Friday, July 30, 2010

Kami Sedih Dalam Marah

Petang semalam, sekembalinya dari mengambil Istari dari pejabatnya jam 6 petang didapati Fluffy dah hilang. Kemungkinan besar dicuri sebab pagar yang memisahkan kawasan permainan semua arnab dengan laman depan tidak dibuka dan arnab-arnab ini tidak boleh keluar dari kawasan yang dikhaskan.

Pada masa itu Adik ada di rumah tetapi tidur di ruang TV atas sofa dengan pintu tidak pun tutup dan berkunci. Rupanya ada lagi manusia yang berani masuk dan tentunya kena kejar dulu barulah dapat tangkap sebab Fluffy bukannya kenal siPencuri. Tapi malangnya nasib Fluffy, Adik tidur mati, tak sedar apa-apa.

Saya rasa marah sebab kehilangan ini membuatkan Adik sedih dan menangis. Saya juga sedih mengenangkan nasibnya nanti. Fluffy jenis arnab manja dan semuanya istimewa ketika bersama kami. Makan, Mandi, vitamin dan sebagainya. Tidur pun kadang-kadang di atas ribaan.

Sayang, memang tentunya kami sayang. Tengoklah rupa dan gelagatnya. Fluffy dari baka Teddy bear manja dan cantik.

Saya akan reward RM100.00 kepada sesiapa yang jumpa dan hantar Fluffy balik.



Bubble menumpang kasih

Buat hal sendiri


Bersama Ginger dan Bubble

Kepada mereka masa luangku tertumpah

8 comments:

melurjelita said...

Salam tuan,
kehilangan yang pasti amat dirindui,insyaALLAH ada rezeki dapat semula, kalau tidak, redha sajalah..Salam sayang kat adik ya...kesian dia.

ijoks2009 said...

Salam ayahnda,
mungkin ada orang yang berkenan dgn flupy lepas tgk gambar dia kat Ntry ayahnda kot.

mountdweller said...

W'salam melurjelita

Terima kasih kerana bertandang dan tinggalkan jejak nasihat.

Allah yang memberi dan Allah juga yang mengambil kembali. Kalau memang hak kita lagi, Allah akan pulangkan tetapi kalau lain takdirnya memang redho'

Terima kasih di atas simpati.

mountdweller said...

W'salam ijoks

Semua kemungkinan ada tetapi yang pasti adalah ujian dari Allah.

mr edz said...

jin yang ada kat rumah tuan tu tidor ker? ke dia yang amik.. heheh jangan marah haa..

mountdweller said...

mr edz

Jin yang tak boleh diharap. Tau tumpamg jer!

Hari tu auntie dah marah,"Kamu nak duduk kat rumah aku, kau jaga rumah. Kalau tidak aku halau!".

Masa tu rumah uncle orang pecah masuk, dia tak buat apa-apa pun.

mr edz said...

hahah.. jin pemalas tu

mountdweller said...

mr edz

Hah.. jenis JIn makan, tidur!