Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 11, 2012

Tak Usahlah Melatah Walaupun Dijolok!

‘Spekulasi penyingkiran jika benar tidak beretika’


KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, jika benar ada usaha Pas Kelantan mahu menyingkirkan beliau daripada mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti, ia merupakan perbuatan yang tidak beretika.

Katanya, usaha itu adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan bercanggah dengan amalan politik serta ukhuwah dalam Pas.

Bagaimanapun beliau tidak mengesah mahu pun menafikan dakwaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi itu, sebaliknya hanya akan memberi penjelasan mengenai perkara itu apabila tiba masanya nanti.

“Saya sudah 30 tahun berkhidmat dalam parti dan pada setiap pilihan raya saya akan berusaha memastikan Pas menang dengan cemerlang termasuk pada PRU-13 nanti.

“Spekulasi yang mengatakan ada usaha untuk menyingkirkan saya dari Kelantan jika benar, ia merupakan perbuatan yang tidak beretika, tidak bertanggungjawab dan bukan dasar parti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Naib Presiden Pas itu diminta mengulas kenyataan Mohd. Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengenai ura-ura beliau akan bertanding di Johor pada pilihan raya umum nanti ekoran penolakan pemimpin dan penyokong Pas Kelantan terhadapnya.

Menurut Mohd. Puad, penyingkiran itu menggambarkan pemimpin Pas yang berasal dari Johor itu sudah tiada tempat di Kelantan kerana dianggap sebagai orang luar.

Salahuddin memberitahu, beliau bersedia untuk diletakkan bertanding di mana-mana kerusi pada pilihan raya umum nanti sekiranya diputuskan oleh parti.

Beliau akur jika diarah bertanding di Johor dan seterusnya berkemungkinan dilantik sebagai menteri besar jika pakatan pembangkang berjaya menawan negeri itu.

“Buat masa ini biarlah dahulu, saya akan jawab dakwaan Mohd. Puad serta memberi kenyataan penuh mengenai perkara itu (penyingkiran oleh Pas Kelantan) apabila tiba waktunya,” katanya.

Dari -Utusan

Ini pula adalah apa yang difahami oleh salah seorang blogger pro UMNO melalui postingnya bertajuk


Rasanya apa yang dilaporkan oleh Utusan dan Naib Presiden PAS itu di dalam Bahasa Melayu yang mudah difahami. Tapi nampaknya susah bagi blogger ini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa