saya pada masa itu. Mak Cik ni agak panik dan menggelabah di steering. Dia kata dia tak nampak longkang sebab jalan dipenuhi air hujan. Saya janji saya akan tolong. Longkang itu lebih kurang 3 kaki lebar.

Kereta yang dipandu wanita itu adalah jenis Toyota Corolla yang sememangnya "rearwheel drive". Saya minta dia hidupkan enjin, tekan clutch dan masukkan gear reverse. Bila saya tolak, dia akan lepaskan clutch dan tekan minyak.

Saya kangkangkan kaki. Sebelah kaki saya letakkan di atas slab di tepi tar dan sebelah lagi saya letakkan di bingkai longkang sebelah luar. Dengan sebulat hati saya berdoa " Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa dan Maha Perkasa, Engkau izinkanlah aku menumpang keperkasaanMu mengangkat kereta ini untuk membantu hambaMu yang malang ini"

Saya menarik nafas dalam-dalam dengan bulatkan tawakkal saya mengangkat bahagian enjin yang berada di dalam longkang dengan memaut pada bumper besi. Kereta terangkat dan Mak Cik itu ikut arahan saya. Alhamdulillah kereta teralih dan sudah berada sepenuhnya di atas jalan. Saya bersyukur dan memang terasa anih. Selepas ini memang sah dan pasti saya tidak boleh melakukan lagi berseorangan begitu.

Saya mohon diri untuk pulang. Badan pun yang tadinya sejuk sudah pun menjadi panas. Mak Cik tadi dengan cerianya mengucapkan terima kasih dan bersyukur. Sebelum saya meneruskan perjalan pulang saya memintanya tenangkan diri terlebih dahulu sebelum sambung memandu.

16 comments:

  1. redzai67

    Terima kasih kerana sudi menjadi follower mountdweller.

    ReplyDelete
  2. bila niat ikhlas, memang Allah makbulkan

    alhamdulillah mountdweller makin sihat
    moga bertambah cergas

    ReplyDelete
  3. salam pak din,

    subhanallah..maha suci allah...

    semoga pak din sihat sokmo, FIY pak din dah jadi atuk,insya allah due bulan 2, 2011

    ReplyDelete
  4. Resipi Ubat Batuk cikgupj ni mujarab. Bagus untuk buang kahak. Saya dah cuba dan akan ulangi beberapa dose.

    ReplyDelete
  5. a kl citizen.

    Terima kasih di atas doa saudari. Begitulah agaknya pertolongan ikhlas dan memohon ikhlas kepadaNya.

    ReplyDelete
  6. W'salam Asrol

    Tahniah, Alhamdulillah. Ingat! tiba masanya beritahulah nanti.

    ReplyDelete
  7. Salam Ayanhanda,

    Kun Faya Kun...

    ReplyDelete
  8. W'salam anakanda Isa

    Alhamdulillah Allah telah perkenankan.

    ReplyDelete
  9. Saya dah agak terlambat mengucapkan syukur kerana Pak din dah sihat dan boleh berblog dengan selesa semula.Mudah-mudahan Pak din terus sihat dan dapat meneruskan perjuangan yang belum selesai. Kalau Pak din ada kelapangan pergilah berkayuh basikal, kerana kayuh basikal sangat baik untuk kita mengekalkan/meningkatkan kecergasan.

    ReplyDelete
  10. salam ayahanda...semoga sentiasa sihat dan ceria

    ReplyDelete
  11. cikgupj

    Terima kasih yang tidak terhingga di atas doa dan sokongan.

    Malangnya akhir-akhir ini agak mengecewakan dengan kesihatan ada sedikit terganggu dan streamyx pula sentiasa buat hal.

    Tapi tak apa redha ajerlah. Itukan dugaan?

    ReplyDelete
  12. W'salam erisya

    Ayahanda cukup gembira bila erisya tinggalkan jejak setelah sekian lama menghilang. Ayahanda memang terasa kehilangan erisya dari blog. Kalau ada masa droplah ke sini atau email. Dan kalau ke Kota Bharu, hubungilah ayahanda.

    Bagaimana dengan hubby, erisya dan putera tunggal itu? Ayahanda doakan semuanya akan dirahmati dan di dalam perlindungan Allah. Insya Allah.

    ReplyDelete
  13. salam ayahanda,
    alhamdulillah kami sekeluarga sihat.Sekarang ni tak berkesempatan lagi nak menulis di blog.Namun bila ada masa, erisya rajin jug amenjengah ayahanda walau tidak meninggalkan jejak. InsyaAllah akan ke KB juga. masa ayahanda dtg ke bangi, erisya ingin sekali menghubungi ayahanda untuk jemput ke rumah..malangnya tak tahu bagaimana nak hubungi...baru terperasan erisya tak de no hp ayahanda! masa tu rasa terkilan sangat.
    erisya mmg teringin ke kb kerana sahabat baik orang sana..sekarang hanya boleh menghubungi melalui emel atau telefon sahaja..manalah puas! :)

    oh ya baru pagi tadi kak sakura bertanyakan khabar ayahanda:)

    ReplyDelete
  14. W'salam erisya

    No. tel ayahanda ada di sidebar kat kanan tu di bawah iklan Susu HiGoat.

    Tapi sebelum tel hantar msg dulu sebab selalunya kalau no yang tak ada dalam register phone book ayahanda tak jawab. Dari telefon ni sekarang ada bermacam-macam benda. Yang malasnya nak layan kempen bermacam benda dan promotion juga bermacam-macam.

    Ayahanda sendiri pun kalau nak tel kepada kawan atau sesiapa yang baru, ayahanda akan msg dulu.

    Sakura pun setelah dapat istana ni, jarang update blog. Kalau ada update ayahanda akan masuk dan tinggalkan jejak.

    Ok, ingat tu bila ke KB tel ayahanda atau hantar msg.

    Mungkin dalam bulan oktober ni ayahanda akan ke bangi lagi untuk hadiri majlis kahwin anak saudara.

    ReplyDelete
  15. salam ayahanda. sori tak perasan lak no tel di sebelah tuh! nanti jemput dtg ke rumah okt ni.

    ReplyDelete
  16. erisya

    Insya Allah kalau ayahanda jadi ke sana nanti

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa