Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 13, 2012

Apa Komen Lebai-Lebai Di pihak Pembangkang Terhadap Peguam Ini

Setelah diistiharkan Murtad oleh Arab Saudi. Manusia ini dibela pula oleh seorang Peguam Melayu/Islam di negara ini. Dua ekor yang kapir tu tak kisahlah sebab mereka memang kapir isi Neraka.

Kalau biasanya riuh rendah dengan komen dan cercaan namun di dalam kes ini mereka-mereka ini diam pula!









Usaha terakhir peguam halang wartawan diusir gagal

Aktivis hak asasi manusia hari ini gagal dalam usaha mereka untuk menghalang pihak berkuasa di negara ini daripada mengusir pulang wartawan Arab Saudi, Hamza Kashgari ke negaranya dan berkemungkinan menghadapi hukuman mati berhubung apa yang ditulisnya di Twitter.

Awal hari ini, peguam dan aktivis berkenaan berkejar ke Lapangan Terbang Subang setelah Hakim Datuk Rohana Yusuf membenarkan permohonan perintah interim bagi menghentikan pengusiran itu.

Setelah dimaklumkan bahawa wartawan Arab Saudi itu tidak berada di Subang, mereka berkejar pula ke Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Namun usaha mereka sudah terlambat.

NONEMenurut tweetnya, peguam Fadiah Nadwa Fikri (kiri) berkata Hamza dihantar pulang pada jam 10 pagi ini dengan sebuah pesawat Arab Saudi sambil diiringi oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Dalam satu lagi tweet kemudian, Fadiah berkata pegawai imigresen KLIA memaklumkan kepadanya bahawa Hamza diusir tanpa butirannya dicatatkan.

Agensi berita AFP sebelum ini, yang memetik sumber kerajaan, melaporkan bahawa Hamza telah pun dihantar pulang dan kini dalam kawalan pegawai-pegawai Arab Saudi.

Pihak berkuasa Malaysia telah menahan Hamza minggu lalu, atas permintaan kerajaan Arab Saudi kerana didakwa menghina Islam dalam Twitter.

Beliau dipercayai cuba melarikan diri ke New Zealand untuk mendapatkan suaka politik dan singgah di Malaysia, sebelum ditangkap.

-mk

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa