Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 19, 2010

Wheelie Kereta Pulaak!

"Abe Din, ada orang conget (wheelie) kereta pulak ke?" Tanya Ha isteri kepada tuan warung tempat geng pencen minum dan lepak pagi.

"Kalau budak conget motor, orang tua conget kereta" Sindir Ha dalam ketawa.

"Aik, siapa pula, kereta boleh wheelie ke?" tanya saya

"Abe Din tak sedar ke sakni?" *(Sekejap ni) Jawab Ha.

"Ooh, Abe Din ingatkan dia salah timing antara clutch dan padal minyak, padanlah kereta mangaum semacam jer" Jawab saya.

"Dia marah kat Abe Din sebab sembang hal parti!. Dia kata kat Ha semasa di dapur tadi, kuat mana gak* (sangat) Din tu dalam parti" Beritahu Ha kepada kami anggota sembang.

"Lepas tu dia terus keluar, masuk kereta dan tekan minyak macam orang mengamuk" Ha menyambung.

"Aiik, apa kena mengena pulak Abe Din dengan dia. Abe Din tidak pernah usik dia dan tidak pernah memburukkan dia dan kami tidak sentuh langsung hal mana-mana parti" Saya meningkah kehairanan.

"Tetapi apa yang Abe Din kata dan selalu bercakap ialah supaya kita ni kenal/tahu antara salah dan betul. Kalau betul katakan betul dan kita wajib sokong tetapi kalau salah mesti katakan salah dan kita wajib tegur dan tentang, tidak kira siapa dia, orang PAS atau UMNO!" Saya memberi penjelasan di atas tindak tanduk dan kata-kata saya sebelum ini. Memang saya banyak menegur dan memberikan motivasi dan semangat sesama masyarakat kampung.

Apa yang kami maksudkan "dia" ialah Istari kepada seorang Ketua Cawangan UMNO/merangkap AJK Bahagian (lantikan) dan "dia" pula adalah merupakan Ketua Wanita UMNO cawangan berkenaan (Cawangan Anak Bini).

Sebenarnya sebelum itu kami bersembang tentang Allah dan Malaikat. Puncanya ada kematian bekas Penghulu kampung kami beberapa hari yang lalu. Salah seorang dari kami seorang Askar pencen berkata yang selepas tujuh langkah mayat dibawa pergi, terus disoal Malaikat (Mungkar dan Nakir). Di masa yang sama "dia" sedang bersembang dengan Ha dan beberapa orang perempuan di meja belakang. Kami tidak hirau pun mereka. Buat hal masing-masing.

"Bukan 7 langkah dari rumah tetapi 7 langkah selepas orang yang menghantar mayat ke Kubur meninggalkan kubur". Cikgu Karim (pencen) memperbetulkan salah faham askar pencen tadi.

"Allah berkuasa tetapi 'Dia' menjadi dan melantik malaikat membantunya, sedangkan 'Dia' bersifat "Kun faya kun" macam mana pula?" Si askar pencen cuba mencungkil topik.

"Itu ada menandakan kekuasaanNya, boleh mengada dan mentiadakan apa saja atas kehendaknya". Cikgu Karim menjelaskan.

"Tapi kenapa Allah jadikan Malaikat bodoh dan pondan?" Cikgu karim pula mula menggeletek kami.

"A' aah ya! Malaikat tidak dijadikan dengan berfikiran (nafsu dan berkahendak) dan tidak bersifat lelaki atau perempuan (pondan)" Tingkah saya.

'Tapi itu kalau kita sifatkan makhluk yang dijadikan sebagai penghuni dunia" Jelas saya.

"Tetapi ada golongan yang asalnya malaikat diberikan nafsu dan fikiran. Cuma lebih bodoh dari kita" Sambung saya.

"Oooh itu Uzazil dan suku sakatnya sebab diberikan nama lain selepas derhaka kepada Allah dan tubuh parti lain. Selepas jadi "Katak" dan lompat parti dan tubuhkan Parti Syaitan, Allah memperkenankan permohonannya untuk mengkhianati dan menyesatkan manusia. Tentulah kena ada fikiran dan nafsu" Cikgu karim menjawab dengan ketawa dan diikuti ketawa kuat dari kami semua.

"Itu sebabnya hanya manusia yang bodoh saja yang Syaitan dan Iblis boleh tipu" Saya meningkah sambil gelak.

Kata-kata lompat parti, orang yang bodoh sahaja yang Iblis boleh tipu dan jadi kataklah yang menyebabkan 'dia' tadi marah kot?. Kami tidak tahu rupanya 'dia' dulu adalah Ahli PAS dan anggota Muslimat PAS tetapi telah agak lama masuk UMNO. Perkara itu kami tidak tahu kecuali hanya seorang dari kami saja yang tahu iaitu Pak Mat.

Selepas 'dia' buat wheelie dan mendengar cerita dari Ha, barulah Pak Mat ceritakan kepada kami kes lompat si'dia' itu.

Begitulah kalau tergigit lada, walau orang tidak tahu, melompat juga dia kepedesan menjadikan semua orang tahu!

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa